SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, December 6, 2012

TIARA WATER THEME PARK (TWTP)

Semua pun dah siap dengan baju mandi. Malas nak tukar2 baju. Kang sampai je kat pool tuh, terus je terjun. ;P

Eh, lupa nak bagitau! Kitorang sebenornya nak bermandi-manda kat Tiara Water Theme Park (TWTP). Nasib baik hujan dah reda. Kalau tak, mau cancel bermandi-manda. Maka, muncung sedepalah anak2 Abang. He3...

Isi perut dulu, kasik kenyang. Kang terjun pool, tak payah pakai pelampung sebab perut boyot dah boleh jadik pelampung. Ha3...

~ Cadangnya nak breakfast kat Pak.e Corner nih sebab nampak macam ok kan... Plus, nama pun macam unik. ;P

~ Tapi, tak jadik menyantap kat situ sebab servis ke laut! Kesian aku ngan Kak Yong... dah over2 berposing, tup2... tak jadik makan pulak. Adeh3...

Sebenornya, kami dah order air & makanan. Tetiba, ada geng mokcik2 yang dok kat meja belakang kitorang membebel2 kat si waiter sebab apa yang diorang order tak sampai2! Dengor dia membebel tu macam dah lama jugak kot dia order. 

Bila kami tengok meja2 lain, memang banyak lagik yang tak dapat order. Air pun banyak yang takde lagik. So, sebelum mamat tu buat air, kitorang cancel semua order dululah. Kang tak pasal2, lambat pulak masuk TWTP. Nak2 pulak cuaca tak menentu. Lebih baik kurangkan risiko. Carik je la tempat makan lain.

Jumpa Restoran Asam Pedas. Diorang ada serve breakfast. Aci je lah kan... 

Review makanan: biasa2 je... atau omputih kata so-so je... Hu3...

~ Hokay! Dah masuk TWTP dah. 

Jauh jugak TWTP ni. Dia macam masuk2 ke dalam sikit & bukan kat kawasan pantai. TWTP ni hak milik Tiara Beach Resort (TBR). Means, diorang ada jugak sediakan apartment untuk disewa. Boleh call directly TBR untuk booking atau google je apartment persendirian. 

Let say, korang book dengan orang persendirian kan... korang still boleh guna segala kemudahan yang ada kat TBR. Bezanya cuma kalau yang persendirian ni takde room service lah. 

Macam TWTP ni pulak, semua boleh masuk. Means, kalau korang tak menginap kat TBR / unit persendirian kat TBR ni pun korang still boleh masuk. Asalkan beli wristband kat kaunter tiket. Harga tiket macam kat bawah nih:-

Weekday

Dewasa: RM 18
Student (7 - 17 tahun): RM 15
Kanak2 (6 tahun ke bawah): RM 4

Weekend / Public Holiday

Dewasa: RM 30
Student / Kanak2 (7 - 17 tahun): RM 15
Kanak2 (bawah 90 cm): RM 5
Warga Emas (55 tahun ke atas): RM 10

~ Abang dah tak terkawal dah! Bebudak tu pun ngeri tengok Abang. Musti diorang confuse! Adeh3...

~ Tahap lupa diri dah nih! Ha3...

~ Gedebushhh!!!

~ My 'sayang' pun nak jugak... Terpengaruh! Ha3...

~ Aku tak try pun slides2 tuh. Tak berapa beranilah. Pernah try masa kat Lost World of Tambun. Try tube raider yang kena duduk atas pelampung & dia berpusing2 tuh. Naik dengan my 'sayang'. Neves, noks! Tu la pengalaman 1st & maybe the last kot. Ngeeeeee.....

~ Dua2 pun kiut kan? Ahaks3...

Kak Ngah lagik dasat. Memula, macam malu2 kucing. Lama2 sikit, dia boleh naik slide bebudak tu secara terbalik!!! Means, menjunam kepala dulu, kaki kemudian. Siap bisik kat Nenek dia, 'Nenek, Kak Ngah nak jadik Otomen! Nenek tengok, ye!'

Mak ingat apekejadahnya Otomen tuh kan... Rupa2nya, aksi dia yang terjun slide secara terbalik tu yang dia panggil Otomen! Haish!

Cayalah Kak Ngah..! ;P

Tapi, awas! Apa2 pun yang anak2 buat masa kat TWTP tu, mustilah di bawah pemerhatian parents / orang dewasanya, ye! Jangan aci biar je. Malang tu kan tak berbau...

TWTP ni ada 2 sesi. Sesi pagi (8 pagi - 12 tengahari) & sesi petang (12.30 tengahari - 7 malam). Kami masuk yang sesi pagi. Pukul 11.15 pagi cepat2 naik, salin baju kat changing room sebab dah dekat2 pukul 12 tengahari kang pak guard akan tiup whistle, suruh semua keluar dari kolam. 

Kesimpulannya, best jugak la bermandi-manda kat TWTP nih. Kawasannya besor & ada 5 kolam semuanya kot. Ada kolam untuk dewasa & kanak2. Nak main slide pun boleh, nak berendam sambil tunggu tong besor memuntahkan air pun boleh & nak berendam sesaje pun aci jugak. 

Kalau rasa teringin nak terjah, sila ke alamat di bawah, ye:-

Tiara Water Theme Park
Tiara Beach Resort
PD Tiara, Batu 13
Jalan Pantai, Pasir Panjang
71250 Port Dickson, Negeri Sembilan

No. Telefon: 06-6628888

Paling best, pakaian renang yang dibolehkan adalah flexible. Ye la kan... selalunya, pool2 kan ada dress code macam just boleh pakai bikini / burqini & swimming trunk je. Agak tak selesalah untuk orang2 yang bertudung kan... Tapi, kat TWTP ni ko pakai la apa2 pun... aci je. ;)

Hmmm... siapa setuju dress code untuk mandi-manda di pool dimansuhkan? Means, boleh je pakai outfit yang bersesuaian. Asal jangan pakai jubah / yang sewaktu dengannya la kan...


*To be continued...


:: Like3, ek! ::



6 comments:

bicara mak dara said...

wahhh bestnya dapat mandi mandaaaaaa

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA,
aah. syiok b'kubang! he3..

Unknown said...

besar x tempat tu?

sury said...

wahh..seronok...nak kena pi sekali ni..berbaloi jer harganya dari waterwolrd i city..
eh..dah follow sini...
selamat berkenalan..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Nazirah Murad,
besor gak. letih gak la klu nk b'kubang kat sume pool.

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Cik Wannsury,
ok la utk spend time dgn family. aah. harga tiket pun affordable.

owh.. ok. selamat b'kenalan..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google