SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label RUMAH PAK TAM. Show all posts
Showing posts with label RUMAH PAK TAM. Show all posts

Monday, September 14, 2015

NEW CHAPTER...

Tajuk entry tu dah 'London sangat', noks..! But, don't worry, bebeh! Sebab isi kandungan kompom Melayu tulen. Kalau ada terselit2 ke-London-an sikit2 tu... biasa la kan... ;P

Kesahnya adalah kesah sorang lagik cousin aku join the club. Dah kahwin. Menantu pertama untuk Pak Tam.

Maka, projek mencarik & membalut hadiah pun bermula...

~ Projek hadiah kahwin Fatin-Izral yang dananya dikongsi bersama.

Konsep dia cenggini... 1 family 1 dana. Tak kesahlah nak sumbang berapa, JKKKK Hadiah Kahwin akan terima dengan hati terbuka. Asalkan ikhlas. Pembelian hadiah, aku yang handle sebab akulah JKKKK Hadiah Kahwin tersebut. ;P 

Pemilihan hadiah akan ikut bajet / dana yang disumbangkan oleh setiap penyumbang. Hadiah pulak mestilah berupa barang2 yang simple tapi, memang akan diguna pakai oleh pasangan yang baru kahwin. Semua hadiah akan disusun dalam 1 box besar. Melambangkan perpaduan. Ha3...

Hopefully, bila Fatin & Izral bukak hadiah & baca kad, akan terpancarlah sentimental valuenya. Eceh! 

Perlukan seorang lelaki sado untuk angkat hadiah besor godang tu. Terima kasih, Oppa sebab beliaulah lelaki sado tersebut. Heh3...

~ Wefie anak merdeka. Heh3...

~ 'Saranghaaeyo' tak sudah2. Kakak pun layankan je la adik dia yang K-pop sangat nih! Ha3...

~ Sebelum berangkat.

~ Sempat menyelit sebelum Fatin bersanding. He3...

~ Perkahwinan adalah 1 proses pembelajaran & pengalaman. Selamat menempuh 1 lagik chapter baru dalam kehidupan. Kata2 nasihat & motivasi yang ikhlas daripada Kakak Kawasan. Ahaks...

~ Silat bertemu gendng nafiri Melayu. Perrgghhh..!!! Dramatic!

Best betul bila dapat memanfaatkan masa dengan family cenggini. Lepak2 dengan makcik2, borak2 dengan pakcik2, bergurau-senda dengan cousins... Mak happy, Nenek pun lapanploh kali ganda happy. Beronok2 sangat..! He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, August 14, 2015

LUCKY DRAW RAYA

Raya ke-2 adalah turn beraya kat rumah Mak pulak. Kakak & Abang pun dah roger2, tanya pukul berapa nak sampai kat rumah Mak. Kesimpulannya, aku dengan Oppa yang sampai dulu. Diorang lambat sikit sebab tengah tunggu turn nak mandi kat rumah mertua memasing. Paham2 je lah... raya kan... Queue nak masuk bilik air kompom panjang sedepa.

Takpe, bagus jugak begitu. Bolehlah aku & Oppa habiskan lauk-pauk raya air tangan Mak yang sememangnya daebak! Tinggalkan tulang2 dengan pinggan2 kotor je untuk mereka. Haaa... nampak tak kekejaman di hari raya di situ..?! Ha3...

Hari raya belah family aku pun tak pernah sunyi dengan photoshoot. Lepas photoshoot, terus berdesup... ziarah sedara-mara / kawan2. Takkan ada di rumah. Kalau nak jumpa, cariklah kami di rumah sedara-mara / kawan2 tersebut. Ha3...

~ Songkok lintang tu memang... #Halusssss ;P

~ Hokay, sopan sikit, pehhh--liss..! ;)

~ Saranghae... Roh 'Kang Gary & Song Ji Hyo' meresap masuk dah. Ha3...

~ Melompat raya... konsep dia. Rifqi = 'Mangsa keadaan' Acu dia. He3...

~ Photographer tak bertauliah ni pun nak enterframe jugak. 

~ Peace, ya'll..! ;P
~ Semua dah siap, dah cool & dah make up cantik2. So, bolehlah amik gambar family. Yang paling cantik vogue da vass of courselah gigirl yang tepaling kiri di barisan belakang tu. Awwsss2..!!! Ha3...
~ Ini konsep dia adalah... gila2 di hari raya. Ha3...

~ Asal suruh free style je, semua jadik ting tong. Asal ting tong je, semua free style. Hiks...

Tahun ni ada 1 perbezaan. Ada Lucky Draw Raya, hoiii2..!!! Dianjurkan oleh satu2nya abang kandung yang aku ada. 'Si tauke XOX.' Tetttttt......... ;P

Jimat melampau2 katanya! Tapi, aku tak reti nak explain lebih2. Kalau teringin nak tau, terjah je la Facebook beliau ni. ;)

Abang dah sediakan lucky draw berupa 5 keping angpau raya yang masing2 mempunyai nilai wang yang berbeza di dalamnya. Paling tinggi adalah 15 hengget kot... & paling rendah adalah 2 hengget. Peserta terdiri daripada adik-beradik, ipar-duai & anak sedara beliau. Mak & ahli keluarga penganjur tak dibenarkan participate sebab memasing dah dapat angpau spesel.

Memula, Abang suruh cabut je mana2 angpau yang jadik idaman hati. Tapi, macam tak function je kekdah tu sebab memasing gigih macam nak terkam beliau. Ha3...

Finally, Abang aci baling je semua angpau2 tu. Nasib la ko dapat kutip yang mana 1. Aku syak akulah pemenang Lucky Draw Raya tersebut. Sebab aku kan #JiHyo, si Ace yang selalu bertuah! Heh3...

Tapi, hampeh! Sebab aku punya nilai angpau hanyalah 2 hengget. Paling rendah, hokay..! Stress ah kak tau! Dah rasa macam Lee Kwang Soo pulak. Uwaaawaawaaa...

~ Berbangga dengan angpau raya memasing. Pemenang adalah Kakak kot... Oppa dapat 5hengget, aku dapat 2 hengget, jumlah keseluruhan = 7 hengget. Bolehlah buat bayar bil air. Hu3...

Sepatutnya, family mertua aku datang beraya pagi tu. Tapi, ding-dong, ding-dong, takde rezeki nak beraya. Even Mak & aku dah siapkan juadah raya spesel, siap susun2 semua kat meja ruang tamu. Plannya, lepas mereka datang, barulah kami move on... beraya. 

Dipendekkan cerita, family mertua ke Selabak dulu & diorang suruh kami go on beraya dulu, kemudian baru roger2. Al kessahnya... family aku kalau beraya memang tahap tak ingat nak balik. Ha3... 

Dari Teluk Intan sampailah ke Batu Gajah nun... Malam baru sampai rumah Mak. So, takpe la... takde rezeki. Raya haji / raya2 yang akan datang je la kot... In shaa Allah... ;)

~ Jalan2 raya...

Rumah pertama adalah rumah kawan Kakak. Sedap pulak bihun sup yang kawan Kakak buat. ;P

~ Rumah ke-2 pun adalah rumah kawan Kakak kat Chenderong Balai. Kami memang suka buat rumah orang macam rumah sendirik. Harap maklum. Ha3...


~ Berjaya bawak Ottomen Mebius enterframe. Bukan main girang lagik si Ottomen Mebius tuh. Ha3...

~ Oppa sentap sebab tak dapat duit raya. Terpaksa la #JiHyo pujuk. He3...

~ Siblings forever... Tetiba, Ottomen Mebius enterframe. Dengki lettew..! Ha3...

~ Rumah ke-3 adalah rumah Pak Tam. 

~ Makanan kat rumah Pak Tam pun cantik menarik tertarik komemangthebomb jugak! Nasik putih + ikan goreng + ikan sepat masin goreng + masak lemak kobis + kari ayam + sambal belacan. Perrgghhh..!!! Ko mampu nak tolak makanan yang seumpama itu? Aku... kompom tak mampu! Belasah! Ha3...

Rumah terakhir adalah rumah Uteh. Pun ada makanan yang... masha Allah... Superb! Nasik putih + ikan goreng + telur dadar + sayur campur + ikan masin goreng + sambal belacan. O.M.G..! Dari perut agak sederhana kenyang, terus lapor balik. Automatik! Ha3...

Apa yang berlaku di hari raya ke-2 tu semuanya best2 & happy2 belaka. Tapi, yang paling win adalah... Lucky Draw Raya. Daebak! 

Terima kasih kepada organizer. Semoga Abang sukses dengan bisnes XOX-nya. Semoga Allah murahkan rezeki. Semoga impian tercapai. Aminnn...

Lain tahun, sila buat Lucky Draw Raya lagik. Sharing rezeki kekdahnya... Kasik up sikit nilai angpau tuh. Supaya makin berkobar2 semangat kami nak merebut angpau. He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, June 23, 2015

DARAH MANIS

#Throwback

Fatin, anak sulung Pak Tam & Mak Tam bertunang. Makanya, ke Bota la kami... makan nasik kenduri. He3...

Kami sampai dalam kategori awal jugak la... Dalam pukul 11 ++ pagi. Rombongan peminangan datang lepas Zohor. 

Nak tolong adjust2 hantaran, macam tak perlu je... Sebab dah elok molek dah rupanya kan... Kang kalau aku adjust, terus bertukar jadik Decepticon yang huduh, naya je kena maki! Ha3... 

Nak tolong2 masak, pun macam tak perlu jugak kot... Sebab saudara-mara belah Mak Tam & jiran2 dah gigih bertungkus-lumus kat area memasak. Kang kalau aku menyibuk jugak, susah pulak diorang nak lalu-lalang sebab aku sorang je dah makan space berdepa2. Ha3... Hadoi la...

Ke... aku saje je bagi alasan macam2 ni... sebab yang sebenarnya adalah malas?! Aku pun konpius nih! Ha3...

~ Disebabkan masa yang banyak & 'ketiadaan kerja' tu makanya, kami pun makan dululah. Pak Tam & Mak Tam yang suruh tau! Kang kalau tolak kang, kata tak sudi pulak. ;P

~ Lepas makan, selfie... ;) Nampak tak Rifqi tu? Setiap detik nak bertukar menjadik Ottomen Cosmos! Pitam ah kak tau..!

~ The Sepupus... tajuk album dia. He3...

~ Pak Tam sayang Nenek a.k.a mak dia laju2..! Hiks...

~ Sama tak? Anak Mak kata ko..! Heh3...

Rumah Pak Tam bersebelahan dengan surau. Lepas makan, kami tumpang lepak kat surau tersebut. Boleh la baring2 kejap kan...

~ Ini budak, kalau Kakak Fatin dia ada a.k.a A_bern, kompom melekat. Lepas tu, kerja lain takde, melaram & posing3. Isk3...

~ 'Baby sitter' Rania. Baju pun dah sedondon.

~ Copycat

~ Rania kena 'dera' dengan mama dia. Pakai munge besor godang. He3...

~ Macam2 spesis Ottomen ada. Pilih je la mana yang berkenan.

~ Ottomen yang tak habis2 nak melaram. Hadoi la...

~ Bertukar2 spec dia tau!

~ Lepak di bawah pokok. Nyamannn......

~ Underneath pokok klapak dengan yang diraikan.

#FatinKuasaDua 

~ The hantarans


~ 1st attempt, 2nd attempt & 3rd attempt... Semua cobaan melompat tak jadik! Ke laut habis! Ha3...

Orang kata, alam pertunangan ni samadengan darah manis. Orang kata la... bukan aku kata... Kadang2 konpius jugak aku... tang mana la 'manis' dia tu kan..?! Sebab aku rasa darah semua sama je, kaler merah. Rasa dia, aku tak tau la macam mana kan... Ko gila ke apa ke... nak rasa2 darah bagai..! 

Tak kesahlah. Darah manis ke... darah kelat ke... payau... tawar heben ke... gasaklah! Yang penting, semoga Fatin & pasangan bertabah & berjaya menempuh dugaan di alam pertunangan... Aminnn...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, September 13, 2011

TIBA MASA UNTUK BERAYA..!

Penat dah berpsoing tak hengat! Kita pergi berayalah pulak. Fuh! Acara yang paling dinanti2kan sebab dapat jalan2 + makan2. Owh.. best, noks! La3...

Konvoi 5 buah kereta. Meriahnya jalan raya dengan kehadiran kitorang. Ecewah! Ha3...

~ Rumah pertama yang kami terjah, rumah mertuaku..! Dah alang2 lalu, baiklah singgah beraya. Aku tak dapat nak berposing mengenterframe sebab gigih menjadik pelayan, dok angkut ketupat, lemang bawak keluar kasik family aku makan. Terus tak berseri gambar kakak aku ngan Ana nie sebab takde muka aku. Kan3..??? Ahaks3...

~ Rumah kedua adalah rumah wajib setiap tahun iaitu rumah Wak. Kalau pergi rumah Wak, memang santai abis sebab ko buleh buat rumah tu seperti rumah sendirik. Nak makan mee sup pun tak payah hidang2 beriye. Ko main aci cedok sendirik & makanlah secara tak sedar diri! Takde makna nak segan2nya. Owh... heaven2... ;P
Lepas tu, terus ke rumah nenek sedara kat Chenderong Balai. Kitorang panggil nenek sedara tu as Nenek Kambing sebab dolu dia ada bela kambing sekandang. Wah! Sungguh sadis panggilan tu kan? Tapi, bukan kitorang yang kasik nama tu tau! Anak2 Mak Yang aku yang kasik. Terus lekat sampai skang. He3...

Tak sempat plak nak amik gambar kat rumah Nenek Kambing. Plus, diorang dah siap2 hidang nasik makan tengahari. Antara makan dengan amik gambar, makan lagik hebat kot! He3...

~ Rumah keempat adalah rumah Pak Tam kat Titi Gantung nun. Belah petang konvoi dah tinggal 3 bijik kereta jer sebab another 2 dah flat, tak larat nak follow kitorang yang gagah perkasa nih! Ha3...

~ Kena tarbiah dengan Pak Tam & Mak Tam sebab datang tak calling2 dolu. Diorang dah pesan, kalau  nak datang, calling2 bagitau dolu... so, senang diorang nak prepare juadah best2. Yang sadis tuh, buleh plak nama aku yang naik sebab tak call! Cis betul! Hu3... Actually, aku dah try roger2 tapi, tak dapatlah. Line cam busy jer time raya kan... Hampeh betul! Sentap sebab kena tarbiah & tak dapat makan best2! Hmmm... takpe2... Next time, seminggu sebelum kedatangan kitorang calling2 bagitau, ek?! Hiks...

Pukul 8 p.m baru sampai rumah mak. Berlengas betul! Badan rasa macam flat tapi, masih gigih nak pergi beraya. Biasa la kitorang kan... selagik tak lewat malam, selagik tu nak menebeng kat rumah orang, mau beraya sakan kata ko! La3...


:: Like3, ek! ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google