SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label PASAR RAMADAN TELUK INTAN. Show all posts
Showing posts with label PASAR RAMADAN TELUK INTAN. Show all posts

Tuesday, June 23, 2015

IFTAR 4 RAMADAN 2015

Berbuka puasa kat rumah Mak lagik...

Aku tak lepas peluang nak makan ayam sirsau cili padi air tangan Mak. Macam lama sangat dah tak rasa. Mengidam tahap gaban nih! He3...

Aku tolong Mak potong2 bawang, potong2 halia bagai... Pukul 5.30 petang, ayam sirsau dah settle. Canteklah!

Mak kata, teringin nak makan kuih. So, kami bawak Mak ke PARAM Teluk Intan. Sesambil membuang masa menunggu waktu berbuka.

~ Nasik putih + ayam sirsau cili padi + gulai lemak terung dengan ikan masin + ikan masak acar + ikan tilapia goreng + air asam + chicken chop + kuih tako + roti pita + agar2 + kuih buah melaka + air laici lemon & laici kang

Wah..! Nampak macam berderet2 sangat kuantiti menu tu kan... Ada yang homemade, PARAM, lauk kenduri surau & ada jugak yang Mak Yang kasik. Tak kesahlah. Yang penting, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik. 

Paling thorrbahekkk... adalah ayam sirsau cili padi tuh..! Masa dia still dalam kuali pun hidung aku dah kembang-kempis cium bau dia. Semerbak yang indah, noks..! Cobaan... betul! Ha3...

Terima kasih juta3 kali, Mak. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, June 22, 2015

IFTAR 3 RAMADAN 2015

'Balik kampunggg...... Oooooo...... balik kampunggg...... Hati giranggg...... La3......'

Gumbiranya hati bukan kepalang. Al maklumlah... nak balik kampung, berbuka puasa dengan Mak. Heh3...

Singgah PARAM Teluk Intan dulu, beli apa2 yang terberkenan. Masa tu pukul 6 petang. Dah agak lewat cenggitu pun, PARAM masih dilitupi manusia. Nak carik parking pun berchenta jugaklah kekdahnya...

~ Nasik putih + ikan bawal cermin cili padi + ayam goreng berempah + pajeri terung + kari daging + takoyaki + agar2 laici

Mak masak ikan bawal cermin cili padi. Lauk2 lain semua made in PARAM. Kesimpulannya, lauk yang Mak masak jugaklah yang paling daebak!

I heart Takoyaki very much! Owh... walaupun 1st time merasa tapi, aku dah jatuh chenta. Nom3..!!!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, July 17, 2014

IFTAR 9 RAMADAN... 2014

Mood memasak datang lagi... Alhamdulillah...

Selalunya, kat opis lagik dah dok pikir nak masak apa?! Tapi, kali ni dah balik rumah, rest kejap sambil layan #bukankeranaakutakcinta, baru timbul idea pasal menu. Habis je lagu, 'Dari jauhhh... ku berlari... Mengejar mimpi2... La3...' terus cepat2 bersilat kat dapur. Persis Tun Teja. Eceh! Ha3...

Memula, masak sayur. Lepas tu, tumbuk sambal belacan. Tumbuk, hokay..! See! Betapa rajinnya ah kak... ;P Kemudian, goreng ikan. Last sekali, masak nasik.

My 'Jebat' tapau karipap, cempedak goreng, mee + kueteow goreng basah & air soda herba kat PARAM. Minat betul beliau kat air soda herba tuh. Rupa paras dia sejibik macam infused water. Ada lemon, laici & daun pudina dicampurkan dengan soda. Aku pernah rasa sekali. Owh... tak boleh blah! Pelik kat tekak aku.

Korang pernah rasa air soda herba tak?


:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 16, 2014

IFTAR 8 RAMADAN... 2014

Tak kose nak masak. Rasa macam flat je. Tengok Ketuk2 Ramadan pun telan air liur lapanbelasratus kali. Haish! Achaner tuh? Hu3...

My 'Jebat' kerja. Awal2 dah bagitau yang #hannahmastura dia ni tak berapa nak larat masak. Alhamdulillah... sebab dia sangat memahami. Owh... I lap you lah, bebeh! Ha3...

Makanya, menu iftar aci tapau PARAM je lah. My 'Jebat' makan nasik ayam & aku makan kueteow goreng basah. Ada jugak kuih-muih sikit. Cukuplah untuk makan berdua. 


:: Like3, ek! ::



Friday, July 4, 2014

IFTAR 2 RAMADAN... 2014

Rajin pulak nak memasak. Dekat opis pun dah pikir2 nak masak apa?! Semestinya yang terpaling simple yang jadik pilihan. 1 lagik kriteria adalah yang tak perlu nak guna deria rasa sangat. Puasa kan... Ah kak ni pulak dah la spesis yang tak berapa reti nak agak2. Begitu...

My 'Jebat' kata, nak carik kuih kat PARAM. Ok, fine. Boleh je. Tapi, pesan siap2, jangan beli banyak2! Contoh: Untuk dia = 1 jenis kuih, untuk aku pun = 1 jenis kuih. Takmolah beli banyak2. Yang nak makan 2 orang je pun. Membazir je kang!

Dekat lapanploh kali jugak la dok pesan kat My 'Jebat' tuh. Al maklumlah... dia kalau ke PARAM, tak sah kalau tak 'tawaf' 2 kali. Hasilnya kang berbondong2lah bungkusan makanan yang dia tapau!

& alhamdulillah... My 'Jebat' mendengar kata. ;)

~ Nasik putih + ikan termenung goreng + sup daging + sup sayur + sambal kicap. 

Semua hasil air tangan sendirik kecuali sup daging. Wah, macam ada nada berlagak di situ..! Ha3... Puiii..!


:: Like3, ek! ::



Thursday, August 1, 2013

IFTAR 16 RAMADAN 2013

Penyakit malas datang balik. Malas masak. Plus, kerja banyak la pulak kan kat opis tuh. 

Time2 bulan Romadhon ni la nak buat semua mende. Kumpulan Inovatif & Kreatif la... aset tagging la... bla3... Mencik, owh..! Tsk3...

Sudahnya, my 'sayang' ajak ke PARAM je. Kojo mengtapau. 

Tapau pun tapaulah! Janji berbuka & kenyang. Tu pun dah... 'alham...dulillah...' [cakap ikut style Tok Adi (Tanah Kubur) tau! Angguk2 sikit. Hiks...]

~ Fillet ayam goreng & cheesy chicken sausage. Dua2 ni memang aku teringin sangat. Dah aim lama dah, sebenornya. He3...

~ Mee kari ni pun teringin jugak. Eh, semua pun aci teringin2 kan..! Ngengada tau tekak nih. Isk3...

My 'sayang' punya la tamak haloba! Dah beli nasik ayam, dia beli lagik mee kari. Apa punya perut la tu kan? Ha3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 31, 2013

IFTAR 14 RAMADAN 2013

Rajin sikit nak masak. Tapi, 1 lauk je la... Heh3...

Ok la tu kan? Dari takde langsung! ;P

~ Ikan sos Palembang namanya. Jauh kot..! He3...

Hasil menggoogle. Lepas tu, ubah ikut kesesuaian stok.

Aku gunakan waktu lunch hour untuk memasak. Nak masak petang takut tak sempat sebab nak amik Mak lagik kan... 

Mak berbuka & tido kat rumah aku hari tu sebab esoknya ada appointment kat hospital.

~ Ikan bilis cili padi. Mak yang masak.

~ Pecal timun & cauliflower. Mak jugak yang buat.

~ Popiah ngan satar, tapau kat PARAM.

~ Sup sayur, AJK surau yang tapaukan untuk Mak.

~ Talapia bakar, hasil 'tangkapan' dari PARAM.

Ermmm... dappp... ;P


:: Like3, ek! ::



Wednesday, July 24, 2013

IFTAR 9 RAMADAN 2013

Semua pun aci tapau kat PARAM je. Tak larat nak masaklah. Rasa macam flat sangat. Uhuks3...

Terjah PARAM together2 dengan my 'sayang'. Berpimpinan tangan lagik..! Baju pun sedondon. 

Eh, perlu ke nak bagitau? Ahaks3...

Hasil tapau-an adalah seperti berikut:-

~ Ayam goreng. 6 hengget sepeha nih. Besor! Cukup untuk 2 orang makan. Rasa pun tak mendukacitakan. Memang la... kalau ikutkan, ayam goreng je pun... Lumur2 ngan kunyit garam bagai... kemudian goreng. Apalah sangat kan... Tapi, maksud aku adalah ayam tu fresh. Bukan ayam semalam yang tak habis dijual mahupun recycle. Eh, sama la tu kan? ;P

~ Roti jala + kuah kari + kuah durian. Kuah kari untuk aku. Kuah durian untuk my 'sayang'. Lempeng pisang tu pun untuk my 'sayang' jugak.

~ Mee goreng basah. Ah kak punya menu utama untuk berbuka. 

~ Menu utama my 'sayang' pulak adalah nasik beriyani + daging masak hitam. Daging tu sodap. Lembut je.

Setakat ni, makanan2 yang kami tapau kat PARAM masih menepati piawaian. Takde la terkena yang basi ke... recycle ke... rasa ke laut ke... Semua hokay jerrr... 

Alhamdulillah...

Kepada peniaga2 PARAM Teluk Intan khasnya & seantero Malaysia amnya, sila la berniaga dengan jujur. Jadikkanlah duit pembeli berbaloi2 menikmati juadah yang anda jual. Takmo pikirkan untung je. Pikirkan kualiti sekali tau!

Sekian pesanan ikhlas daripada tuan tanah kedaung... ;)


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google