SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, June 23, 2015

DARAH MANIS

#Throwback

Fatin, anak sulung Pak Tam & Mak Tam bertunang. Makanya, ke Bota la kami... makan nasik kenduri. He3...

Kami sampai dalam kategori awal jugak la... Dalam pukul 11 ++ pagi. Rombongan peminangan datang lepas Zohor. 

Nak tolong adjust2 hantaran, macam tak perlu je... Sebab dah elok molek dah rupanya kan... Kang kalau aku adjust, terus bertukar jadik Decepticon yang huduh, naya je kena maki! Ha3... 

Nak tolong2 masak, pun macam tak perlu jugak kot... Sebab saudara-mara belah Mak Tam & jiran2 dah gigih bertungkus-lumus kat area memasak. Kang kalau aku menyibuk jugak, susah pulak diorang nak lalu-lalang sebab aku sorang je dah makan space berdepa2. Ha3... Hadoi la...

Ke... aku saje je bagi alasan macam2 ni... sebab yang sebenarnya adalah malas?! Aku pun konpius nih! Ha3...

~ Disebabkan masa yang banyak & 'ketiadaan kerja' tu makanya, kami pun makan dululah. Pak Tam & Mak Tam yang suruh tau! Kang kalau tolak kang, kata tak sudi pulak. ;P

~ Lepas makan, selfie... ;) Nampak tak Rifqi tu? Setiap detik nak bertukar menjadik Ottomen Cosmos! Pitam ah kak tau..!

~ The Sepupus... tajuk album dia. He3...

~ Pak Tam sayang Nenek a.k.a mak dia laju2..! Hiks...

~ Sama tak? Anak Mak kata ko..! Heh3...

Rumah Pak Tam bersebelahan dengan surau. Lepas makan, kami tumpang lepak kat surau tersebut. Boleh la baring2 kejap kan...

~ Ini budak, kalau Kakak Fatin dia ada a.k.a A_bern, kompom melekat. Lepas tu, kerja lain takde, melaram & posing3. Isk3...

~ 'Baby sitter' Rania. Baju pun dah sedondon.

~ Copycat

~ Rania kena 'dera' dengan mama dia. Pakai munge besor godang. He3...

~ Macam2 spesis Ottomen ada. Pilih je la mana yang berkenan.

~ Ottomen yang tak habis2 nak melaram. Hadoi la...

~ Bertukar2 spec dia tau!

~ Lepak di bawah pokok. Nyamannn......

~ Underneath pokok klapak dengan yang diraikan.

#FatinKuasaDua 

~ The hantarans


~ 1st attempt, 2nd attempt & 3rd attempt... Semua cobaan melompat tak jadik! Ke laut habis! Ha3...

Orang kata, alam pertunangan ni samadengan darah manis. Orang kata la... bukan aku kata... Kadang2 konpius jugak aku... tang mana la 'manis' dia tu kan..?! Sebab aku rasa darah semua sama je, kaler merah. Rasa dia, aku tak tau la macam mana kan... Ko gila ke apa ke... nak rasa2 darah bagai..! 

Tak kesahlah. Darah manis ke... darah kelat ke... payau... tawar heben ke... gasaklah! Yang penting, semoga Fatin & pasangan bertabah & berjaya menempuh dugaan di alam pertunangan... Aminnn...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



5 comments:

iryanty ahamad said...

selamt bertunang :-))

mawar_berduri said...

selamat bertunang Fatin...

mawar_berduri said...

selamat bertunang Fatin...

ArELeEz said...

iryanty ahamad,
tq.. (bg pihak)

ArELeEz said...

mawar_berduri,
tq.. (bg pihak)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google