SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, June 5, 2012

KESAH 1001... TENGAHARI...

Suatu hari yang tenang... aku & my 'sayang' berhoneymoon di Phuket, Thailand. Owh... best giler! Terus rasa macam hari2 pun nak berhoneymoon. Yeahhh..!!! ;P

Cantik betul Phuket nih. Air lautnya membiru betul! Pasir pantai pulak memang memutih kata ko! Terbaekkklah... 

Tetiba, aku nak ter-shi2 pulak! Nasib baik tak jauh dari situ ada toilet. Ajak my 'sayang' temankan. Manjas kata ko! Ahaks3...

My 'sayang' khusyuk tengok monyet panjat pokok kelapa. Aku yang baru keluar dari toilet nih punya la terkejut beruk sebab nun jauh di sana air laut tu macam nak termuntah keluar dari laut! Siap ada ombak yang maha tinggi lagik nak datang ke arah kami! Tak pernah aku tengok fenomena macam tu sebelum nih! 1st time, hokay..! Ngeeeee.............

Aku tarik tangan my 'sayang' ajak larik. My 'sayang' cramp! Seolah2 kaki dia dah tak boleh bergerak sebab tergamam! Aku tarik tangan dia sekuat hati sampai akhirnya dia boleh berlari. 

"Aaby, backpak2 kita semua kat tepi pantai, bawah pokok kelapa. Macam mana tuh?"

"Biarkan je lah. Selamatkan nyawa kita dulu, B!"

Air laut seakan tak nak berhenti 'mengejor' kami. Semua orang bertempiaran larik carik tempat tinggi! Dalam hati aku berbisik, 'Inikah tsunami? Owh... dasatnya..!'

Kami panik sangat! Dalam panik2 tuh, kami terjumpa MIL, Awa, Qistina & Roy. Pelik! Macam mana diorang boleh sampai sini? Bukan ke... hmmm... ahhh..! Lantaklah! Yang penting, selamatkan nyawa dulu. Kebetulan, diorang ada jip. Diorang ajak join sekali tapi, jip tu tak boleh start! Kami panik lagik! Ombak semakin menggila kot..! My 'sayang' try sedaya upaya hidupkan enjin jip. & akhirnya... berjaya, noks! Giler bangga sekejap. Heh!

Berdesup my 'sayang' drive menuju ke airport. Kebetulan lagik, ada 1 air craft yang nak berlepas. Tinggal 1 tu je! Kami laju2 naik. Bila air craft tu dah start fly, rasa lega yang amat sangat sebab konon2 dah selamat dari ombak ganas tsunami. Tetiba baru perasan yang MIL, Qistina, Awa ngan Roy takde dalam air craft tuh. Eh, mana diorang? 

Jeng.................. Jeng....................... Jeng..........................

*Soalan tak berjawab.*

Air craft tu dasat sebab dalam kalut2 tuh, sempat jugak ada deejay merangkap tourist guide yang dok mengomel dari tadi. Pelik! Bertambah2 pelik bila aku jumpa kawan2 old skool ngan campus kat dalam air craft tuh. Zalina Abdullah... Diana Isa... Eh! Pierre Andre pun ada!!! Sejak bila Pierre jadik kawan aku, ek? Erkkk!

Pilot mintak tolong my 'sayang' handle air craft sebab air craft kehabisan minyak. Tapi, apsal ntah pilot tu percaya habis kat my 'sayang' sedangkan belum pernah seumur hidup my 'sayang' bawak kapal terbang! Bawak jentani, adalah! Hmmm...

Nak tak nak, memang kena landingkan air craft tu kat kawasn lapang. My 'sayang' buat keputusan nak landing kat dalam petak sawah yang kering. Baik punya my 'sayang' landing & bawak air craft menyelusuri jalan kampung & terus masuk petak sawah. Cisss!

Tetiba, aku nampak backpack2 kami yang dihanyutkan ombak tadi. Owh... sampai ke sini rupanya backpack2 tu dihanyutkan... Tak sangka! Tapi, aku tak berani nak turun amik sebab takut ombak ganas tsunami datang lagik. Nak bagitau my 'sayang' pasal backpack2 tu pun aku tak berani. Coi betul! 

Bila dah fly balik, aku rasa menyesal sangat sebab tak amik backpack2 tuh. Setau aku, dalam backpack2 tuh ada wallet2 kami, camera ngan cash sebanyak 600 hengget. Macam terpaksa burn je kot... Sob3... Camera pulak, nasib baik aku dah transfer gambar2 kat pen drive. Fuh!

Eh, musykillah! Tadi kan air craft kehabisan minyak. Macam mana dengan senang-lenangnya boleh fly balik, ek? Aarrgghhh..!!! Pitam ah kak memikirkannya tau! Hu3...

Tau2 je, telefon berbunyik mematikan lamunan ah kak. Di hujung talian terdengor suara yang macam aku kenal sangat...

"Aaby, tolong bukak kunci sliding door. Abang tak bawak kunci tadi. Abang ketuk2, Aaby tak bukak2 pintu pun. Tu yang abang calling2. Ni musti tido tak hengat nih kan?"

Adeh3... 

Kaco daun betul! Aku dah sampai Phuket, jumpa tsunami, naik air craft dah tadi... Chait!!!

;P


:: Like3, ek! ::



2 comments:

lily lotus said...

hahaha! terbaiklah!

ArELeEz said...

lily lotus,
mmg betul2 mimpi xhengat, hokay..! he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google