SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, November 26, 2012

KUASA WANITA DEMI BURGER GRILL

Suatu hari...

Tengah khusyuk belek2 surat khabar Kosmo! yang dah beberapa hari lepas, tetiba mata terpaku tengok 1 flyer nih. Eh, ada stall baru bukaklah! Kat Intanova nun... 

Stall tu jual burger grill. Harga promosi samadengan 5++ hengget. Kalau tak promosi, harga adalah samadengan 7++ hengget. Yang ++ tu aku lupa sen2 yang tepat. Ingat yang hengget2 je.

Maka, dengan kuasa wanita atau dalam bahasa saintifiknya, gals power yang ah kak ada, ah kak pun memaksa my 'sayang' belanja burger grill tersebut. & dengan seikhlas hati pulak my 'sayang' mengopakkan poket dia. Ha3... Dasat kan kuasa wanita yang ah kak ada? ;P

~ Ermmm... dappp..! ;P

Burger grill yang pertama seumpamanya di Teluk Intan... Eh2, macam iklan la pulak! Hiks...

Bagi aku, not bad la... Burger besor & daging burger tebal. Mayonis & segala sos tak kedekut. Kalau jenis perut kecik, makan share sebijik 2 orang pun dah kenyang kot. 

Macam aku, kan tamak! So, makan sorang sebijik. Hah, amekaw! Perut santak sampai ke pagi, noks! Adeh3...

Hokaylah! Kalau berminat, boleh terjah alamat kat bawah ni:-

Restoran Intan Selera
Persiaran Intanova, Taman Intanova
36000 Teluk Intan, Perak

Stall tu memang betul2 dok depan Restoran Intanova. Kiranya, kalau korang berniat nak makan / minum kat Intan Selera, korang boleh je kalau nak order burger grill tuh. Nanti abang tu akan hantar kat meja. Tapi, bayar asing2 la kot kan...

Dalam banyak2 burger grill yang korang pernah makan, kat mana yang paling sodap lagik marvellous, ek? Cer share... Cer share...


:: Like3, ek! ::



2 comments:

@YUNID@TI said...

memang kuasa wanita gituu...

ArELeEz said...

@YUNID@TI,
tau xpe..! he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google