SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, November 7, 2012

SAYURAN MASAK LEMAK PUTIH SUCI

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Masak yang simple je... Wanita berkerjaya katanya kan... He3... *Motip..???*

Bahan2:-

10 tangkai kacang panjang (dipotong)
2 keping tauhu lembut 
1/2 biji kobis (dipotong)
1/2 genggam ikan bilis
1 kotak santan
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 tangkai cili hijau
Serbuk perasa
Minyak masak
Air masak
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur tauhu lembut dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng tauhu lembut hingga kekuningan. Angkat & toskan. Bila dah sejuk, potong 6 setiap tauhu lembut.
2) Masukkan kobis, kacang panjang, ikan bilis, cili hijau, bawang besar & santan ke dalam periuk. Reneh hingga mendidih.
3) Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Angkat & hiaskan dengan hirisan tauhu lembut tadi.

~ Sayuran Masak Lemak Putih Suci. Alahaiii..!!! Sonang yo..! Aci pojam mato pun buleh buek nih. ;D

Humangaih!!! Mentang2 la nak family vacay ke Port Dickson, dan2 tu tukar loghat! Ha3... 

Amponkan mokcik, ye..! ;P


:: Like3, ek! ::




2 comments:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

perghhhh terusss rasa laporrrr

ArELeEz said...

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA,
sila mkn. xrajin = beli je. rajin = memasaklah. heh3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google