SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, November 29, 2012

NASIK GORENG RACUN???

Hari graduasi Bulat...

Bulat study kat Kolej Poly-Tech Mara Kuantan. Amik Diploma in Information Technology kot. Convonya kat Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Memang peluang terbaekkk... la kan... Sebab ah kak belum pernah jejak kaki ke PICC lagik. Sila percaya. Tengok dari luar je sebelum ni kan... Kali ni, dah ada peluang, boleh la explore 1 PICC tu! ;)

~ Hokay! Dah sampai. Amik gambar dengan giant banner dulu.

~ My 'sayang' pun...
Actually, kitorang ngan family mertua berkampung kat rumah Awa. So, dah tak jauh sangat la nak ke PICC tuh. Lepas semayang Subuh, aku ngan my 'sayang' ditugaskan hantar Bulat dulu ke PICC. Abah & my MIL akan menyusul kemudian once Qistina dah bangun tido.

Sementara Bulat setelkan apa2 yang patut, aku ngan my 'sayang' pulak sibuk menyetelkan perut yang dah lapor. Carik lokasi nak berbreakfast.

~ Jumpa Putrajaya Seafood nih. Tapi, kuchiwa sebab tutup. Dah namanya pun ada mention 'seafood' kan... so maybe, dia bukak belah2 petang.

~ Kuchiwa2 pun, dia still kasik thumbs up. Haish! Tak paham... Tak paham...

~ Last2, jumpa restoran ni kat Cyberjaya nun. Tertarik dengan menu2 goreng dia yang namanya dasat betul! Ada  nasik goreng jahanam la... nasik goreng racun la... Perrgghhh!!!

Teringin nak try. Tapi, diorang tak prepare untuk breakfast kot. Sebab selalunya, yang goreng2 ni kan belah2 petang membawak ke malam.

Hmmm... takpe la kan... Maybe, next time. Memujuk hati sendirik nih. ;P

~ End up, aku makan maggi goreng + bihun goreng + telur rebus + sambal tumis + rendang daging. Eh, macam carca-marba la pulak kan... He3...

So-so je kot dari segi rasa. Tapi, kalau dari segi kebersihan & ke-condusive-an, macam terbaekkk... kot.

Lepas makan, terus laju2 patah balik ke PICC sebab konon2 nak masuk hall tengok Bulat amik scroll secara live la kan... Tapi, sadis sebab tak dapat masuk.

Alasan si penjaga hal ehwal tetamu adalah baju kami tak ikut dress code. Owh... rasanya ok je kot outfit kitorang. Memang la tak berapa nak menepati dress code tapi, takde la sexy tertonjol2 ke apa ke kan...

Sentapahkaktau! Tsk3...

Hmmm... nak buat macam mana kan... Redha je lah. Macam Lisa Surihani cakap, 'Redha itu ikhlas... Pasrah tu menyerah...' Eh, ke situ pulak perginya, ye! He3...

Sementara tunggu family mertua sampai, kitorang pun cariklah tempat nak melepak. Terjumpa la dengan Taman Cabaran...

Korang pernah pergi Taman Cabaran tak? Kalau tak pernah, meh ah kak nak tunjuk apa yang ada kat Taman Cabaran tuh. Tapi, dalam next entry la, ek! Heh! 


:: Like3, ek! ::



2 comments:

Cho Zila said...

akak penah gi sekali PICC tu besar gabak yerk,,

ArELeEz said...

Cho Zila,
aah. besor. cantik jugak. proud to be malaysian.. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google