SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, April 11, 2011

CHA3 LA PULOK..!

Tido lewat tapi, bangun awal. Itu la rutin sepanjang team building. Pukul 6.45 a.m, wajib turun kat pool sebab nak exercise secara berjemaah. Exercise tu best la kan... Tapi, bab nak kena bangun awal tu yang tak buleh blah tuh. Hu3...


~ Aci paksa relakan diri jer turun sini tau! Motivasinya adalah bersenam sambil joget2 ikut lagu rancak adalah best! Tu jerk! ;P


~ Front liner lagik ah kak, noks..! Ahaks3...


~ Stretching merangkap warming up dolu. Kakak fasci pakai baju superman, dowh..! Hiks...


~ Bob yang sentiasa comel! ;P


~ Orang lain steady jer... Tetiba si Zaimi macam nak bergoyang Inul Daratista plak. Ha3...


~ Peace daripada Tok Penghulu...


~ Hah! Nak start dah nih! Jaga2 Cik Salmah..! Ewah2..!


~ Dr Khir belasah lagu cha3... Tergediks2 bontot memasing berjoget..! Over tau! Ahaks3...


~ Selesai senaman, Dr Khir suh berkumpul sebab nak briefing sket.

Hmmm... rasa ringan jugak la sket badan aku nih. Kalau lapanploh pagi aku maintain bersenam berjoget2, mau slim cam Catherine Zeta Jones kan? Korang pun musti dah tak berapa nak cam aku dah kan? Betul tak? ;P


*Bersambung...

SUPER HERO @ SUPER WOMAN DI HATIKU...

Kesah kursus bersambung lagik... Aku pun tak tau la bila nak abis?! Layankan jer la, ek?! ;P


~ Lepas rest sekejapan, Dr Khir sambung balik sesi malam tuh. Mata dah kelat2 dah. Hadoi la...


~ Sume pun dah buat muka tak semenggah. Dengan mengantuknya... penat lagik... Humangaih..!


~ G 7 Hadj jer yang maintain asik-masyuk! Ecewah! Asik-masyuk la sangat kan... ;P


~ Ganasnya ah kak duduk..! Cam Ah Long Bukit Beruntung jerk. Huk alloh hai..!


~ Bila tengok muka sume orang cam blur2 jasad jer di situ tapi, jiwa raga sume dah melayang ke laut, mula la Dr Khir buat perangai! Macam nak bukak langkah silat kuntau jerk. Haip2!!! Hiyarrgghhh!!! Ha3...


~ Hah! Macam Tunku Abdul Rahman isytihar merdeka plak. Macam2lah Dr Khir nih. Hiks...

Dr Khir tanya kitorang sume, siapakah super hero/super woman di hati kitorang?! Sume yang barisan depan kena jawab sorang2. Memula, Dr Khir suh tutup mata, lapangkan pikiran. Tapi, aku tak buleh lapangkan sangat sebab macam nak terlena terus, dowh..! Ngantuk maaa... Hu3... Sib baik aku tak hanyut sangat. Bila celik mata & Dr Khir tanya sorang2, dapatlah aku kasik 1 nama yang konon2 aku imagine2kan sebentar tadi. Aku main sebut jer actually. Sebab memang tak terbayang apa2 pun! Yang aku nampak cuma katil + air-cond + bantal. Tu jerk! ;P


~ Megat kata, super woman di hati dia adalah mak dia. Sebab besorkan 10 orang anak as single parent dengan 2 daripadanya adalah anak istimewa (down sindrome).

Bila sampai turn aku, aku terus aci belasah kata super hero aku adalah Datuk Johan Jaafar. Amik ko! Bos besor Media Prima terus! Ha3... Alasan menjadikannya super hero adalah sebab aku penah attend kursus yang beliau organize & beliau ada citerkan pasal background dia yang datang dari family susah tapi, still buleh berjaya macam skang. Cewah! Confident jer ah kak menjawab! He3...

Lewat wooo... tido malam tuh. Sib baik la 3 hari 2 malam jer team building nih. Kalau lapanploh hari lapanploh malam, mau pitam merangkap parkinson terus ah kak tau! Hu3...

Dr Khir kata bersurai jer, sume bertempiaran kejor lift. Lift dah la ada 2 jer. Kalau lambat kang, full. Dah kena tunggu... Macam aku, lift dah nak full pun aku gigih menyelit jugak. Sib baik tak bunyik sebab overloaded. He3...


*To be continued...

TERIMA KASIH NUFFNANG

Suatu hari, masa aku masuk opis, aku nampak ada envelope putih kat atas meja. Dengan pantas aku bukak envelope tuh, tak sabor nak tau apakah isi kandungannya?!

Suspen betul! ;P


~ Tarat tat taraaa..!!! Dari Nuffnang rupanya... Owh... lama jugak aku tunggu, akhirnya mendapat jugak...


~ Ini earning pertama aku dengan Nuffnang. Walaupun tak segah earning Kak Red ataupun viruspadu tapi, aku still bersyukur. Ada satisfaction di situ... bila tulisan kita dihargai. Bukanlah maknanya setiap entry yang aku buat tu semata2 kerana duit. Tapi, mende nie jadik 1 motivasi jugak la untuk aku terus setia dengan blogungukechentaanku nih. Alhamdulillah...

Lepas cash-out kat Nuffnang, ada rejeki baru muncul. Dapat Buffered Earning (B.E). Alhamdulillah lagik...

So, korang... jomlah ramai2 buat duit dengan Nuffnang..! ;)

ALLA HUMMA BARIKLANA...

Semenjak 2 menjak nie, aku ngan my 'sayang' banyak abiskan masa kat umah mak. Means, kami temankan mak, bermalam kat umah mak la. Selang-seli... 2 hari aku tido umah mak, 2 hari kemudian aku angkut mak aku tido kat umah aku lak. Tak pun, mak aku tido kat umah abang aku. Sebab nenek aku still kat KL, jaga Andak aku. Andak aku lak postpone tarikh operate ke 19 April. Means, lama lagik la nenek aku kat sana.

Makanya, aktiviti blogging aku tergendalalah sket. Takpe la kan... demi kerana mak terchenta... Ecewah! ;P

Kalau kat umah mak, rutin aku adalah bawak mak gi pasar/pekan Sabtu, beli barang2 dapur. Pastu, tolong potong2, mak aku masak & kami makan la sama2. Diet takmo makan malam aku pun dah lama ke laut! Macam magic jer kalau dok umah mak nih. Sebab asal nampak nasik jer aku nak makan. Asal nak makan jer aku nampak nasik. He3...

Ada jugak aktiviti lain masa kat umah mak tuh iaitu aktiviti bbq. Siang2 buta we ols berbbq tau! Owh... yeah..! Memula, mak kata nak buat ayam panggang. Aku plak gediks ajak panggang kat luar umah. Ala2 bbq la konon..! ;P


~ Keje2 memarinate ayam sume mak aku yang buat. Heh3...


~ Sampai la ke keje2 menghidupkan api, jadikkan bara, pun mak aku jugak yang buat. ;P


~ Aku plak jadik tukang bbq/panggangkan ayam2 tuh. Nampak macam kojo sonang kan? Tapi, humangaih..! Berpeluh berlengas ah kak tau! Dengan panas membahangnya cuaca masa tuh! Perrgghhh..! Hanya orang2 terpilih yang ada ketahanan mental & fizikal macam ah kak nie jer yang buleh mengharunginya tau! ;P


~ Memang la nie tangan mak aku. Tapi, mak aku tolong kipas2 sekejapan jer. Pastu, aku take over balik maaa...


~ Bila ayam dah siap dipanggang, aku gediks2 ajak mak ngan my 'sayang' makan kat luar umah jugak. Means, kat area panggang ayam tu la kan... Angkut meja lipat ngan kerusi ngan lauk-pauk beserta rice cooker, hah... berpicniklah ko kat situ! Heaven, wok..!


~ & doa makan pun dibacakan... 'Alla humma bariklana... Fi ma rozaktana... Wakina a'za bannar... Amin...' Poyos kan muka ustaz nih? Ha3...


~ Kasik close-up itu ayam panggang. Cicah dengan cili mempelam air tangan mak aku. Hualla! Memang kalau mak mertua lalu pun ko buat dek jerk. Ha3...


~ Pisang sebagai pencuci mulut. Aku dah tak lalu nak mentekedarah pisang nih sebab dah ketat sangat perut nih. Help2...

Aku jamin, kakak ngan abang aku jeles tahap menangis air mata darah baca entry nih! Muahaha... Larikksss..!!! ;P

AZMA AIZAL YUSOOF IN A RELATIONSHIP WIF SHARIFAH AMANI???

Panas3..!!! Pssttt2!!! Ada gossip baru, weh!

Wah3..! Poyosnya ah kak! Dah macam Miss Propa lak. Hiks... Takde apa la sangat, actually. Just nak share gosip yang ah kak baru baca kat blog beautifulnara nie, ha! Katanya, Azma Aizal Yusoof berchenta dengan Sharifah Amani lah pulok.

Hmmm...


~ Cer tengok status f/b si Azma Aizal Yusoof nih. Kata beautifulnara, ada sekali tu dia update status dia cam ayat kat bawah nih:-

"Ya Allah kekalkan lah hubungan kami. Thanks sayang sebab selalu sejukkan aku di saat aku kepanasan. I LOVE U!"


~ Amacam? Nampak seperti teman tapi mesra ke atau memang betul2 mesra baik punya? Hah! Sape sker diorang nie betul2 berchenta, cer angkat tangan cam Usin Wilcha. Cer angkat... Cer angkat... Ha3...

Kalau betul la kan gosip nih, apa jadik ngan boyfren mat salleh Sharifah Amani tu, ek? Kalau tak silap aku, Gavin namanya. Dah berpatah arang berkerat rotankah? Sesapa tau, cer citer... cer citer... ;P

JERUK PENANG

Lokasi kejadian: Opis favourite aku (la sangat... Hiks...)

Di suatu tengahari yang indah, sedang aku sibuk2 menyelit2 kat celah2 rak fail, tetiba aku terdengor macam ada orang panggil nama aku... Aku namakan orang tu as Encik P. Lebih kureng beginilah bunyiknya...

Encik P: Assalamualaikum... Cik Rozlizawati binti Mohd Adnan ada?

Perrgghhh..!!! Nama penuh tu, dowh..! Buat suspen jer Encik P ni tau! Awwsss!!! ;P

Sepantas kilat ah kak terjah kaunter, noks..! Kebetulan masa tu Hafiz takde, coti. Owh... rupa2nya Encik P mintak 'autograph' maaa... Wah! Rasa macam artis fames amos lak! Ahaks3...


~ Poyos jer mukadimah! Yang sebenor2nya, just nak citer pasal parcel nie jer pun... Saiz parcel sedang2 elok tapi, berat la jugak. Daripada kakak aku. Beliau courierkan jeruk Penang yang aku order merangkap ole2 yang aku paksa dia suh beli untuk aku. Heh3...

Aku nie bukannya hantu jeruk sangat. Setakat rasa2 sket tu buleh la... Tu pun jeruk pelam ngan kedondong jerk. Yang lain2 aku memang tak berapa reti nak makan. Saje jer gediks2 paksa kakak aku belikan ole2 dari Penang. Ye la... beliau kan gi Penang baru2 nie. Coti2 Malaysia katanya... Sakan, owh... makcik tu mencotikan diri! Cis betul! Aku adalah JELES tahap melampau! Tsk3...

Kakak aku kasik 3 peket jeruk, 1 untuk mak, 1 untuk aku & 1 lagik untuk abang aku. Keychain Penang pun ado. Mendapat la jugak ole2 kan... Tak kira la ikhlas ke paksa rela. Janji rock, bebeh! Muahaha...

Terima kasih daun keladi,

Nanti kalau gi mana2 belilah ole2 lagi untuk kami di sini!

;D

Jawab Cik Salmah..! Jawab..! Ahaks3...


Thursday, April 7, 2011

PANTANG LEPA..!

Penat, owh... gelakkan diorang main Piring Terbang... Rasa nak gelak berguling2 kat lantai pun ado jugak! Eh! Over la tu kan... Heh3...

Dr Khir kasik rest kejap sebab takut ada yang matik gelak. Ha3... Kitorang lak kan jenis yang pantang lepa jer musti nak berposingan secara gediks! Bese la tu kan... Hiks...


~ Megat & Bob...


~ Macam pinang dilenyek steam roll... Ha3... Larikksss...!!!


~ Amboi3... Cik Ita..! Kemain lagik dia berposing! He3...


~ Muka aku dah tak berapa nak semenggah sebab letih, dowh... Asik terbayang2 katil ngan bantal jerk. Hu3...


~ Bila nampak Kay (baju purple) pakai tudung tu, teringat lak kat viruspadu sebab viruspadu ada jual tudung pesen camtu.


~ Apsal lak ngan Norma (tengah) nih? Sentap ke syahdu teringat family kat Sabah? ;P


~ G 7 Hadj in da house..!!! Ngeh3...


~ Tala jer camera, terus ah kak jadik segar-bugar! Siap kasik flying kiss lagik ko! Dasat2... Ha3...


~ Dr Khir pun dah terberjangkit penyakit sawan camera kitorang. He3...


~ Comel betullah mereka2 nih! Especially Bob la kan... ;P

Kesimpulannya, pantang lepa jer, memang berfotogediks la kitorang. Sawan camera tak agak2! Muahaha...


*Bersambungan lagik...

Wednesday, April 6, 2011

FRISO MUM GOLD

Baru2 nie, aku dapat posto2 dari Friso. Ingatkan Friso kasik angpau ke kan... Rupa2nya, dapat sample free maaa... Haish! Apa la otak nih?! Asik pikir duit jerk! Otak sapa la tu kan? Materialistik betul! ;P


~ Suspen, wok mase tengok envelope Friso nih. He3...


~ Dapat sample free pun kira hokaylah kan... Rasa best jugak. Tapi, aku tak buleh try minum la susu Friso nih sebab nie susu Friso Mum Gold. Means, untuk ibu2 mengandung jerk. So, aku ingat nak kasik kat Kak Aneem jer sebab Kak Aneem kan tengah preggie... Sesuai sangat la kan...

Actually, Friso nie adalah 1 brand susu yang dipercayai la... Ada a few jugak la produk Friso nih. Antaranya Friso Mum Gold nie lah. Kalau nak diciterkan khasiat Friso Mum Gold nie, of cos la banyak kan...

"When your little one is growing inside you, you want to give him every possible advantage as he grows. To start off with, why not strengthen your immunity? Because when you have a strong immune system, you will be able to give more antibodies to your child, and he will be better protected.

Friso® Mum Gold is a tasty, nutritious milk supplement for pregnant and breastfeeding women.

It is the only maternal milk formulated with P2 Dual System™, which contains Friso® Synbiotic Agent, a combination of Prebiotic and Probiotic.

What are Prebiotics and Probiotics?

Prebiotics are food for good bacteria and helps them grow. It also increases solubility of calcium, helping your body to absorb it.1 Common types of prebiotics are long chain fructo-oligosaccharides (FOS).

Probiotics are good or “friendly” bacteria that keep bad bacteria from growing in the digestive system. They also help relieve constipation2 and may prevent allergic reactions in newborns3. The ones in Friso® Mum Gold are also known as Bifidobacterium lactis.

Friso® Mum Gold also contains 5 nucleotides, DHA, AA4, SA, and is high in folic acid, iron and calcium.

Just 2 glasses a day can help you meet your special requirements during pregnancy and while breastfeeding."

*Sumber: friso


Hah! Kan banyak khasiatnya tuh?! So, kepada ibu2 mengandung, memang disyorkanlah minum Friso Mum Gold. Kalau rasa cam was2, buleh la try minum sample dia dolu. Nak sample percuma, click jer sini.

Ini bukan iklan berbayar ye, you ols..! Just nak share la... Tak salah kan? ;)


HUBBY BARU???

Fuh! Aku baru sampai umah nih! Tadi gi amik mak, anta ke umah abang sebab mak kata nak tido kat umah abang. Elok la kan... sebab nenek aku pun takde skang nih. Ada kat umah Andak kat KL, tolong tengokkan anak2 Andak sebab Andak nak operate. Pak Yang pun takde, out station ke Kedah selama sebulan. Yang tinggal, Mak Yang, Amir ngan Ana jer. Sunyi la mak aku kan...

Semalam, aku ngan my 'sayang' tido umah mak. Malam sebelum tu mak tido umah kitorang. Selang-seli la... Malam nie, mak tido kat umah abang lak. Malam sok, tak tau lagik. Maybe aku amik mak tido umah aku lak kot. Tak pun, kitorang jer yang tido umah mak.

Begitulah kekdahnya... sampai nenek aku kembali ke kampung halaman... My 'sayang' lagik dasat! Buleh plak dia nak carikkan hubby baru untuk mak aku!!! Buat teman mak katanya... Ewah2..! Nom3..!!! ;P

Friday, April 1, 2011

PIRING TERBANG 2

Wokeh! Meh tengok, camne kaum Hawa menerbangkan piring yang super ringan tuh. Layan gambar ngan caption, ek?! ;)


~ Mereka2 yang terpilih... 4 orang srikandi la kiranya kan...


~ 'Focus2...' Kata Dr Khir. He3...


~ & hasilnya... Ok la kot... Walaupun jauh jugak dari target tapi, not bad la...

Best main piring terbang nih. Walaupun tak sume terlibat tapi, enjoyce! Moral of the story adalah dalam melakukan tugasan, kita perlu set target. Tapi, bukan senang nak capai target tuh sebab ada halangan yang menanti. Perlu ada strategi untuk capai target. Camtu la lebih kureng kan...


*To be continued...


MANTERA ANJASMORO

Malam tadi, aku layan lagik drama seram TV3, Mantera Anjasmoro. Tengok sorang2 lak tuh! My 'sayang' lepas dinner, mata dia dah kelabu2 katanya... Pukul 9.30 p.m, dah mentido. Tapi, tido kat sofa belakang aku jer la... Aku tak kasik masuk bilik sebab aku gediks nak layan Mantera Anjasmoro. Heh3...

Dengan keberanian yang tak berapa nak semenggah nih, ah kak pon menontonlah Mantera Anjasmoro... Berani2 takut jer kan... Ha3...

Nak kata seram sangat, terkejut2 sebab hantu muncul secara tetiba tu, takde la sangat kan... Tapi, ada 1 scene yang menggegarkan benteng keberanian ah kak. Masa si Enot (maid Eja) nak kemaskan bilik Eja, sambil bernyanyi riang, masa dia lalu kat katil Eja, ada 1 makhluk landing baik punye atas katil Eja. Dah la hitam-legam, ngan rambut panjang mengurai, rupa lak huduh tahap gaban! Pastu, slow motion lak tuh bangun dari katil. Wah! Ah kak yang menengok pun rasa seram sejuk! Secara automatik, aku tukar channel. Ngeeeeee........

Natijahnya, malam tadi aku tido berkelubung ngan selimut. Padan muka aku! Sape suh tengok? Hu3...

Korang rasa2 kan... next week aku ada berani tak nak tengok lagik? ;P

PIRING TERBANG

Piring terbanglah pulok! Pikir sekali, rasa cam game bebudak tadika KEMAS jer kan... Tapi, cer pikir 2, 3 & lapanplohkali... confirm akan jumpe sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hah! Jaga2 Cik Salmah..! Ayat skema tak hengat ah kak dah keluar nih! Ha3...

Lepas, main game 'smart tunnel', we ols dibekalkan plak dengan pinggan polistrin. Alaaa... yang selalu orang pakai masa besday party, yang pinggan nak buh kek makanan bagai tu, ha..! Kaler putih tu kan...

Aku ingatkan Dr Khir nak buat jamuan hari raya/party tupperware. He3... Ke situ pulak peginya otak nie berpikir. Tak abis2 pikir makanan! ;P


~ Dr Khir kasik briefing dolu. Dia buat lawak la nih! Sebab tu diorang gelak2. He3...


~ Belon tetap jadik pendamping. Dasat2... Hiks...


~ Gelak lagik... Kesimpulannya, memang gelak sesado..! Apa kata kalau kita tukar word Team Building tu jadik Team Gelak. Hah! Amacam..??? Ha3...


~ Dr Khir point out 3 orang wira negara nih untuk mewakili kaum Adam, main piring terbang.


~ Dari kiri: Zaimi a.k.a Y.B, Hatta a.k.a Tok Penghulu & Megat. Memasing tengah berdebar2 dag dig dug... apa la agaknya yang Dr Khir nak suh buat ni kan..?! Suspen2... ;P


~ Bila dah tau sume pakat gelak.


~ Dr Khir kasik briefing sambil buat demo.


~ Ko kena baling pinggan polistrin yang super ringan tuh sejauh mungkin. Sebelum tu, ko kena ada target, sampai mana ko nak baling pinggan tuh?! Then, baru baling. Kekdahnya... Macam game Anda Ada 60 Saat jerk kan? Hiks...


~ Sume target bapak jauh! Ada yang target sampai kat depan dewan... ada yang target belakang sket... Tapi, haub jer..! Jauh giler dari target! Ha3...


~ Sekangkang kera lebih2 sket jer pon... Tu pon diorang dah bangga tahap kembang-kempis hidung dah. Muahaha...

Sakit perut aku gelakkan team kaum Adam sebab target kemain jauh nun di sana... Tapi pencapaian cam... haub jerk! Ha3...

Dok gelakkan kaum Adam... kaum Hawa camne la plak kan..?! Berjaya ke tak? Cer teka... Cer teka... ;P


*Bersambung...

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google