SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, November 18, 2012

WIRASLEEZ DIMANJA2...

Dah lama kot tak 'manjakan' Wirasleez tuh. Maksud tersiratnya adalah, dah lama tak mandikan Wirasleez secara intensif. Asik harap air hujan je tolong bersihkan. Kalau tak pun, aci jirus2 dengan air paip di luaran je. Dalamannya... memang ya ampon..!

Adeh3... Pemalas betul si owner! Siapakah..??! Hu3...

~ So, pada suatu hari tu, kitorang decide nak hantar Wirasleez ke carwash. Kasik 'manja2' luar & dalam. 

~ Big Boss baca paper sementara tunggu Wirasleez siap. Muka serious tak boleh blah, kalah Barrack Obama! Macam pikirkan hal ehwal dunia pulak. He3...

~ Tuan tanah kedaung ayu berbaju kurung sebab lepas tu nak pergi kenduri kahwin. Harap maklum. ;P

~ Wirasleez bermandi buih, kasik wangi. Heh3...

~ Vacuum pulak, kasik habuk hilang. 

Bagus adik yang 'manjakan' Wirasleez nih. Buat kerja teliti betul! Semua kotoran dia sental habis! Thumbs up, adik! ;)

Sebenornya, family adik ni pernah masuk rancangan Bersamamu TV3 sebab abang dia sakit, kena panah petir masa main bola kat padang. Lepas insiden tu, tumbesaran dia macam terbantut sikitlah. Tak boleh bercakap macam biasa. Berinteraksi pakai kerdipan mata je. Makan pun just liquid food. 

Carwash ni adalah salah 1 effort Bersamamu TV3 untuk bantu kewangan diorang. Harga affordable jugak. My 'sayang' saja je bawak Wirasleez ke sini sebab sesambil tu nak bersedekah katanya...

Adik tu sangat sweet. Dia nak kasik balance tapi, kami kata kami sedekah. Memula, dia macam takmo amik. Tapi, dah kami insist jugak nak sedekah kat dia, then dia ok je.

Sekarang, Wirasleez dah cun balik. Bolehlah meronda dengan muka bangga sambil lambai2 tangan macam Miss World. He3...


:: Like3, ek! ::



2 comments:

eja said...

kalu aku p teluk intan..aku akn sggh car wash ni..tolong menolong kn amalan mulia

ArELeEz said...

eja,
yupp! bagus niat hang. dh dpt pahala dh tuh. insyaallah..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google