SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, June 18, 2015

2 PULAU & 1 TASIK

#Throwback

Day 2...

Adventure sikit. Sebab nak ber-island hopping. Wee hooo..!!!

Kalau you ols pun rasa2 teringin nak ber-island hopping jugak, adalah dinasihatkan untuk booking pakej a.k.a boat lebih awal, especially pada peak season. Maksudnya, kalau esok nak pergi, bookinglah hari ni. Cenggitu... Tujuannya adalah untuk memudahkan & nak elak dari 'ketiadaan boat' sebab dah habis kena booking. Kalau lepak lama sikit kat Langkawi, contohnya dalam seminggu, oklah kot. Sebab ada banyak hari lagik boleh ber-island hopping. Tapi, kalau setakat stay 3 hari 2 malam macam kami, memang 1 penyesalanlah kan... Tak sempat kot..!

Kami booking boat selepas dinner kat Maya Seafood Restaurant (Day 1). Kat sepanjang jalan Pantai Cenang tu, bersepah2 company yang menawarkan perkhidmatan island hopping dengan macam2 pakej. Pandai2lah pilih & negotiate harga.

~ Bersemangat betul nak island hopping!

Transport dari Pantai Cenang ke jeti disediakan. Tapi, boleh je kalau nak drive sendirik. Kalau rasa2 malas nak tunggu transport nak balik ke Pantai Cenang lepas island hopping, better drive je transport yang dah disewa. Parking kat area The Lanai, naik boat untuk island hopping, balik semula then, naik je transport sendirik. Takde nak tunggu2 turn bagai... Lebih mudah.

~ Mon buat tunjuk perasaan sebab bot masih tak kunjung tiba. Ha3...

Rupa2nya, boat tunggu kat The Lanai, bukan kat sini. Ini apa ntah nama tempat dia..?! Tak ingat.

~ Tapi, kami happy je. Macam takde apa2 kekusutan yang berlaku. Mungkin sebab excited sangat kot..! Ha3...


~ Duta pelancongan. Hiks...

~ Arrisya pun relax je tido. 

~ Pasangan yang always berchenta... Oppa & #JiHyo. Eceh!

~ Dipendekkan cerita, kami semua dah selamat naik boat. 

~ Amik boat yang besar sikit, boleh sumbat semua ahli rombongan.

Island hopping ni cover 3 tempat iaitu:-

i.   Tasik Dayang Bunting
ii.  Pulau Beras Basah
iii. Pulau Singa Besar

~ Destinasi pertama: Tasik Dayang Bunting

~ Ini tempat makan / lepak yang disediakan. 

Kalau rasa lapor, adalah dinasihatkan untuk makan dulu kat sini. Sebab kalau ko gigih nak angkut segala jenis makanan yang ko bawak tu, bajet nak makan betul2 mengadap Tasik Dayang Bunting, baik rentikan la niat suci murni tu. Monyet adalah banyak, hokay..! Tak pasal2 kang ko kena serang dengan diorang!


~ Kami dah siap2 tapau nasik bungkus masa on the way nak ke The Lanai. Penting nih! Sebab ada ahli rombongan kami yang terdiri daripada kanak2. Kalau lapor then, takde tapau makanan, mau mengamuk diorang! Ngeri pulak monyet2 yang ada di situ kang! He3...

~ Lepas makan, relax2 kejap dalam 5 minit then, bersedialah untuk panjat anak2 tangga ni.

Sempot jugak wooo..! Nak naik sempot, nak turun lutut menggigil. Hah, achaner tu?! Hu3...

~ Berkat keazaman yang tinggi, akhirnya... we ols sampai jugak ke Tasik Dayang Bunting... Fuh, lega..!

~ Selfielah dulu.

Ada 2 main activities yang ko boleh buat kat sini. Pertamanya adalah mandi-manda & yang kedua pulak adalah paddle boating. Aku dengan Oppa memang dah lama mengidam nak naik paddle boat. So, kami pilih paddle boatlah. Tak boleh try dua2 aktiviti sebab kesuntukan masa.

~ Gunung-ganang yang membentuk seperti perempuan mengandung yang sedang baring. Cenggitu la alkessahnya... tasik ni dapat nama.

~ Kadar sewa untuk paddle boat adalah 30 hengget untuk 1/2 jam per paddle boat including life jacket. Kalau rasa2 nak romantik2, relax2, ko kayuh secara manual je la... Agak2 dah penat, pasanglah motor dia. 

~ Lepak di tengah2 tasik & selfie. Owh... indahnya dunia... ;)

Hokay, tak boleh nak romantic lama2 sangat sebab masa dah time. Turun bawah sepantas yang mampu walaupun tercungap2 & tunggu bot sewa kami. Nak ke Pulau Beras Basah pulak.

~ Sampai di Pulau Beras Basah... Nampak tak dah habis basah tu? Sebab kat sini memang kerjanya tak lain tak bukan adalah membasahkan diri a.k.a mandi-manda.

Restoran2 ke... cafe ke... gerai2 ke... yang jual makanan masak memang nan hadolah! Yang ada cuma 1 kedai kecik jual junk food termasuklah Maggi & kalau nak kenyang sikit, ada la roti. Makanya, kami pun belasah la Maggi cup sebab lapor.

Puas mandi-manda, kami naik bot & ke Pulau Singa Besar pulak. Aktiviti kat sini adalah eagle feeding. Banyak jugaklah burung2 helang yang berterbangan megah kat situ. Kagum aku tengok dia makan anak2 ikan yang muncul kat permukaan air. Daebak!

Penat & lapor. Sampai tanah besar, terus laju2 carik makan. Actually, makan sekali dengan My MIL. Tapi, macam 'transparent' pulak My MIL hari tu. Mata ni asik nampak nasik je. Ha3... Adeh!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



4 comments:

iryantyismail said...

sambutan bulan madu ke nie leez :-))

mawar_berduri said...

syiokkknya jalan langkawi ...sy tak pernah smpai lagi..kesian kan ..hahhaha

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

iryanty ahamad,
family vacay belah mertua. +, pe-honeymoon jugak la kot.. ha3..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

mawar_berduri,
best & beronok2! ha3.. xpe2.. leez doakn, 1 hari nnti murah rejeki u, dpt jejak langkawi. honeymoon.. he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google