SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SUP LEKOR. Show all posts
Showing posts with label SUP LEKOR. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

SUP LEKOR

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

~ Persoalan daripada seorang BFF. Sila click kalau rasa macam rabun ayam. ;P

Meh, nak jawab, meh! ;P

Bahan2:-

1 biji bawang besar (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 pokok sawi (dipotong)
2 biji telur ayam
5 batang keropok lekor (made from Terengganu, yang packagingnya kaler merah, tak payah rebus pun takpe, boleh goreng terus.)
1/4 kiub ayam Knorr
Serbuk lada hitam
Garam
Minyak masak
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng keropok lekor hingga garing. Angkat, toskan & potong kecil2. 
2) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar & putih hingga naik bau.
3) Tuangkan air masak secukupnya.
4) Masukkan kiub ayam Knorr & ubi kentang.
5) Pecahkan telur. 
6) Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam. 
7) Masukkan sawi. Masak seketika. Angkat, hidang & taburkan dengan keropok lekor yang telah dipotong kecil tadi.

~ Sup telur + keropok lekor sebagai garnish = Sup Lekor. Nama harus gempak! Heh3...

Maka terjawablah sudah persoalan daripada Puan Eja sebentar tadi... Peace! ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, September 3, 2013

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 19

Ramadan...

Mungkin turun beberapa kilo. Mungkin la kan... Mungkin sangat! Adeh3...

Syawal...

Memang dijamin tak turun langsunglah! Walaupun suku kilo. Percayalah! 

Plus, yang mungkin turun di bulan Ramadan tu pun berkemungkinan besor naik balik. Kebarangkalian adalah sangat tinggi! Sebab bila raya, makan tak hengat dunia! Semua pun aci belasah! Perut tak pernah kendur. Ketat memanjang. Hadoiiyaiiinyapon! Mencik!

Tak boleh jadik! Marilah kita berdiet semula. Misi Tiz@Nelydia Look Alike kembali... Hu3...

Breakfast:-

Tak sempat! Dah lambat kebenor. Kat opis, togok air masak je la...

Minum pagi:-

Dah breakfast pun tak sempat, minum pagi jauh sekali la kan... Sedeh! Tsk3...

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 2 sudu daging kicap berempah + 1 sudu sayur campur + 1 ekor ikan gelama goreng. Tapau kat Mokcik Pokok. 

Errr... Mokcik Banjir dah tak berniaga kot. Sebab dah lama tak nampak batang hidung. Stall pun dah takde. Misteri betul! Ngeeeeeeeeee.........

Minum petang:-

Nan hado! Fridge tak restock lagik. Nanti baru nak retsock buah2-an. Boleh la bawak ke opis, buat minum petang.

~ Dinner: 1 mangkuk kecik sup Lekor. Ermmm.. dappp..! ;)

Sekian, melaporkan... ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google