SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label KENTUCKY FRIED CHICKEN. Show all posts
Showing posts with label KENTUCKY FRIED CHICKEN. Show all posts

Thursday, September 22, 2016

WALAUPUN MUKA PAN ASIAN

Selamat hari jadi, Malaysia..!

Selamat hari lahir untuk aku. ;)

Kitorang share birthday, noks..! Seperti tahun2 yang lepas gitu..! Ah kak likeee..! Ahaks...

So kesimpulannya, ah kak kompom anak Malaysia, hokay..! Walaupun MUKA PAN ASIAN. #SengajaHurufBesarkanTangMukaPanAsian Ha3...

Birthday girl TER-bangun lambat pada hari tersebut. Nampak kan perkataan 'TER' tu? Jujur. Takde niat langsung nak cover line. Ha3...

Bangun2, muka sembab, cek WhatsApp, perrgghhh!!! Berduyun mesej membina semangat! A good start of the day. Terus terfeeling retis. Sempat la jugak senyum tersengih2 seorang diri. Hiks...

Oppa kerja. Tapi, Oppa janji nak balik awal, spend time dengan birthday girl. Terasa dihargai sangat..! Awwsss..! ;P

Oppa dah ada plan, sebenarnya. Berupa sejenis dinner treat yang spesel. Awwsss... lagik! ;P

Well... ah kak tak demand. Ah kak redha je. ;P

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik. Kecik tapak tangan, nyiru ah kak tadahkan. Haaa... peribahasa keluar dah! #Jaga2CikSalmah ;D

Tapinya, aku mintak postpone dulu. Sebab lepas Raya Haji macam penat sikit. Kemudian, nak survey2 tempat makan best & plan betul2. Oppa setuju. Canteklah!

Pre-celebration di KFC. 

~ Bagi memenuhi keperluan + kehendak perut yang comel... Hiks...

~ Birthday girl tersangat happy..! ;D

Alhamdulillah...

Terima kasih kepada Oppa, Mother, Kakak, Abang, ipar-duai, biras & kawan2 yang wish siap dengan doa sekali. Sangat2 dihargai. Sayang semuanya... ;)


:: A.R.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, June 5, 2016

TUKAR SELERA

#Throwback

Hari2 lunch makan nasik. Suatu hari, aku & Oppa ada instinct yang sama. Dua2 teringin makan KFC. Tukar selera.

Ok, takpe. Meh layan anak tekak sementara boleh sebab esok dah tak boleh. Esok puasa. ;)

~ Lama sangat dah 'berpantang' makan KFC & segala jenis fast food. Bila dapat makan, memang nikmat dia to the max! Ho liao sangat..!

Esok, kalau tengok balik entry ni, kompom menangis! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, September 15, 2015

KERANA BLACK OUT

Petang semalam, aku balik on time. Nak sampai secepat mungkin kat rumah sebab nak prepare bahan2 untuk dimasak for dinner. Sementara enzim2 & hormon2 rajin ada ni la kena gigih pegang kuali dengan sudip. Heh3...

Prepare bahan2, mandi & solat... semua dah siap. Oppa balik pukul 7 malam. 'Operasi sudip & kuali' dijadualkan bermula selepas Maghrib. 

Sedang2 elok kami berborak & bergossip sikit2 pasal hal duniawi, 'tap'... lampu terpadam. #SoundEffectYangSangatJujur 

Seantero, hokay! Gelap-gelita, kelam, suram... blackout! Nasib baik ada torch light. Penyelamat untuk ke toilet, solat & yang sewaktu dengannya. 

30 minit berlalu... Masih takde tanda2 / sign yang bekalan elektrik akan pulih balik. Dah mula rasa panas, berpeluh. Oppa kata, cancelkan 'operasi sudip & kuali'. Moh 'melawat kawasan' sambil sejukkan badan dengan air cond #CikPuteh, kemudian carik makan.

~ Muka setuju sangat. Mana perginya ntah segala enzim2 & hormon2 rajin tadi tu?! Ha3...


~ Table for 2 di KFC. ;)

Well.. jangan salahkan ah kak kalau dapur tak berasap. Tapi, sila salahkan blackout, ek! Ingat pesanan ikhlas ah kak ni tau! Ahaks3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, April 22, 2015

WORDLESS WEDNESDAY #82: HAPPY TUMMIES

~ Jemput makan.

~ Jemput tengok. He3...

Menggumbirakan perut. ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, December 30, 2014

SIAP KO, AEDES!

Aku arrange jadual untuk gotong-royong kat opis. Bukan suka2 tapi, atas arahan. Pertama2nya adalah arahan dari Pejabat Daerah Hilir Perak yang mana arahan asalnya adalah daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Discuss dengan Encik Boss, propose tarikh yang sesuai & issue notice.

Hari yang cun lagik indah tu jatuh pada hari Jumaat... 

~ Encik Boss not around. Cik Nad kasik briefing sebagai pemangku.

~ Kasik clear itu longkang.

~ Tong kosong pun kasik sumbat dalam plastik sampah.

~ Daun2 kering dikumpulkan 1 tempat.

~ Ada tayar buruk rupanya kat opis aku nih. Adeh3...

~ Wanita terhebak! Go, Kak Ja! Go, Kak Ja! Go! Ha3...

~ Pelepah kat pokok pun nak kena rentap jugak. Gasaklah! ;P


~ 'Kita bakor je..! Kita bakor..!' He3...

~ Jejaka terhebak pulak. Eceh!

~ Bergurau pulak diorang nih..! Isk3...


~ Kasik bersih!

~ Sental toilet.


~ Korek2 yang tersembunyik. He3...


~ Pukul 4.30 petang, gotong-royong setel. Ada jamuan sikit sebagai imbuhan. ;)

~ Bab doa makan memang laju! Ha3...

~ Mulut penuh! ;P

~ Encik Fadzil dah kenapa, haaa...??!

~ Terpaling khusyuk! Mak mertua lalu pun kompom buat2 tak nampak nih. Ha3...

~ Cik Nad cool je... ;)

Motip gotong-royong adalah untuk banteras Aedes. Nak cegah wabak denggi. Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. Terima kasih, opismate sebab bagi kerjasama. Jasa kalian dikenang sampai bila2...

Majulah gotong-royong untuk opis..! Eh2!!! Ha3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, July 7, 2014

MUKADIMAH YANG KIUT

Sebelum Ramadan...

Mak tak berapa sihat. Patutlah bila aku call, suara macam lemah je...

"... Mak dah makan ke belum?"
"Dah... Tapi, macam takde selera je...Macam nak makan mende lain."
"'Mende lain' tu apa?"
"Alaaa... ni haaa... tadi lepas semayang, Mak baring2 depan tv, keluar pulak iklan KFC. He3... "

Mukadimah cenggitu... sumpah... kiut sangat..! Ha3...

~ Phone call tu dah agak lewat. Jadik, aku bawak Mak makan KFC keesokan harinya.

~ Happy lettew.. ! Hiks...

~ Chentahati ah kak ni pun happy jugak. Tau2 je... dah sendawa. He3...

Hati gumbira, perut pun happy... ;)

Yang tak happynya bila tengok entry ni di petang hari di bulan Romadhon. Ha3... Mahap3... ;P


:: Like3, ek! ::



Saturday, February 22, 2014

GOLDEN WRAP PUN BOLLEHHH...

Dating dengan my 'sayang'...

Memula, pusing2 je dulu. Sambil berpikir & berdiskusi nak makan apa. Owh... dating dari sudut perspektif kitorang memang tak pernah lari dari agenda makan2. Macam lagu & irama... macam ombak & pantai... 

Eceh! Hiks...

Terlalu dekat depan KFC. Terbau pulak ayam goreng dia. Apa lagik... terbayang2 iklan KFC kat tv! Memasing diam untuk 2 saat, saling berpandangan diikuti dengan senyum nakal + manjas2. Errr... boleh bayangkan tak macam mana spesis / jenis senyuman tuh? Ha3...

~ Hati kata takmo try Golden Wrap Chicken! Sebab selalunya yang seasonal ni tak berapa kick! Tapi, mulut sangat gatal! Laju je mintak, 'Golden Wrap Chicken 1..!' Adus... dusss2... 

~ Makan sebagai 'desert', kengkononnya lah kan... Sebab kena tunggu 10 minit baru diorang hantar kat meja. Snack Plate dengan Zinger Burger dah selamat masuk perut terlebih dahulu. Heh3...

Kesimpulannya, dari segi rupa paras, Golden Wrap Chicken ni tak la semenggah macam yang dia iklankan kat tv. Biasa la tuh... strategi pemasaran. Dari segi rasa, ok la... not bad. Ayam tu sangat lembut. Tulang2 dia pun ko boleh geget2 sekali kalau nak. 

Siapa tak try lagik, boleh la terjah KFC cepat2! ;)


:: Like3, ek! ::



Monday, May 20, 2013

PUAS

Bawak Mak jumpa dentist. Hari tu dah cabut. Setel dah bab gigi tersebut. 

Masalahnya, ni gigi lain pulak bikin onar. Mak kata gigi tu rasa ngilu2 & sakit berdenyut2 tapi, tak berlubang pun. Hmmm... takpe la... Biar dentist yang decide, apa nak dibuat dengan gigi tuh.

Takde la ramai sangat patient petang tuh. Sedang2 je. Tapi, mengantuk tahap gaban jugak la aku tunggu Mak punya consultation dengan dentist. Lapanploh kali menguap kot! Adeh3...

Tetiba... Mak keluar dengan muka atak senyum. Eh, pelik! Sebab tak nampak kapas gigi pun kat mulut Mak. Seperti takde apa2 yang berlaku je kan...

Rupa2nya, Mak kata dentist tu decide untuk tak cabut gigi Mak sebab katanya gigi tu boleh dikategorikan sebagai tak rosak. Plus, katanya lagik, gigi Mak still cantik untuk usia seperti Mak sebab kebanyakan orang kalau dah cecah 50-an gigi dah banyak gigi yang rosak.

Kesimpulannya, gigi Mak tu retak & hilang sikit adalah disebabkan oleh 2 faktor, sama ada Mak suka makan makanan yang keras / makan asam. Asam memang tak la kan... sebab Mak bukan la peminat asam sangat. Sekadar merasa tu ada la... Tapi kalau makan makanan keras memang ye sangatlah. 1 habit Mak, lepas makan nasik, Mak akan kunyah beras. 

Aku pun confuse jugak dengan habit Mak nih. Ha3... 

Dentist just bagi ubat antibiotik & ubat untuk ditelan bila rasa sakit datang. Lepas tu, dia kasik appointment untuk buat Root Canal Treatment (RCT). 

~ Tak jadik cabut gigi. So, boleh la makan KFC faveret Mak. Siap buat lakonan semula lagik! He3...

~ Bila la hot & spicy nak keluar balik kan? Mencik! Uhuks3...

~ Cheezy Zinger Hot Box untuk tuan tanah kedaung. Sodap! Melimpah dengan cheese. Memang cheezy sangat2..! Terus feeling2 warga Amerika. Ha3... Over!

~ Makan dengan penuh kenikmatan kekdahnya... Hiks...

Syiok sangat bila tengok Mak happy & dapat belanja Mak makan makanan faveretnya. Tapi, tak boleh amalkan selalu la kan... Fast food tuuu..! Not so good for health... kata mat salleh. ;P

Walaupun aku belanja Mak makan kat tempat biasa2 tapi, rasa puas sangat bila tengok Mak happy macam ni. Tak perlu ke restoran gah2 berbintang2. Ikut kemampuan semasa gitu..! ;P Kat KFC pun boleh je... Yang penting nawaitu kita kan... 


Selamat menyayangi keluarga anda... Adios! ;)


:: Like3, ek! ::



Friday, May 10, 2013

KFC SPICY KOREAN CRUNCH

Pertama kali mengtry. Actually, rasa berbelah-bahagi jugak. Sebab bagi aku nak mengtry resepi / meal terbaru dari KFC adalah sesuatu yang sangat rare. Takut tak sodap!

Dalam dok berkira2 nak mengtry ke tak tu, bila staff KFC tanya nak order apa, laju pulak mulut ni kata nak KFC Spicy Korean Crunch. 

Haish! Sila salahkan mulut nanti, ek kalau tak sodap! 

~ Indah khabar dari rupa... Hampeh betul platingnya! Ha3... Hadoi!

~ Seperti biasa, my 'sayang' sure la layan zinger burger.

~ Muka pun dah macam burger! Ha3... Kejam betul statement bini dia kan? ;P Tapi takpe... sebab masih dalam kategori comel. Holloh3... Hiks...

~ Lakonan semula... Heh3...

Korang kenal beliau ni kan? ;P

Kesimpulannya, KFC Spicy Korean Crunch ni not bad la... Tapi, aku prefer yang hot & spicy kot. Sebab yang tu lebih kick di tekak aku.

Pokok pangkalnya, terpulang pada citarasa memasing... ;)

Siapa yang minat K-pop boleh la mengtry. Lepas makan, terus feeling2 artis K-pop. Wonder Girls, bebeh! Wonder Girls! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, February 26, 2013

'MENGEMBANGKAN...'

Pada suatu weekend...

My 'sayang' ada kerja sikit. Aku boring pulak dok sorang2 kat rumah. Kalau ada baby, boleh jugak aku geletek2 dia main ba2 chak ke apa ke kan... Hu3... Kena la carik inisiatif lain untuk elakkan keboringan.

Tinggg!!! Idea sudah mari..! ;P

Mintak izin kat my 'sayang' nak 'mendating' dengan Mak. Isteri mithali... harus la mintak izin kan... Ececeh..! ;P

Takde tujuan yang spesifik pun... Aci redah je bawak Mak pusing2 Teluk Intan, menghabiskan minyak kereta bajet dah kayo sangat! Ha3...

~ Tetiba, tercium bau ayam goreng KFC. Secara magic, dah sampai sini, noks! Berdesup! Ha3...

~ Kalau tak kerana diabetes, hari2 Mak belasah minum air strawberry tuh. Tak pun 100 Plus. Faveret katanya... Tapi, sebab takut nak tido bermalam kat wad merangkap jantung dagdigdug bila tengok jarum suntikan wayar2 berselirat bagai... terpaksa la control. 


~ Selebet! Tapi, kiut! Hu3...

Aku berjaya 'mengembangkan' Mak..! Ha3...

Sekian, misi untuk kali ini... ;P


:: Like3, ek! ::



Tuesday, November 27, 2012

TIDO TAK LENA, MANDI TAK BASAH...

Menggiurkan betul tengok blogger2 tayang gambar tengah makan Zinger Double Down (KFC). Sampai tido pun tak lena... mandi tak basah... sebab terkenang2 Zinger Double Down tuh. Hu3...

Tengok TV citer Adam & Hawa, muka Abang Aaron Ajis tu pun nampak macam Double Down yang handsome. Baring2 kat sofa sambil baca magazine lama cover Nora Danish pun muka Nora Danish berubah jadik Double Down. 

Achaner tu?

Kritikal! 

Nak tak nak, sebab risau aku tengok muka my 'sayang' pun berubah jadik Double Down, better my 'sayang' bawak bini dia yang over ni singgah KFC. He3...

~ Sepatutnya 'All Meat, All Man' kan... Tapi, my beloved 'man' tak berapa berminat. So, aku belasah sorang2. My 'sayang' setia dengan Zinger biasa.

~ Takde bun, betul2 daging ayam. Teruja nak try! ;P

Bila dah try, dapat habiskan 1/2 je sebab rasa muak yang membuak2. Tolak2 kat my 'sayang' suruh dia habiskan. My 'sayang' pun dah santak!

Last2, aku geget sikit, lepas tu my 'sayang' geget pulak. Stop amik napas kejap, then sambung geget-menggeget Double Down tu balik. Akhirnya, habis jugak. 

Fuh!!! Sesak napas kejap. Terus tersandar kat kerusi sambil buat muka blurr.

Kesimpulannya, tak berapa kena sangat kot dengan tekak aku. Kalau sekadar nak merasa tu, boleh la kot. Tapi, memang sesuai untuk sesiapa yang sukakan daging ayam lemak berkrim. 

Sekian...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google