SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, June 30, 2012

IKAN TOMBOK PUN TOMBOKLAH...

Malam ke-2 di Pahang, kan kami plan nak berbbq. Ikan dengan segala macam seafood kami dah borong kat Beserah. Tinggal nak beli bahan2 perapan dengan bahan2 untuk buat air asam je.

So, kami menyinggah kat Pasaraya Tunas Manja. Besor jugak Tunas Manja nih! Kalau nak tawaf 1 Tunas Manja tuh, memang semput jugak kot. Memandangkan kami kesuntukan masa makanya, kami shoppinglah secara laju2. Sap2 soi je dah siap! ;P

Kat villa stay terus bersilat pulak kat dapur. Memasing dengan tugasan memasing. Apa yang penting... kerjasama... La3... Ececehhh..! Tetiba Wonderpets keluar. Hiks...

~ Ikan yang bakal kami korbankan malam tu. Nama ikan ni adalah ikan tombok. Bukan aku kata... tapi, pakcik nelayan  yang kata... Heh!

~ Ikan merah dengan ikan termenung pun ada. Tak ketinggalan...

~ Bukti bahawa kami bekerjasama. ;D

~ Betapa ganasnya pesen aku memotong bawang, tomato & cili padi untuk dibuat air asam. Kaki siap ternaik2 kot..! Ha3...

~ Abang Mie jadik assistant mak untuk siang ikan. Wajah seorang penyiang ikan yang berwibawa... Bagus!

~ Sotong yang dah siap diperap.

~ Ikan termenung pun...

Kaum Adam ditugaskan khas untuk prepare tempat nak bakar2. Sebab kami tau diorang memang expert bab2 tuh. Kalau nak harap kat kaum Hawa, maybe subuh esok pun belum tentu boleh berbbq. Ha3...

~ Kami bubuh semua mende2 yang nak dibbq ke dalam aluminium foil. Nak carik daun pisang time malam2 macam tu ditambah pulak dengan tempat orang, memang tak la kot. Aluminium foil pun kira acilah! 

~ Berkerut2 muka menahan kepanasan. Kesian... Meh nak lap peluh, meh! Ececehhh..! Ahaks3...

~ Cucuk2 sikit aluminium foil tu dengan garfu dengan harapan cepatla sikit ia masak. Tak menahan dah nak mencium bau je. Hu3...

~ Mak turun padang sambil berposing. Kiut kan? ;P

~ Sila jangan percaya dengan apa yang anda semua tengok nih sebab kami tak tolong apa2 pun... Just tolong purak2 main senduk ngan pengepit tu je... Ha3...

~ Vandalism!!! Please don't try this at home, bebeh! Pssttt2!!! Jangan bagitau kat ketua kampung, ek? Kang tak pasal2 kami kena buang daerah pulak. ;P

~ Mak buat spotcheck. 'Bodyguard' mak yang 2 orang tuh pantang nampak camera... terus sawan! Ha3...

~ Ah kak yang over..! He3...

~ Kak Yong ngan Odah belasah main buaian di malam2 hari. Gasak koranglah!

~ Pertandingan siapa lagik berat? Heh3...

Berlengas jugaklah duduk kat luar tuh menunggu bbq masak. Cabaran katanya kan... Nak makan best2, kena la redah cabaran! Tak gitu, you ols..? ;P

~ Masak je semua, kami terus bawak masuk & hidang laju2. Kecur dah air liur nih! Hadoiiyaiiinyapun!!! 

Kami berbbq betul2 kat depan villa stay tuh. Kebetulan ada taman (playground) kat situ. Pus, kami dah mintak izin ngan tuan rumah untuk buat bbq. Tuan rumah jugaklah yang suggestkan untuk kami berbbq kat taman tuh. Tapi, time nak makan kami angkut la bawak masuk ke dalam rumah. 

Lepas makan, semua pengsan! Nak bersembang pun aci tunggu esok. Ha3...

1 pengalaman yang best, berbaloi & mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tak percaya... cer try buat jugak. Nescaya tak menyesal! ;D


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::


No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google