SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, June 9, 2015

SKYDOME + SKYCAB

#Throwback

Destinasi ke-2: SkyCab a.k.a Langkawi Cable Car

Sampai2 je, terus carik makanan. Perut berdangdut riang. Tak jumpa nasik, roti & waffle pun bollehhh...

2 orang ditugaskan untuk beli tiket iaitu pasangan Huda-Kerol. Wakil beli pun tak kesah. Asalkan ko bagi IC kat wakil tuh sebab nanti dia nak kena show-off kat kaunter tiket. Tujuannya adalah untuk dapatkan harga warganegara.

Harga tiket adalah seperti berikut:-

SkyCab Package
Dewasa: RM 35
Kanak2 (2 hingga 12 tahun): RM 25

SkyCab With Ekspress Lane Package
Dewasa: RM 85
Kanak2: RM 75

SkyCab With Private, VIP or Crystal Glass Gondola
Private Gondola (4 orang): RM 400
VIP Gondola (3 orang): RM 500
Crystall Glass Gondola (1 orang): RM 85

Kat atas ni antara pakej utamalah. Ada banyak lagik pakej sebab SkyCab bukan sekadar naik cable car seperti dulu2. Ada macam2 aktiviti macam Duck Tour, F1 Simulator, Scrambler & bla3... Combo Fare pun ada, untuk yang sukakan penjimatan. Check it out kat www.panoramalangkawi.com

~ Pok amai2 versi Aisy. He3...

~ #JiHyo & kasut barunya... Ecewah! 

~ Menunggu masa untuk naik gondola.

~ Sesambil berselfie.

~ 'Mak Dats' on vacay... Ececeh..! Ha3...

~ Pengantin tak berapa nak baru. He3...



~ Haaa... yang ni kompom... pengantin baru... forever..! Ahaks3...

~ #JiHyo & Oppa. ;P

~ Berpoluh2 Athirah main giant bubble.

~ Arrisya pun sama.

~ Main bisik2 la pulak. Isk3...

~ Gaya... Mutu... Keunggulan... He3...

~ Giant bubble tersebut.

~ ATV. Boleh sewa.

Tiket kami ada discount. RM 35 seorang kot... merangkumi SkyCab & SkyDome. Syarat wajibnya adalah warganegara. Makanya, IC adalah penting. Foreigners / PATI adalah tidak dilayan untuk discount ini.

Semua naik kecuali Abah, My MIL, A-im, Cik Ani & Aisy. Diorang balik homestay. Berehat.

¬ Queue

Memandangkan tiket tu merangkumi SkyCab & SkyDome makanya, kami kena experience SkyDome dululah. Kalau takmo masuk pun boleh. Tapi, dah alang2 kan... redah je lah. 

SkyDome adalah seperti mini theatrette yang menayangkan visual dalam bentuk 360 darjah 3D selama 10 minit. Bagi aku, layan jugak la... Dengan syarat, kena menghayati. Abaikan orang2 yang ada di sekeliling ko untuk 10 minit tu. Assumelah ko mengexplore 1 dunia 3D seorang diri. 

~ Dalam SkyDome.

Effort yang boleh dipuji sebab boleh kurangkan masa menunggu SkyCab & ke-crowded-an ruang queue. Maksudnya, ada la jugak mende yang boleh dibuat. Takde la ko melangut je... menunggu nak naik SkyCab.

~ Lepas tu, baru naik SkyCab.

~ Oppa yang gayat tak boleh blah!

~ Ok, fine! Angin sepoi2 bahasa tu memang boleh buat jiwa kacau! Hu3...

~ Bulat gigih berselfie.

~ Memula bersemangat waja. Tapi, bila gondola mula naik & berayun2, kompom cenggini la jadiknya Oppa. Dah experienced beberapa kali pun, Oppa still cenggini. Ha3... Hadoi la...

~ Indah

~ 1st station


~ Daebak!




~ Kami tak turun kat last station sebab queue menunggu nak turun bapak ramai! So, duduklah diam2 dalam gondola tu, biar je dia bawak kita turun ke bawah.


~ SkyCab yang dah banyak pembaharuan.

~ Sempat pulak diorang bermain2 dengan fountain sebelum balik. 

Sayonara SkyCab... ;)

Kami dinner di Maya Seafood Restaurant. Aku JKKKK F&B. So, aku memang dah survey2lah places to eat. Antara yang dapat recommendation daripada blogger adalah Maya Seafood Restaurant ni.

~ Nasik putih, sotong goreng tepung, siakap 3 rasa, kailan ikan masin, daging black pepper & tomyam campur untuk 15 orang makan.

Exact harga adalah tak ingat. Tapi, agak berpatutanlah rasanya. Rasa makanan pulak, not bad la... Tomyam tu je hanyir sikit. Mungkin sebab ada kepah ke... lala ntah... dia bubuh sekali dalam tu.

Service ok. Friendly jugak & tak kerek.

So, #JiHyo nak kasik... 3.5/5 mintang..! Hiks...

Maya Seafood Restaurant
Jalan Pantai Tengah, Pantai Tengah
07000 Langkawi, Kedah

No. Telefon: 017-5519873

~ Sebenarnya, sangat penat dah masa ni. Tapi, gigih jugak nak berselfie. 

Day 1 pun dah hectic. Tapi, enjoyce..! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



2 comments:

mawar_berduri said...

wahhhhhhhhhhhhhhh syoklaaaa pi jalan Langkawi ..nak ikottt ...haha

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

mawar_berduri,
ha3.. lama dah ni.. #throwback ni.. #throwback

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google