SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, January 14, 2010

ReSaKsE..???

VERSAILLES - Jessica Davies iaitu anak saudara seorang menteri muda pertahanan Britain memberitahu polis bahawa dia sekejam 'raksaksa' kerana menikam seorang pemuda Perancis yang baru dikenalinya di sebuah bar, menurut keterangannya yang dibaca di sebuah mahkamah Perancis semalam.

Jessica, 30, iaitu anak saudara menteri muda pertahanan Quentin Davies, kelihatan pucat dan sugul pada hari pertama perbicaraannya berhubung kes pembunuhan pemuda berusia 24 tahun itu pada November 2007.

"Saya cuma mahu melukakannya sedikit tetapi pisau itu terus menusuk ke badan pemuda tersebut," kata Jessica kepada polis yang dibacakan pada hari pertama perbicaraan itu di sini, barat Paris.

Polis yang tiba di apartmen wanita itu di pinggir bandar Paris pada awal pagi November 11, 2007 menemui suspek sedang berbogel dan melutut semasa cuba menghentikan pendarahan mangsa, Olivier Mugnier.

Dia kemudian memberitahu polis: "Saya melakukannya (pembunuhan tersebut). Saya tidak boleh memberitahu mengapa, tetapi saya melakukannya... saya ialah raksaksa," menurut kertas pertuduhan itu.

Mugnier meninggal dunia di apartmen tersebut pada pukul 3.45 pagi waktu tempatan, sejam selepas ketibaan pihak polis.

Dia ditikam dua kali di bahagian atas dada. Tikaman yang membunuhnya mengenai tulang belakang mangsa.

Jessica berkenalan dengan Mugnier di sebuah pub sebelum membawa pemuda itu pulang ke apartmennya.

Polis berkata, wanita itu dalam keadaan mabuk semasa dia ditangkap dan terdapat kesan ubat antikemurungan dalam darahnya.

Wanita itu tidak bercakap berhubung kejadian sebelum malam pembunuhan tersebut tetapi memberitahu mahkamah bahawa dia dibesarkan dalam keluarga yang porak peranda.

Dia berdepan hukuman penjara hingga 30 tahun jika didapati bersalah kerana membunuh tanpa niat. - AFP


~ Sekali pandang, tak nampak cam 'resakse' pon kan? Hmmm... makin pelik donia skang nih... Wallahualam...


*Sumber: Kosmo


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

4 comments:

UnGu VioLet said...

dunia dah berada di akhir zaman.. mcm2 yg berlaku di sana sini kan..

Sharinginfoz said...

macam2 citer kan.....

Diet untuk 20-an

KWSP Online

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

UnGu VioLet,
tu la.. bnyk tul mende2 pelik yg t'jadik. isk3..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

Sharinginfoz,
aah. pelik tapi, benar!

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google