SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, November 30, 2012

MEMORI DAUN PISANG

Taman Cabaran kata ko! Salah paham! Taman Cabaran tu kat celah lain. Tempat yang kitorang melepak ni adalah kat taman depan PICC tu, haaa..! 

Ya ampon... sebab salah info! Hu3...

1st time kot lepak kat sini. Secara tak sengaja & tanpa dirancang. Dah tak tau nak melepak kat mana. Dari kejauhan nampak macam best. Moh la kita singgah... ;)

Hujan lebat wooo... masa tuh! Pakai payung pun still tempias2 jugak. Sojuk!

~ View cantik! Ada tempat lepak... ada bangunan pencakar langit di sinun... ada orang tengah surfing... bot lagik... Rasa hebat sangat dah! He3... 

~ Tourist yang comel... Pengakuan ikhlas nih! Hiks...

~ Bajet dia boleh angkat bangunan tu la kan... Hmmm... layankan je... ;P

~ Awan mendung hitam sedang berarak. Gelap betul suasana masa nih! Macam dah senja! Padahal baru pukul 10 pagi kot.

~ Seluar dah basah-lencun tapi, tetap gigih nak tayang kasut bermunge oren. Heh!

~ Layankan lagik...

~ Manja tak? Manja tak? Ahaks3...

~ Aku suka gambar nih. Sebab pertama adalah sebab aku yang amik gambar nih. He3... Sebab kedua pulak adalah cantik kot... nampak macam lukisan.

~ Cantik jugak...


Ada la dalam 30 minit melepak kat taman tuh. Roger2 Awa, katanya dah sampai kat parking lot. So, kitorang pun geraklah naik PICC balik. 

Hmmm... on the way nak masuk kereta (still hujan), tetibe terimagine... kalau berpayung pakai daun pisang time hujan2 macam ni, kan dah boleh buat video clip Memori Daun Pisang... Kan3..??? Ahaks3... 

Amelina ngan Iwan dangdut tukar jadik Areleez ngan Asrol dangdut. Amacam..??? ;P

*feelingberguling2sambilpegangmungemataharibesorgedabak!*

Ha3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, November 29, 2012

NASIK GORENG RACUN???

Hari graduasi Bulat...

Bulat study kat Kolej Poly-Tech Mara Kuantan. Amik Diploma in Information Technology kot. Convonya kat Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Memang peluang terbaekkk... la kan... Sebab ah kak belum pernah jejak kaki ke PICC lagik. Sila percaya. Tengok dari luar je sebelum ni kan... Kali ni, dah ada peluang, boleh la explore 1 PICC tu! ;)

~ Hokay! Dah sampai. Amik gambar dengan giant banner dulu.

~ My 'sayang' pun...
Actually, kitorang ngan family mertua berkampung kat rumah Awa. So, dah tak jauh sangat la nak ke PICC tuh. Lepas semayang Subuh, aku ngan my 'sayang' ditugaskan hantar Bulat dulu ke PICC. Abah & my MIL akan menyusul kemudian once Qistina dah bangun tido.

Sementara Bulat setelkan apa2 yang patut, aku ngan my 'sayang' pulak sibuk menyetelkan perut yang dah lapor. Carik lokasi nak berbreakfast.

~ Jumpa Putrajaya Seafood nih. Tapi, kuchiwa sebab tutup. Dah namanya pun ada mention 'seafood' kan... so maybe, dia bukak belah2 petang.

~ Kuchiwa2 pun, dia still kasik thumbs up. Haish! Tak paham... Tak paham...

~ Last2, jumpa restoran ni kat Cyberjaya nun. Tertarik dengan menu2 goreng dia yang namanya dasat betul! Ada  nasik goreng jahanam la... nasik goreng racun la... Perrgghhh!!!

Teringin nak try. Tapi, diorang tak prepare untuk breakfast kot. Sebab selalunya, yang goreng2 ni kan belah2 petang membawak ke malam.

Hmmm... takpe la kan... Maybe, next time. Memujuk hati sendirik nih. ;P

~ End up, aku makan maggi goreng + bihun goreng + telur rebus + sambal tumis + rendang daging. Eh, macam carca-marba la pulak kan... He3...

So-so je kot dari segi rasa. Tapi, kalau dari segi kebersihan & ke-condusive-an, macam terbaekkk... kot.

Lepas makan, terus laju2 patah balik ke PICC sebab konon2 nak masuk hall tengok Bulat amik scroll secara live la kan... Tapi, sadis sebab tak dapat masuk.

Alasan si penjaga hal ehwal tetamu adalah baju kami tak ikut dress code. Owh... rasanya ok je kot outfit kitorang. Memang la tak berapa nak menepati dress code tapi, takde la sexy tertonjol2 ke apa ke kan...

Sentapahkaktau! Tsk3...

Hmmm... nak buat macam mana kan... Redha je lah. Macam Lisa Surihani cakap, 'Redha itu ikhlas... Pasrah tu menyerah...' Eh, ke situ pulak perginya, ye! He3...

Sementara tunggu family mertua sampai, kitorang pun cariklah tempat nak melepak. Terjumpa la dengan Taman Cabaran...

Korang pernah pergi Taman Cabaran tak? Kalau tak pernah, meh ah kak nak tunjuk apa yang ada kat Taman Cabaran tuh. Tapi, dalam next entry la, ek! Heh! 


:: Like3, ek! ::



Tuesday, November 27, 2012

TIDO TAK LENA, MANDI TAK BASAH...

Menggiurkan betul tengok blogger2 tayang gambar tengah makan Zinger Double Down (KFC). Sampai tido pun tak lena... mandi tak basah... sebab terkenang2 Zinger Double Down tuh. Hu3...

Tengok TV citer Adam & Hawa, muka Abang Aaron Ajis tu pun nampak macam Double Down yang handsome. Baring2 kat sofa sambil baca magazine lama cover Nora Danish pun muka Nora Danish berubah jadik Double Down. 

Achaner tu?

Kritikal! 

Nak tak nak, sebab risau aku tengok muka my 'sayang' pun berubah jadik Double Down, better my 'sayang' bawak bini dia yang over ni singgah KFC. He3...

~ Sepatutnya 'All Meat, All Man' kan... Tapi, my beloved 'man' tak berapa berminat. So, aku belasah sorang2. My 'sayang' setia dengan Zinger biasa.

~ Takde bun, betul2 daging ayam. Teruja nak try! ;P

Bila dah try, dapat habiskan 1/2 je sebab rasa muak yang membuak2. Tolak2 kat my 'sayang' suruh dia habiskan. My 'sayang' pun dah santak!

Last2, aku geget sikit, lepas tu my 'sayang' geget pulak. Stop amik napas kejap, then sambung geget-menggeget Double Down tu balik. Akhirnya, habis jugak. 

Fuh!!! Sesak napas kejap. Terus tersandar kat kerusi sambil buat muka blurr.

Kesimpulannya, tak berapa kena sangat kot dengan tekak aku. Kalau sekadar nak merasa tu, boleh la kot. Tapi, memang sesuai untuk sesiapa yang sukakan daging ayam lemak berkrim. 

Sekian...


:: Like3, ek! ::



Monday, November 26, 2012

KUASA WANITA DEMI BURGER GRILL

Suatu hari...

Tengah khusyuk belek2 surat khabar Kosmo! yang dah beberapa hari lepas, tetiba mata terpaku tengok 1 flyer nih. Eh, ada stall baru bukaklah! Kat Intanova nun... 

Stall tu jual burger grill. Harga promosi samadengan 5++ hengget. Kalau tak promosi, harga adalah samadengan 7++ hengget. Yang ++ tu aku lupa sen2 yang tepat. Ingat yang hengget2 je.

Maka, dengan kuasa wanita atau dalam bahasa saintifiknya, gals power yang ah kak ada, ah kak pun memaksa my 'sayang' belanja burger grill tersebut. & dengan seikhlas hati pulak my 'sayang' mengopakkan poket dia. Ha3... Dasat kan kuasa wanita yang ah kak ada? ;P

~ Ermmm... dappp..! ;P

Burger grill yang pertama seumpamanya di Teluk Intan... Eh2, macam iklan la pulak! Hiks...

Bagi aku, not bad la... Burger besor & daging burger tebal. Mayonis & segala sos tak kedekut. Kalau jenis perut kecik, makan share sebijik 2 orang pun dah kenyang kot. 

Macam aku, kan tamak! So, makan sorang sebijik. Hah, amekaw! Perut santak sampai ke pagi, noks! Adeh3...

Hokaylah! Kalau berminat, boleh terjah alamat kat bawah ni:-

Restoran Intan Selera
Persiaran Intanova, Taman Intanova
36000 Teluk Intan, Perak

Stall tu memang betul2 dok depan Restoran Intanova. Kiranya, kalau korang berniat nak makan / minum kat Intan Selera, korang boleh je kalau nak order burger grill tuh. Nanti abang tu akan hantar kat meja. Tapi, bayar asing2 la kot kan...

Dalam banyak2 burger grill yang korang pernah makan, kat mana yang paling sodap lagik marvellous, ek? Cer share... Cer share...


:: Like3, ek! ::



SENYUM KAMBING

Monday blues...

Bukan aku je tapi, korang pun kan... Hiks... 

Macam aku, memang blues terlampaulah sebab mc hari Khamis & Jumaat. Lepas tu, sambung cuti Sabtu-Ahad. 4 hari, noks tak jenguk opis! 

Tak windu pun. ;P Tapi, soooooooooooooo............. blues, hokay! Hu3...

~ Status facebook Ros yang buat aku senyum kambing... He3...

Ros pun blues jugak. Comel tak status facebook dia tuh? He3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, November 25, 2012

KETAM... OWH... KETAM...

Dah tengahari ni, perut macam biasa la kan... berkeroncong, berdangdut bagai... Nak masak sesungguhnya adalah malas! 

Ingatkan, bila dah ada apron baru, semangat memasak tu semakin berkobar2 la kan... Rupa2nya semakin haub, adalah! Hu3...

Sila sekeh diri sendirik. 

~ Teringat fries Wana Cafe ni jugak... Menggiurkan betul! Uhuks3...

Tunggu my 'sayang' balik dengan penuh sabor. Sebab dah janji nak dating sambil makan ketam. Owh... sorga... Terasa seperti pasangan bahagia pulak! Ahaks3...

Doakan kitorang dapat ketemu dengan restoran ketam yang terbaekkk..., ek! 

Heh3...


:: Like3, ek! ::



Friday, November 23, 2012

MEMBELI & MEMBELAH & MAKAN2

Nenek ada cakap yang Nenek nak shopping bekas pemanas nasik. Selalunya, kalau Nenek kasik hint2 tu, maknanya Nenek nak mintak aku tolong bawakkan pergi menyopping la... Tapi, aku je yang bertangguh sebab banyak komitmen lain. 

Cewwahhh..!!! Macam wanita paling membusy pulak kekdahnya... He3...

Tapi, tak lama mana pun tertangguhnya. Means, macam minggu ni Nenek kasik hint, minggu depan baru aku bawak. Heh3...

Menyoppingnya adalah kat Pasaraya Eagle. Eagle ni macam hardware. Macam2 ada..! Syiok shopping kat sini sebab tak payah runsing2 nak redah banyak tempat untuk dapatkan barang2 yang kita nak. 1 kedai je dah cukup sebab semua ada kecuali baju & yang seumpamanyalah.

~ Lepas shopping, bawak Nenek mengopi pulak kat Reena's Kitchen. Nenek makan roti canai.

~ Cara lelaki Melayu mutakhir lap mulut penuh sopan. Ececehhh...!!! Jatuh chenta ah kak tengok dia lap mulut tau! Ha3...

~ Mak maintain cun. He3...

Nenek beli bekas pemanas nasik, pisau & ada a few barang lagiklah. Mak pulak beli landas, apron & ada la lagik kan... Aku pun terjebak sama. Terbeli landas ngan apron kot. Nak carik apron kaler oren tapi, nan ado. Yang ada kaler biru, pink & hijau + kuning. So, amik yang paling striking, hijau + kuning.

Dah ada apron baru, harap2 lepas ni semakin bersemangat la nak kelentang-kelentung kat dapur. ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, November 22, 2012

SAMURAI

Kesah makan2 lagik... Harap korang tak jemu.

Apalah ertinya blog ah kak nih kalau takde entry makan2 kan... Heh3...

Sebenornya, tak berapa sihat. Tapi, gigih jugak nak makan burger Mc-D. Teringin kot. My 'sayang' pulak dia layankan je tekak orang tak sihat yang ngengada manjas nih. Sayang bini kata ko..! ;P

~ Owh... nom3!!! ;P

~ Created Just For You... Owh... for me..?! Terharu ah kak tau! Ahaks3...

~ Try bubuh Mcshaker. Tak best kot. Hu3...

~ My 'sayang' dah sampai ke gigitan yang terakhir! Ye la... dia sihat. Makan pun boleh laju2.

~ Orang yang tak sihat ni baru nak mulakan gigitan pertama. Hu3... *padahaldahmakanfrenhfriesdulu!*

~ Aummm3..!!!

~ Selesai!

Errr... cer teka kitorang makan burger apa? Hint: Sila refer tajuk entry. *nampaksangatbarunakupdate* Selamat menteka..!!! ;P


:: Like3, ek! ::



JJCM DI LUMUT

Kakak nak belanja makan busat. Owh... memang dialu2kan sangat! He3...

Nak makan ikan bakar katanya... Kakak tanya, nak makan kat mana. Laju2 aku jawab makan kat Lumut. Sebab kalau nak makan ikan bakar kat Teluk Intan ni, asik2 makan kat Mutiara Seafood / Wana Cafe. Boring la pulak! 

Sesambil makan, sesambil berjalan2, tengok2 pantai, sunset bagai... Owh... heaven! Bertambah heaven sebab semua setuju tanpa kompromi. Yabedabeduuu...!!! Heh3...

~ Kami gerak lepas Asar. Terus tuju ke Marina Cove sebab konon2 nak makan kat tempat yang aku & my 'sayang' terjah masa pre-honeymoon nih.

~ Family aku memang tak boleh nampak pantai. Asal nampak je, musti teruja tak hengat! Sawan camera sesado!  Kak Ngah tu lagik la... muka monyok sebab nak mandi laut. Ha3...

~ Pengantin 'baru' memang macam ni... manja terlebih! Ahaks3...

~ Nelayan handsome baru balik tangkap ikan. Ececehhh..! ;P

Tang nelayan tangkap ikan tu aku tak setuju. Tapi, tang nelayan handsome tu memang ah kak setuju..! Ha3...

~ Nampak tak sunset tu? Nampak tak? Nampak tak? ;P

~ Kak Yong yang adorable. Macam Acu dia! Ahaks3...

~ Purak2 berjalan, lepas tu ada paparazzi amik gambar. Bajet fofular sangat..! Pandai Kak Yong berlakon. Ha3...

~ Macam model majalah tak? Ha3... Ah kak over dalam berkata2!

~ Kak Yong pun over jugak! He3...

Tak jadik makan kat Marina Cove tuh sebab diorang tak terima booking. Kami pulak plan nak book tempat & suruh diorang masak siap2 sebab kami nak semayang Maghrib dulu. Kang lepas semayang boleh terus makan, tak payah nak tunggu lama2. 

Aku agak tak puas hati di situ sebab kat board diorang mention menerima tempahan siap kasik nombor telefon lagik. Tapi, bila kami nak booking kata tak boleh pulak. Kalau takut kitorang larik, kitorang boleh bayar deposit / bayar semua terus apa!!! Coi betul!

1 more sebab Kak Aneem bawak Kak Ngah ke toilet diorang. Kak Aneem kata sungguh meloyakan tekak bahagian dapur dia. So, memang cancel terus makan kat situ. Cancel sampai bila2 kot! Sebab tang kebersihan tak boleh berkompromi. Kalau dah sahih nampak kotor, baik tak payah makan kat situ. 

Sila guna kuasa pengguna anda, ye! Eh, tetiba..! ;P

~ Kami try carik restoran lain. Last2, jumpa yang ni. Nampak macam cun & ramai orang. Cun maknanya bersih la... Ramai orang maknanya mungkin sodap kot. Bagus tak penilaian? He3...

~ Mak sporting habis! Sampai dengan ikan pun aci je nak bergambar. Ha3...

~ Tak tau apa nama restoran nih. Lupa kot. Makanan macam best. Tapi, servis macam haub sikit la... Sebab kitorang ada amik udang ngan sotong. Udang tu untuk digoreng tepung. Sotong pulak nak buat masak kicap & bakar. Tapi, sampai habis makan, udang ngan sotong tak sampai2. 

Bila disoal-siasat, rupanya diorang tak letak nombor meja kat bakul udang ngan sotong tuh. So, memang missing in actionlah! Alasan diorang: Sepatutnya restoran still tutup sebab ramai staff bercuti. Tapi, owner merangkap boss diorang beli bahan mentah jugak. Nak tak nak kena ikut arahan boss, bukak restoran.

Kelam-kabutlah! Staff sikit, mana nak amik order, mana nak clearkan meja, mana nak masak lagik... 

Hey! Tu bukan masalah kami, hokay! Tu masalah kamu & boss kamu! Hampeh je!

~ Nasib baik tomyam putih dia quite sodap jugak. Maka, ah kak masih mampu tersenyum walaupun hangen. Hu3...

Lepas makan, tak larat nak jalan2 dah. Plus, anak2 Abang dah flat. Kak Yong masuk2 kereta, tak sampai 5 minit Kak Yong dah 'hanyut'. 

Walaupun banyak cabaran nak makan ikan bakar kat Lumut tapi, tetap syiok sebab dapat spend time dengan family. ;)

Terima kasih daun keladi Kakak sebab belanja kami makan busat. Jasamu dikenang... ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, November 21, 2012

SALING MELENGKAPI...

Asal balik kerja je musti lapor! Asal lapor je balik kerja! Boleh gitu... He3...

Kalau tak aku yang ajak makan, musti my 'sayang' ajak pulak. Well... kitorang kan saling melengkapi... Ecewah! Ha3...

~ Makan kat Husina Seafood. Aku makan kueteow Hong Kong, my 'sayang' pulak makan nasik lauk kangkung belacan, sotong masak kicap & kerapu masak pedas. Tekak Melayu katanya... Gambar kerapu nan ado sebab tak sampai lagik time nih. 

Actually, kitorang baru je jumpa Husina Seafood nih. 1st time try macam not bad. Lepas tu, semakin rajin pulak makan kat situ. Kira ni cubaan kali kedualah. He3...

So far, makanan sodap jugak & service pun tak pernah mengecewakan lagik. Kalau rasa nak cuba, try, test, boleh terjah alamat kat bawah nih:-

Husina Seafood
Jalan Changkat Jong
Teluk Intan, Perak

Harga samadengan affordable. Jangan risau! Tak cekik darah punya. Heh3...


:: Like3, ek! ::



CANTIKNYA PELAMIN

Kesah kenduri lagik... Anak Cik Siah jugak yang naik pelamin. Selang 2 minggu je kot dari majlis bertandang si kakak. Ni turn si adik pulak.

Cik Siah dah sepakat ngan besan dia, nak buat kenduri sekali je. Sharing2 buat sekali harung kat Dewan Bandaran Teluk Intan. Kojo sonang apa kan... sebab takde la berpenat-lelah sangat. Jimat kos jugak.

~ Pukul 11.30 pagi kami dah sampai dewan. Terus santap dulu. Agenda terpenting tuh. Heh3...

~ Pelamin dia cantik sangat kot. Geram je tengok. Rasa nak ajak my 'sayang' bersanding syiok sendirik pulak. Ha3...

~ Mak & geng surau mak, Cik Faizah + anak dia, Athir Faiz. Sodap kan nama anak dia? 


~ Menu: nasik putih / nasik minyak, dalca, sambal udang, ayam goreng berempah, daging masak hitam, buah oren & air sirap soda. Ni pinggan tuan tanah kedaung. Meriah tak? He3...

Lepas makan, aku ngan my 'sayang' mintak diri dulu sebab nak ke klinik. My 'sayang' kena flu, batuk & sakit tekak. Memang pakej terbaekkk... la kan... Mak tinggal kat dewan ngan geng2 suraunya. Kang setel hal klinik, baru kami amik Mak balik.

~ Patient tak ramai kat klinik. So, sekejapan je dah setel. Bila kami patah balik ke dewan, pengantin tengah makan beradab.

~ Eh2! Comel pulak pengantin lelaki gelak macam tu. He3...

~ Tetamu...

~ Turn Mak pulak nak bergambar kenangan dengan pengantin.

~ Hah, amik! Sederet, noks!



~ Tak cukup bergambar dengan pengantin, Mak & the gang bergambar dengan Cik Siah pulak.

~ Baju adalah sengaja sedondon. Khas untuk semua geng surau. 

Aktif jugak geng surau Mak ni tau. Mandikan jenazah, masak2 kat surau, pengajian... macam2 la... Kalau ada sesiapa yang nak buat kenduri arwah ke... doa selamat ke... boleh mintak geng surau ni masak. Tinggal amik juadah yang dah siap je. Diorang tak tetapkan bayaran. Lebih kepada bersedekah. Selalunya, orang yang suruh masak tu akan sedekah sejumlah duit & duit tu akan dimasukkan dalam tabung surau atas persetujuan bersama. 

Begitu la serba sedikit kesah geng surau Mak. Sekurang2-nya, ada jugak aktiviti berfaedah yang Mak boleh buat. Tak la bosan sebab anak2 dah besor panjang & ada family memasing. Aku happy untuk Mak... ;D

~ Cik Siah, bff Mak forever... ;P

~ Mak yang insist suruh amik gambar Mak kat tiang nih. Motip = wallahualam... Yang penting, comel kan? Hiks...

~ Kitorang feeling2 Korea. K-pop kata ko! Ha3...

Dapat bahulu giant & kalender yang ada gambar pengantin as door gift. Terima kasihlah, ye..!

Selamat pengantin baru to Adik & Shaiful Muslim... ;)


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google