SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, June 16, 2012

SIBUK!

Weekend yang sibuk kot... Sibuk dengan aktiviti kerja & sosial. Cewwah..!

Opis aku buat Mini Karnival Jualan Koperasi 2012. Start dari 15 Jun 2012 (semalam) sampai la 17 Jun 2012. Nak tak nak, ah kak & the geng kena jugaklah turun padang jadik urusetia kan...

~ Seperti biasa, aku dengan Ros ditugaskan sebagai urusetia pendaftaran. Mencabar , hokay..! ;P

Kami dapat baju korporat baru khas untuk Mini Karnival Jualan Koperasi nih. Memula, bajet macam malas je nak pakai baju korporat sebab selalunya baju korporat yang aku dapat tak menepati piawaian! Besor macam kelambulah... tangan dia panjang berjelalah... kaler macam penjaga zoolah... bla3... 

Hadoiiyaiiinyapun!!!

Tapi, kali ni macam magic pulak! Sebab baju korporat tu giler cantek! Dengan kaler orennya... Terbaekkklah..! Cuma saiz je terkecik sikit. 

Eh! Baju tu kecik ke ah kak ko ni yang membesor bagai johan? Suka2 salahkan saiz baju pulak..! Adeh3...

~ Tugas aku ngan Ros bermula seawal pukul 7.50 pagi. Kalau ikut jadual, pendaftaran start pukul 8.30 pagi. Tapi, datang awal sikit tu lagik bagus kan... Boleh la prepare apa2 yang patut.

~ Pakcik ni antara peserta terawal yang mendaftar. Wakil Koperasi Warisan Keluarga Haji Salleh Ali Hilir Perak Berhad. Selalu jugak pakcik ni datang opis, jumpa Encik Bos. Humble je pakcik ni. Bila dia datang opis, teringat pulak kat atok aku. Syahdu pulak. 

Pendaftaran tu adalah untuk peserta-peserta Taklimat Penyediaan Rancangan Perniagaan yang disampaikan oleh Pegawai MARA Hilir Perak.

~ Encik Selvam (opismate aku) ditugaskan sebagai moderator. Steady, bro..! He3...

~ Tengah syiok2 ah kak memfocus (la sangat...) kat taklimat tuh, tetiba je terus ah kak meroyan sambil mengcover2 pandangan. Bukan malu atau ada paparazzi nak mengsnap gambar ah kak. Tapi, sebab aku nampak Jabatan Perkhidmatan Awam bawak sangkar U.L.A.R!!! Kalau sangkar je takpe la jugak. Ni dengan mende2 alah tu sekali kat dalam! Mana la ah kak ko ni tak meroyan! Sadis!!!

Neves ah kak, noks! Kalau tak bawak mende alah tu tak bolehkah? Bawak la siput sedut ke... kambing gurun ke... Haish! 

Pulang dengan muka ketat ah kak hari tuh... Hu3...

Sebelum muka ah kak semakin ketat, meh nak jemput semua orang2 kampung... orang2 bandar... yang duduk di sekitar Teluk Intan atau luar kawasan, jom la beramai2 memeriahkan Mini Karnival Jualan Koperasi nih. Banyak booth2 bumiputera yang buat jualan. Macam2 ado..! Cerita banyak pun tak guna. Datang je lah.

Sekian... Jangan kata aku tak ajak pulak tau! ;P


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google