SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label KAKAK. Show all posts
Showing posts with label KAKAK. Show all posts

Tuesday, February 11, 2020

BERTUAHNYA MOTHER

Mother buat kenduri doa selamat sebelum berangkat ke Tanah Suci, Mekah untuk umrah. Dapatlah kami berkumpul adik-beradik, discuss apa2 yang patut especially bab checklist preparation umrah. 

Adik-beradik Sis tak sama personaliti. Contoh:-

1. Kakak seorang yang very particular, teliti yakmat.
2. Abang seorang yang setenang air di kali.
3. Sis pulak seorang yang very dependant. 

Kami gabungkan personaliti2 di atas yang maha berbeza tu untuk mewujudkan team yang berfungsi dengan baik. Contoh lagik:-

1. Kakak sebagai QC & Supervisor.
2. Abang sebagai Tuan Penasihat.
3. Sis sebagai banker. 

Jangan jadikan perbezaan personaliti tu sebagai kekangan. Tapi, jadikan 1 advantage. Aaa gitchew... Plus, kalau semua perangai sama, ideology sama, perwatakan sama... isk... bosan jugak kot..! 

~ Invitation card by Kak Aneem. Menantu pun terjebak sama dalam JKKK Petugas Khas. Tak terkecuali. He3...

Tentatif of the day adalah seperti berikut:-

1. Khatam Al-Quran by Kak Yong.
2. Bacaan Surah Yassin by Geng Surau, anak2, menantu2 & cucundas2 Mother.
3. Kenduri doa selamat.
4. Birthday party Nur Medina Raisha.

~ Yeayyy... Kak Yong dah khatam..!

~ Macam tak percaya je Kak Yong dah anak dara sunti.

Kadang2 matured dalam tutur kata. Kadang2 still childish.

Kalau hormon matured dia sampai, Acu tak terkecuali kena tarbiyah. Pasal aurat la... pakai stoking bagai... rambut terkeluar sehelai dari tudung, dia tolong jolok masukkan balik... Siap keluar ayat sorga-neraka. Giler tak goyah! Ha3...

Sis ok je kena tarbiyah dengan anak sedara. Tak pernah sentap tapi, more to bersyukur sebab at least, ada yang boleh tarik Sis kembali ke 'landasan' in case Sis 'tergelincir'. Plus, apa yang dia tarbiyah tu semua betul. Takkan nak sentap. Takkan nak marah. ;D

Tapi, biasalah... Acu dia ni sejenis gangster gonjeng. Ha3... Tak boleh nak berubah drastik. Pelan2 dia hadam, maka pelan2lah dia berubah. In shaa Allah... ;)

~ Terima kasih, Geng Surau Mother yang mengiringi & memantau bacaan Kak Yong.


~ Bacaan Surah Yassin dimulakan...

~ Team boleh baca Yassin x Team 'bendera Jepun'. Heh3...

~ Sis maintain diva. Ha3... 


~ Mother dengan Mokcik Zaharah a.k.a Mama Kak Aneem. Terima kasih, sudi datang.

~ Geng Surau Mother




Bertuah Mother. Dikelilingi orang2 yang baik, yang sayangkan Mother macam family sendirik. 

Semoga ukhwah ni berkekalan sampai bila2... #TillJannah. ;)


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


Tuesday, January 10, 2012

KENANGAN MENGUSIK JIWA (KMJ): SELEPUNG TEPUNG GOMAK!

*Slot Kenangan Mengusik Jiwa (KMJ) Bulan Januari 2012

Slot yang sepatutnya bersiaran minggu lepas tapi, dibawak ke minggu nie. Alah! Redah je la, ek? ;P

~ Dari kiri: Abang, mak & kakak. Duduk kat depan tu dah tentu2 la aku kan... Masa kakak & abang aku khatam Al-quran ni. 

My 'sayang' memang tak boleh blah tengok gambar kat atas tuh! Sebab dia kata muka aku 'unik'. Ye la tuh! Unik la sangat... Aku tau la muka aku selepung macam kena tepek dengan tepung gomak! Sadis! Tsk3...

Dulu, ada 1 bedak yang aku rasa macam popular la. Mak & kakak aku pun pakai bedak tu jugak.

~ Macam ni la rupa paras bedak tuh. Kami panggil bedak ni as bedak batu. Maybe  sebab dia berketul  & keras macam batu kot.

*Credit to: cintaiallah

Aku pun poyos, percaya la kononnya kalau pakai bedak batu ni secara over, effectnya akan sama dengan gambar amoi Cina kat penutup bedak tuh. Tak sedar diri masa tuh muka hitam sebab suka berjemur main panas. Bila tepek bedak pulak suka bubuh over2 & tak rata langsung! Terus jadik macam... ya ampon..!!! 

Tapi, ada aku kesah..??! Masa tu la aku tak kesah! Sebab aku bajet kiut habis dah! Ha3...

Korang kesah tak ngan 'kekiutan' wajah ah kak tuh? ;P


:: Like3, ek! ::



Friday, December 2, 2011

SEBUAH 'KEHILANGAN'... AL FATIHAH...

Aku lupa nak blog pasal abang ipar kakak masuk hospital sebab kena stroke. Bukan totally lupa la... but, macam kekangan masa sikit.

Kalau tak silap aku, kejadian nie berlaku pada Khamis lepas. Abang Samad (abang ipar kakak) ada company supply & pasang canopy untuk majlis2 especially majlis kahwin. Kakak cakap Abang Samad tetiba jatuh pengsan masa tengah pasang canopy orang kahwin la... Terus masuk hospital & terus koma!

Doktor kata dia kena stroke & ada darah beku kat otak, sebab tu dia koma. Harapan pun memang tipis! Solution adalah pembedahan. Tapi, itu pun tak menjamin sangat sebab 50:50. Plus, doktor pun macam tak suggestkan buat pembedahan sangat sebab condition dia sangat kritikal.

If tak dibedah, hayatnya cuma dibantu oleh mesin jer. So, apa yang family diorang boleh buat adalah bacakan surah Yassin & berdoa semoga adanya keajaiban.

Pagi Sabtu, mak roger2 bagitau Abang Samad dah meninggal dunia. Innalilla hiwainna ilai hirojiu'n...

Belah malam, family mertua kakak buat kenduri arwah. Aku, my 'sayang', mak, Mak Yang & Mak Lang datang la malam tu...

~ Sempat la jumpa A_bern yang dah lama jugak aku tak jumpa. Amik gambar sendirik bajet cun habis la tuh! Chait!!!


~ Wah! Seriusnya muka aku! ;P 

~ Lepas bertahlil & baca doa, harus la ada makan2 kan... Apa lagik...?! Moh la kita 'alla humma barik lana, fi ma razaktana, wakina a'za bannar. Amin...' ;P

~ Mak Lang pun enterframe...

~ Malam tu, aku tak makan nasik. Aku makan bihun yang best dengan cucur udang yang marvellous nih! Sodap, weh..! Kakak ipar kakak yang buat. Tak tau nak kata macam mana?! Tapi, memang sodaplah! 

Sempat jugak la kakak bercerita tentang rahsia kesodapan cucur udang tuh. Katanya, kakak ipar dia rebus dulu udang tu & toskan. Air rebusan udang tadi tu lah yang dibancuhkan dengan adunan tepung. Means, bukan pakai air masak biasa la... Kekdahnya...

Lepas makan, kami mintak diri, nak balik. Terima kasihlah kepada kakak, abang Mie & mak mertua kakak yang jemput kami malam tu. 

Al-fatihah untuk Arwah Abang Samad... Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... & takziah untuk keluarga arwah... Semoga tabah menghadapi sebuah 'kehilangan yang dah ditakdirkan'... Amin...

Kehilangan orang yang kita sayang memang sesuatu yang memedihkan & perit untuk diterima kan? Tapi, siapalah kita untuk mempersoalkan qada' & qadar-Nya... Pasrah & redha... itulah yang sebaiknya... Hargailah orang yang tersayang selagik hayatnya dikandung badan... Insyaallah...


:: Like3, ek! ::

Wednesday, August 3, 2011

OLE2 DARI TERENGGANU

Last week, hari Khamis, kakak aku & family balik kampung. Saje nak jenguk mak & mak mertua katanya... Plus, nak jenguk anak sedara baru, si Rifqi jugak.

~ Acara wajib! Walaupun still dalam pantang, Rifqi tetap kena biasakan diri berposing! Penyakit keturunan yang diwarisi gitu..! Ha3...

Kakak aku terpaksa balik petang Khamis tu jugak sebab Abang Mie keje hari Jumaat. Sekejapan betul orang tua tu balik tau! Tak sempat nak berpoya2! Huh!

Sebelum balik, diorang singgah kat opis aku dolu. Saje jer berjumpa2-an... Walaupun kat opis, gelak tetap tak hengat! Seperti opis tu hai ana yang punyalah! Ya habibi... Ya maulana... Muahaha...

~ Kakak aku datang opis selain dari nak bergelak2 tak hengat, dia jugak nak kasik ole2 kat aku. Ole2 dari Terengganu. Woo hooo..! Dapat tudung syria nih! Kaler purple lagik ko! Ehem2! Nak senyum sampai telingalah! ;) Ahaks3...

~ Keropok pun dapat jugak. Buleh buat kudap2 lepas tarawikh. La3...

Tak sia2, noks aku buat entry khas yang 'Owh... Kakak! Kakak Santeklah! ;P' tuh. Mendapat ko..! Berbaloi2... Ahaks3...

Kepada kakakku yang santek jelitawan, terima kasih daun keladi. Next3 outstation, nak ole2 lagi! Buleh? La3... ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

Tuesday, July 26, 2011

OWH... KAKAK! KAKAK SANTEKLAH! ;P

Nota Ringkas Buat Kakak...

Owh... kakak...

Kakak skang ada di Terengganu kan? Bukan di Melaka mahupun di Pahang. Betul tak? ;P

Orang tau, kakak sedang out station. 3 hari 2 malam lak tuh! Harus best! ;P

Memandangkan orang adalah adik yang bongsu, apa kata kalau kakak belikan ole2 untuk orang yang kiut lagik sopan-santun nih?! Di samping bersedekah amal jariah, dapat jugak pahala. Kan3..??? Ahaks3...

~ Ini la kakak aku... Azzeyatin si blogger yang super santek tuh la! Pujian harus melambung tinggi, ye! La3...

Sekian nota ringkas buat seorang kakak yang santek daripada seorang adik yang kiut. ;)

Akhir kata...

Kenang daku dalam doamu...
Ingatlah daku dalam penyopinganmu..!

Owh, yeah..! 


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

Monday, April 11, 2011

JERUK PENANG

Lokasi kejadian: Opis favourite aku (la sangat... Hiks...)

Di suatu tengahari yang indah, sedang aku sibuk2 menyelit2 kat celah2 rak fail, tetiba aku terdengor macam ada orang panggil nama aku... Aku namakan orang tu as Encik P. Lebih kureng beginilah bunyiknya...

Encik P: Assalamualaikum... Cik Rozlizawati binti Mohd Adnan ada?

Perrgghhh..!!! Nama penuh tu, dowh..! Buat suspen jer Encik P ni tau! Awwsss!!! ;P

Sepantas kilat ah kak terjah kaunter, noks..! Kebetulan masa tu Hafiz takde, coti. Owh... rupa2nya Encik P mintak 'autograph' maaa... Wah! Rasa macam artis fames amos lak! Ahaks3...


~ Poyos jer mukadimah! Yang sebenor2nya, just nak citer pasal parcel nie jer pun... Saiz parcel sedang2 elok tapi, berat la jugak. Daripada kakak aku. Beliau courierkan jeruk Penang yang aku order merangkap ole2 yang aku paksa dia suh beli untuk aku. Heh3...

Aku nie bukannya hantu jeruk sangat. Setakat rasa2 sket tu buleh la... Tu pun jeruk pelam ngan kedondong jerk. Yang lain2 aku memang tak berapa reti nak makan. Saje jer gediks2 paksa kakak aku belikan ole2 dari Penang. Ye la... beliau kan gi Penang baru2 nie. Coti2 Malaysia katanya... Sakan, owh... makcik tu mencotikan diri! Cis betul! Aku adalah JELES tahap melampau! Tsk3...

Kakak aku kasik 3 peket jeruk, 1 untuk mak, 1 untuk aku & 1 lagik untuk abang aku. Keychain Penang pun ado. Mendapat la jugak ole2 kan... Tak kira la ikhlas ke paksa rela. Janji rock, bebeh! Muahaha...

Terima kasih daun keladi,

Nanti kalau gi mana2 belilah ole2 lagi untuk kami di sini!

;D

Jawab Cik Salmah..! Jawab..! Ahaks3...


Thursday, December 2, 2010

SIFU BLOGGER KATANYE...

Kan aku ade cakap nak citer pasal pressie yang aku dapat daripada someone kan... Hah! Tibalah masenye untuk aku merevealkan hapekah pressie & sapekah pemberi pressie tersebut?!

Jeng3... Ecewah..! Macam la suspen sangat kan... Hiks...


~ Memula, kite kasik show-off dia punye box & wrapper dolulah. Kata nak suspen kan... Ahaks3...

~ &... tarat tat taraaa...!!! Dapat purse, you ols..! PURPLE lagik tau! Giler tak gumbira?!! La3... ;D

Actually, pressie nie kakak aku yang kasik sebab katanye, aku nie sifu blogger dia. Ecewah..! Kembang-kempis hidung ah kak, noks! Rase cam nak pitam pun ado nie, ha! Tang perkataan ‘SIFU’ tu yang tak buleh blah tuh! Ha3...

Anyway, a bunch of thankies to kakak akulah coz bagi pressie kat aku. Alaaa... setakat tolong2 adik-beradik sket2 tu, takde hape hal sangat la... Tapi, kalau dah nak kasik hadiah tu, of cos la ah kak terima dengan hati yang terbuka & bermunge2! Ahaks3...


Saturday, August 14, 2010

HAPPY BELATED BESDAY TO KAKAK & ABANG...


~ 7 Ogos ... adalah besday kakak aku. 8 Ogos ... besday abang aku lak. Ong number... senang nak ingat. He3... Di kesempatan ini, aku nak la wish Happy Belated Besday to kakak & abang aku... May God bless both of you... Aminnn... & sowy sebab lambat wish. Busy bee lorrr... Harap maklum. Heh3...


*p/s: Jangan lupe ye besday adik tersayangmu ini! Kalau lupa, meh nak ingatkan, meh... ermmm... 16 September ... Kalau lupa gak, wa dush3!!! ;P


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Tuesday, July 13, 2010

ADA ORANG KATA AKU CUTE... OWHHH... DAH LAMA TAU DAH... AHAKS3...

Sila jangan muntah bluwek bilamana membaca tajuk entry di atas. Tapi, teruskan senyum sampai ke telinga sambil angguk2 tanda setuju sebab tajuk tu bukan fake/dibuat2! Memang betul punye..! Muahaha... Larikkksss...! ;P

Jangan dush3 aku kerana isu cute nih. Sebab memang orang yang kata camtu... aku tak kata, owhhh... Aku kan wanita yang sopan lagik bertatasusila... Mane mungkin wanita sopan cam aku nie buleh sker2 hati puji diri sendirik kan... Tak gitu, you ols..?! ;P


~ Di atas ke-cute-an tersebut, makanye... aku telah dianugerahkan Cute Blogger Award nih... Isk3... Aku bukan buleh dapat award! Mula la feeling2 pakai baju yang vogue da vass, jalan naik pentas, amik award sambil lambai2 tangan ala Miss World! Ha3... Tak buleh blah lah! Hiks...

Terima kasih lah diucapkan kepada kakak aku yang beriye2 memberi pengiktirafan yang tak terhingga nih... Tak buleh tidak, kene amik gak wooo... Ye la kan... kang tak amik kang, kecik plak hati mak cik tuh. Ha3... (Makan hati la beliau baca statement membunuh nih! Ngeh3...)

Bila dapat award jer, musti kene jawab soklan! Jawab soklan jer, dapat award! ;P Sib baik soklan sonang2. Aci pejam mata sambil makan kacang cap Ngan Yin pun buleh jawab maaa... Ahaks3...

1. Apa nama blog dan kenapa letak nama itu?
~ Nama blog = asleez-asrolareleez... sebabnye, blog nie adalah kisah kehidupan 2 orang yang saling mencintai... Ecewah! Geli2 jer lubang telinga korang dengor statement nie kan? Well... ade aku kesah..??! ;P asleez = asROL + AREleez. asrolareleez tu = name kitorang la tuh! Pastu, konon2 nak feeling2 jiwang karat la... gabung2 2 name... Konon cam loving abislah tuh! Hiks...

2. Jelaskan kenapa & bagaimana anda boleh dapat idea nak letak nama URL blog anda?
~ Macam same jer soklan nie dengan soklan #1 tu... Tapi, takpe. Award punye pasal, wa jawab jerlah! Kang kene tarik balik lak award tu kang, naya ah kak, noks..! Hu3...
Jawapannye... pada 1 hari tu, mase aku nak register blog aku nih, aku cam bengong2 jer, taktau nak buh name hape?! Jenuh pikir, sampai menitik2 gaklah peluh2 jantan... ooppss! Peluh betina, hokay..! (Sah2 tipu! Ha3...) Akhirnye, timbul la idea nak buh name tuh. Tak tau la nak explain camne buleh dapat idea tuh?! Tapi, dia kira cam magic la..! Cam tetibe jer bunyik, 'ting!'... terus dapat idea. Spontaneous kekdahnyeee...

3. Bila blog anda mula beroperasi?
~ 2 April 2008... Before that, aku blogging kat friendster jer. Once blogspot dah beroperasi, aku stop terus my friendster's blog.

4. Siapa follower pertama anda?
~ Sila rujuk blog saya (bawah header)

5. Ucapan kepada si pemberi award
~ Terima kasih daun keladi... Sok lusa, kasik la lagi... ;)

6. Tag 9 orang yang anda rasa patut terima award ni
~ Wokeh! Penerima seterusnye adalah........ Jeng3....

a) Rafflesia Merah
b) Elyn
c) Faizah_Haris
d) Syeka-sweetheart
e) Diarihatiku1976
f) Riannanisa
g) Nasazfrog
h) Mrs e
i) Lily lotus

Harap sudi terima, ye! ;)


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Sunday, July 4, 2010

KENDURI ARWAH...

Semalam, ade jemputan kenduri arwah. Kakak aku yang jemput, mak mertua dia yang buat kenduri arwah tu. So, plan nak makan durian free sambil tengok WC lively kat Dataran Menara Condong adalah cancel.

Kenduri start after Isya'. Tapi, kitorang gerak awal sebab nak gi umah mak dolu. Memula, cam nak terus jer gi umah mak mertua kakak aku but, on the way tu, abang aku roger2 kata takde sesape lagik. Segan la plak kan... Tu yang menyinggah kat umah mak aku dolu tuh. Lepas Isya', konvoi ramai2 gi kenduri.


~ Kata blogger tegar hati kering kan... sampai2 jer, terus snap2! Ade aku kesah tu umah sape??? Ha3... Keji, owhhh... ;P


~ Salahkan kakak aku sebab beliau yang snap2 dolu. So, aku yang bermuka suci nie (tak abis2 nak masuk bakul angkat sendirik! Ha3...) pun terpengaruh la..! Dan2 tu kuarkan camera. Ngeh2... Weh, korang! Cun tak mak aku? Hiks...


~ Korang purak2 tak nampak jer la, ek double chin aku tu! Buat macam konon2 tu bukan double chin la... Plus, tu pun bukannye double chin sebenor tuh! Saje jer aku edit2 pakai photoshop kasik add on double chin, nak experimentasi, comey ke tak?! Buleh, gitu..! Ha3...


~ Mak cik nie sentap lagik... Bese la... minah sentap kan... Kali nie, tak tau la plak hape yang dia sentapkan?! Haish!


~ Odah yang tak buleh langsung berenggang dengan mama dia. Isk3... rase nak kidnap jer budak kecik nih!


~ Same tak muka diorang?

Pukul 10.30 p.m we ols pun balik. My 'sayang' punye la drift! Nak kejor WC la kekdahnye... Kan semalam Argentina vs Germany... Tapi, drift yang under control lagik la... Errr... ade ke drift kategori under control? Hmmm...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Friday, May 9, 2008

AmBuSH oRg DeMaM

kelmarin, aku, my 'sayang', mummy, abang aku & rifqah (anak sedare) gi umah kakak. dengor citer (chehhh... dengor citer tuh! ahaks...) dia demam. dh 2 days mc. so, sbg sorang adik yg sopan lg penyayang (masuk bakul, angkat sendiri! muahaha...), aku pon bg suggestion utk gi tgk dia. kak aneem (wifey to abang aku a.k.a mak rifqah) xgi coz dia kat kl, ade interview kat SKM.

kitorang sengaje xcall dolu inform nak dtg. main ambush jerk! sampai lam kul 8.30 p.m gitu la... xjauh pon umahnye. bih kureng 10 minit kot! tp, kalo bwk cam pelesit lg cepat sampai! hiks...

ngn xbg salamnye, ketuk pintu pon sekali jer, terus terjah!

jeng... jeng... jeng...

t'kezut beruk minah tuh! ngan bro in law sekali kene 'culture shock'! muahaha...

demam ker hape?! elok jer haa..., dok menyantap kerang rebus! chaitt!!! tipu, ek?! nak ngelat keje, ek?! hahaha...

xde la... xtually, mmg dia demam da day b4. mase tu aku call dia kat opis. suara dia len jerk. cam kene flu & sakit tekak. ingatkan xmo mc. almaklum la... tabah la katakan... plus, dia nih mmg payah nak mc/cuti/ponteng either time zaman2 skolah/keje. tau dia mc pon mase gi opisnye, nak anta mee goreng yg mak wat.

aku: rozey ade?
opismate kakak aku: xde la dik, dia mc. semlm ngn ari nie.
aku: ooo... ye ker? xpe la (lam ati, 'chaitt! apsal la minah nih xinform yg dia mc. huh! karate kang! hiks...)

lepak umah kakak 'bout 1 hour. kul 9.30 p.m cha alip bot!

*lupe plak dat nite ade kelab pop. ade ahmad nabil ahmad (besh la mamat nih. aku sker! my 'sayang' pon layan gak. heh heh heh...) lak tuh! sempat tgk jap jer, xsampai 5 minit pon. huhuhu...

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google