SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, August 4, 2011

MENU BERSAHUR 3 RAMADHAN 2011

Pejam celik, pejam celik, hari nie dah 4 Ramadhan kan? Macam tak terasa gitu! Cepat betul masa berlalu...

Memandangkan dah 4 Ramadhan, moh la kita mengupdate menu bersahur untuk hari sebelumya (3 Ramadhan 2011). ;)

~ Masak yang simple2 jer you ols... Aku buat ikan tauhu masak taucu. My 'sayang' plak menggoreng ikan masin. Makanlah kami dengan nasik panas. Walaupun simple tapi, heaven what..?!! ;P

Korang sahur apa semalam?


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

ASAM PEDAS AYAM WARNA-WARNI AIDILFITRI

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Hari tu dah citer pasal masak & makan asam pedas ayam. Tapi, tak kasik resepi lagik. Meh nak share, meh! ;)

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (disiang, dicuci bersih & dipotong)
1 batang serai (dibelah 2)
3-5 helai daun limau purut
1/2 cawan cili kisar
1 keping asam keping
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang carrot (dipotong memanjang)
Garam
Gula
Air
Serbuk perasa
Minyak masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis serai, cili kisar & bahan2 tumbuk hingga pecah minyak.
2) Masukkan ayam & serbuk kunyit. Kacau & biarkan ayam separuh masak.
3) Tuangkan air & masukkan asam keping.
4) Masukkan carrot.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula.
6) Masukkan daun limau purut. Biarkan seketika. Angkat & hidangkan.

~ Asam Pedas Ayam Warna-warni Aidilfitri. Buat juadah berbuka/bersahur pun terbaik nih! ;)

:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

HARI PURPLE SEDONIA KOT!

Pada suatu hari tu kan...

~ Baju kurung = purple. Tudung syria baru = purple. Ane's-LY = purple. Purse baru = purple. Spec = purple. Tirai sliding door = purple jugak.

Apakah kesimpulan yang dapat korang buat selepas menengok gambar di atas? ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

Wednesday, August 3, 2011

MENU BERBUKA PUASA 2 RAMADHAN 2011

Tadi menu bersahur. Nie menu berbuka puasa plak.

Semalam, kitorang berbuka puasa kat rumah Mak Ngah my 'sayang' kat Selabak nun. Best! Tak payah nak perah otak, nak pikir2 mau tapau apa kat PARAM?! Plus, Cik Am (adik Mak Ngah) dah siap2 pesan, tak payah nak bawak apa2. Bawak badan aci lenggang-kangkung jer sebab makanan dah banyak!

Hokay2. Fine. Ah kak like..!!! ;P

So, menu berbuka puasa untuk 2 Ramadhan 2011 adalah seperti berikut:-

1) Nasik putih
2) Sup daging + sambal kicap
3) Ikan masak lemak kuning
4) Kangkung goreng udang kering
5) Tom yam campur
6) Ayam goreng berempah
7) Telur dadar
8) Remis tumis
9) Kerang rebus
10) Tembikai
11) Roti jala + kuah durian
12) Popia basah
13) Kuih buah Melaka
14) Putu buluh
15) Pulut panggang
16) Air soya, jagung & sarsi soda

Amik ko! 16 juadah terus! Nak citer pun kena buat listing. Humangaih! Giler banyak! Nasib baik berbuka ramai2. Sold out jugak la kan...

Paling best adalah sup daging + sambal kicap & telur dadar tuh! Perrgghhh!!! Menyengat betul! ;P

Gambar nan ado sebab dah kebulur sangat2! Koselah nak keluarkan camera bagai..! Kalau takde bantuan gambar pun sampai jugak penceritaan ah kak kan? ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::


MENU BERSAHUR 2 RAMADHAN 2011

Pukul 4.40 pagi, di waktu sahur...

Kringggggggggggggg............ (sound effect bunyik jam loceng. Ngeh3...)

Seperti biasa, bunyik jam loceng ke... apa ke... confirm aku tak sedar! Hatta, ko letaklah bom jangka sekalipun, memang sah2 aku tak bangun untuk melarikan diri! Cool jer aku tido tau! Adeh3...

Ta-bi-at... kata Bang Bil... He3...

Yang akan bangun tekan punat jam loceng kasik diam tu adalah the 1 & only my 'sayang'lah. & dia jugaklah yang akan kejutkan aku walaupun sah2 aku liat nak bangun. Hadoi! Terasa seperti isteri yang tak best la plak kan... Hu3...

& subuh tu jugak, my 'sayang' kelentang-kelentung memprepare juadah sahur. My 'sayang' masak nasik goreng kampung. Aku tak suh tapi, my 'sayang' yang offer diri nak buat. See2! Betapa bagusnya pilihan hati ah kak? (bercakap sambil kembang-kempiskan hidung sebab riak! Ha3...)

~ So, menu bersahur untuk 2 Ramadhan 2011 adalah nasik goreng kampung, air tangan my 'sayang'. Dimakan bersama ikan masin goreng. Perrgghhh! Mak mertua lalu pun ko tak kose nak toleh dah, noks! Ahaks3...

Juadah air tangan my 'sayang' nie buat aku rasa kenyang jer sampai la ke waktu berbuka. Ececeh..! Over nampak! Ha3...

Tapi, betul what..?! Kalau korang tak percaya, cer request kat suami2 korang jugak untuk masak juadah sahur. & rasakan penangannya..!!! ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

JOM LOOK YOUNG! ;P

Pada suatu hari yang hening (ecewah! Dah keluar dah ayat A Samad Said! Ha3...), Encik Sukeri datang kat workplace aku lalu berkata...

Encik Sukeri: Leez... saya nak mintak tolong something la... Saya tak tau dah nak mintak tolong kat siapa melainkan Leez. Leez kena gak tolong saya! Buleh no..? (dengan loghat utara piawnya!)

Aku: Owh... nak mintak tolong apa? (sambil kerut2 dahi)

Encik Sukeri: Tolong saya buat blog.

Aku: Erkkk!

I just can't believe it, bebeh! Rasa macam nak cubit2 + lempang2 pipi sendirik bila dengor Encik Sukeri nak belajar buat blog! Ha3...

Tapi, takpe la... Layankan jer... Plus, tak rugi apa2 pun... Makin memeriahkan komuniti blogger gitu..! ;)

~ Sebagai ganjaran, aku dapat free sekotak minuman botani brand Ane's-LY. LY stands for Look Young. Eh! Ah kak tak mintak apa2 ganjaran tau! Well... ah kak kan gadis sopan-santun lagik pemalu... Mana mungkin ah kak memintak2 ganjaran sebegitu rupa?! ;P

Dah orang nak kasik, aku amik jerlah. Kang kata sombong lak! Plus, kecik hati dia kalau aku tak terima jugak. ;P

By the way, thankyouverymuchlah to Encik Sukeri. ;) Nanti aku war2kan link blog dia, ek? Errr... next entry, please..! ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



SOTONG HALIA SUASANA HARI RAYA

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Resepi lagi... Simple! Jom tengok, jom! ;)

Bahan2:-

10 ekor sotong (disiang, dicuci bersih & dipotong)
1 tangkai cili hijau (dibelah 2)
1 inci halia (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
5 biji cili padi (dibelah 2)
1 keping asam keping
1/2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Minyak masak
Air
Garam
Serbuk perasa

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk & halia hingga naik bau.
2) Masukkan cili hijau & cili padi. Kacau rata.
3) Masukkan sotong & tambahkan sedikit air.
4) Masukkan asam keping, garam & serbuk perasa. Kacau lagi.
5) Masukkan bawang besar. Sebatikan.
6) Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan hingga sotong masak. Angkat & hidangkan.

~ Sotong Halia Suasana Hari Raya. Makan dengan nasik panas2 time sahur pun sodap nih tau! Cubalah! ;)

~ Add-on plak dengan ikan masin goreng nih. Perrgghhh! Hualla, bebeh! ;P

Errr... ada yang dah kecur liur ke? Ngeh3...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

OLE2 DARI TERENGGANU

Last week, hari Khamis, kakak aku & family balik kampung. Saje nak jenguk mak & mak mertua katanya... Plus, nak jenguk anak sedara baru, si Rifqi jugak.

~ Acara wajib! Walaupun still dalam pantang, Rifqi tetap kena biasakan diri berposing! Penyakit keturunan yang diwarisi gitu..! Ha3...

Kakak aku terpaksa balik petang Khamis tu jugak sebab Abang Mie keje hari Jumaat. Sekejapan betul orang tua tu balik tau! Tak sempat nak berpoya2! Huh!

Sebelum balik, diorang singgah kat opis aku dolu. Saje jer berjumpa2-an... Walaupun kat opis, gelak tetap tak hengat! Seperti opis tu hai ana yang punyalah! Ya habibi... Ya maulana... Muahaha...

~ Kakak aku datang opis selain dari nak bergelak2 tak hengat, dia jugak nak kasik ole2 kat aku. Ole2 dari Terengganu. Woo hooo..! Dapat tudung syria nih! Kaler purple lagik ko! Ehem2! Nak senyum sampai telingalah! ;) Ahaks3...

~ Keropok pun dapat jugak. Buleh buat kudap2 lepas tarawikh. La3...

Tak sia2, noks aku buat entry khas yang 'Owh... Kakak! Kakak Santeklah! ;P' tuh. Mendapat ko..! Berbaloi2... Ahaks3...

Kepada kakakku yang santek jelitawan, terima kasih daun keladi. Next3 outstation, nak ole2 lagi! Buleh? La3... ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

Tuesday, August 2, 2011

ASAM REBUS IKAN TERMENUNG DENDANG PERANTAU

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Aku nak share 1 lagik resepi. Mungkin buleh korang try masak untuk berbuka/sahur kang. ;)

Bahan2:-

5 ekor ikan termenung (disiang & dicuci bersih)
7-10 batang kacang bendi
1 batang serai (dibelah 2)
1 keping asam keping
Serbuk perasa
Air
Garam

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
5-7 biji cili padi
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan bahan2 tumbuk, serai & air ke dalam periuk. Hidupkan api & biarkan hingga mendidih.
2) Masukkan ikan termenung, asam keping, serbuk perasa & garam.
3) Bila mendidih, masukkan kacang bendi. Masak sekejap hingga kacang bendi sedikit empuk. Angkat & hidangkan.

~ Asam Rebus Ikan Termenung Dendang Perantau. Kalau ada daun kesum lagik best! Aku takde daun kesum. So, main hentam buh apa yang ada jer.

Selamat mencuba! ;)


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

HARAP MAKLUM

Pemberitahuan:-

Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA) akan bersiaran seperti biasa. Tapi, ada sedikit perubahan pada nama resepi. Kalau sebelum nie, tuan tanah kedaung lebih sker add on tajuk2 lagu di hujung2 nama resepi tapi, untuk Slot KKBA yang bersiaran dalam bulan Ramadhan 2011, nama2 resepi tersebut akan diadd on tajuk2 lagu raya plak.

Takde niat tersembunyi/apa2. Just nak amik mood raya. Biasa la... tuan tanah kedaung nie memang over banyak kalau bab2 raya nih! Ha3...

Sekian, harap maklum.


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

MENU BERBUKA PUASA 1 RAMADHAN 2011

Nak update menu berbuka puasa plak. Heh3...

Semalam, aku & my 'sayang' berbuka kat rumah mak. Balik keje, menyinggah kejap kat pasar Ramadhan (PARAM), beli2 apa yang patut.

Kalau ikutkan hati yang lapor, memang sume nampak yummylicious sangat2! Especially my 'sayang'lah! Macam tahun lepas2, memang ngeri kalau tengok my 'sayang' 'shopping' kat PARAM! Sume dia nak borong wooo... Padahal, yang makannya berdua jer pun! Haish!

So, tak buleh jadik! Start tahun lepas, aku dah kawal 'penyoppingan' my 'sayang' kat PARAM. Caranya: Beli 1 hari, 1 juadah main course jer. 

Contoh: Tetiba nak berbuka dengan char kueteow. So, beli char kueteow jer. Lepas tu add on la macam kuih ngan air, sume 1 jenis jer. Tak buleh lagik beli berjenis2 last2 ke tong sampah! No3!!!

So, semalam aku rasa nak makan char kueteow Penang ngan popia. My 'sayang' lak dihadkan untuk beli cendol ngan agar2. Main course tak perlu katanya sebab kata nak berbuka kat rumah mak kan... Harus la mak dah masak nasik siap2 dengan lauk2. Owh... 1 more terlupa mention, kitorang beli kurma Safiya Yusuf Taiyoob jugak.

Kesimpulannya, menu berbuka puasa untuk 1 Ramadhan 2011 adalah nasik putih, ayam goreng berempah, asam rebus ikan termenung, pecal, char kueteow Penang, agar2, kurma Safiya, popia, ikan patin tumpi (nenek aku kasik) & air cendol ngan sirap cincau. 

Fuh! Banyak jugak tu kan? Adeh3...


*Gambar tak sempat snap. Harap mahap.


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::


MENITI TITIAN USANG...

Pagi2, 1st entry dah published gambar makanan kan? Haish! Bikin orang yang baca panas mata jer... He3...

Hokaylah2... Kita tukar plak. Takde makanan2 dah. Kita sambung citer masuk hutan tuh. Ngeh3...

Ada misteri nusantara tau! Jeng3...

~ Hokay, fine! G 7 Hadj memang begini. Dalam hutan gulap-gulita pun mau enterframe berposing tak hengat ada aku kesah??! Heh3...

~ Ada titi kayu lagik, noks! Cer korang bayangkan, malam2 gulap, dalam hutan, dengan hanya bertemankan cahaya torch light, kitorang meniti titian usang (ecewah! Term tak buleh blah!) nih! Fuh! Nervous ah kak tau! Hu3... Tapi kan, ada sorang la ahli G 7 Hadj yang sangkut kat sini... Pompuan la kan... Memang dia tobat takmo lalu! Jenuh gak pujuk, tapi, dia tetap kata no3!!! Takde apa sangat titian usang tu, actually... Plus, ada tempat nak pegang. Then, kata la kan... ko jatuh tergolek dok, pun insyaallah still takde apa2 sebab bukannya kat bawah tu sungai yang mengalir laju pun. Ada rumput jer... Hmmm... tahap gayat dia yang sangat tinggi mengatasi segalanya. Disebabkan dia nak menangis meroyan, terpaksa la renjer hantar dia balik ikut jalan short cut. Adeh3...

~ Ngeri plak aku tengok Kak Bata! Terlebih pencahayaan. He3...

~ Poyos kan ah kak? Ha3...

~ Masa nie kena hati2 sebab jalan dia cam turun bukit sket.

~ Poyos lagik..! La3...

~ Apa masalah ntah, aku asik buat tangan begitu jer? Erkkk!

~ Abang2 renjer yang setia menyuluh jalan. Thumbs up untuk abang2 renjer! Wa caya sama lu lah! ;P

~ Lagik2 G 7 Hadj! Ngeh3... Tapi, mamat baju ijo tu bukan G 7 Hadj. Enterframe jer...

~ Peace, ya'll..! ;)

~ Sopan jer group Anak Jati Super 5 nie berposing kan? Tak macam G 7 Hadj yang over tuh! Ha3...

~ Aku nak menyelit jugak! Janji enterframe! Ahaks3...

~ Kat celah2 pokok pun buleh..! ;P

~ Group Pulun 9 Pulun!

Well... perjalanan berjalan lancar. Kami sume wajib berjalan dalam kumpulan dengan keadaan beratur secara memanjang. Jalan kejap2 then, rest kejap2 sebab nak tunggu group yang last2 tuh. Means, barisan tu takkan putus la. 

Komunikasi & keprihatinan amat penting. Means, bila renjer kata, '7, 8, 9, 10! Ada ke?' Kita2 yang berada dalam group yang disebutkan kenalah menyahut, 'Ada!'. Kekdahnya...


Eh! Aku tak citer lagik, ek pasal misteri nusantara tuh? Hmmm... next entrylah! Kasik suspen... Ngeeeeeee....... ;P


*Bersambung...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

MENU BERSAHUR 1 RAMADHAN 2011

Seperti tahun2 lepas, tahun nie jugak ah kak akan update menu2 yang ah kak makan semasa bersahur & berbuka puasa. Bukan niat nak menunjuk2 (makan mende simple2 jer pun kan... takkan nak menunjuk2 plak!) tapi, sekadar nak berkongsi.

Plus, mana la tau kot2 buleh kasik korang idea jugak nak masak/makan apa time sahur & berbuka kan... Kita mulakan dengan menu bersahur untuk 1 Ramadhan 2011 dolu lah!

~ Ada nasik putih yang dimakan bersama asam pedas ayam nih...

~ & jugak ikan masin goreng sebagai pembuka selera. Tau2 jer la kan... subuh2, mana la nak berselera menengok makanan di depan mata. So, harus ada sesuatu untuk pembuka selera!


Sume menu di atas adalah dimasak sendirik oleh tuan tanah kedaung (ayat penyata. Heh3...). Masak belah petang/malam hari sebelumnya & direheat waktu sahur. Begitu la kekdahnya...


Sekian... melaporkan... ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::


Monday, August 1, 2011

PUJIAN YANG TAK BULEH BLAH DARIPADA SANG MENANTU

~ Mak bermalam kat rumah aku sebab belah pagi nak ke spital, ada appointment. Mak duduk kat sofa sambil bersiap2 pakai kaf tangan. Dengan posteur badan yang begini, tetiba ada paparazzi tak bertauliah snap gambar mak secara curik2. Paparazzi kata ko! Harus amik gambar pun curik2. He3...

& paparazzi tu pun menunjukkan hasil tangkapan gambar curik2nya kat aku lalu berkata...

Paparazzi: Aaby, cer tengok gambar nih! Mak nampak macam model tengah bersiap2 nak naik runway wooo...

Aku: Erkkk!!! Ke situ pulak perginya... Apakah..?!

Korang rasa2 kan, siapakah paparazzi tersebut? Ha3...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

BENDI GORENG MENADAH GERIMIS

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Jom masak & makan! Untuk berbuka tau! ;P

Bahan2:-

10 batang kacang bendi (dihiris serong)
1 genggam ikan bilis + ikan tamban (dicuci & ditoskan)
1 biji telur ayam
Minyak masak
Garam
Serbuk perasa
Air

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
5-7 biji cili padi
1 tangkai cili hijau

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan ikan bilis + ikan tamban. Goreng seketika.
3) Masukkan sedikit air.
4) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras sedikit, kacau sampai jadik telur hancur.
5) Masukkan kacang bendi. Kacau rata.
6) Perasakan dengan serbuk perasa & garam. Angkat & hidangkan.

~ Bendi Goreng Menadah Gerimis. Buleh buat lauk & sayur. 2 in 1 gitu..! Eh2! Macam syampoo plak! Hiks...

:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



STICKY MODE ENTRY: AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...

*This is a sticky mode entry. Please scroll down for new updates. Thank you.

~ Penyimpan mohor2 besar dah enterframe kat tv. Pengumuman puasa pun dah dibuat.  Secara rasminya, 1 Ramadhan 1432H jatuh pada 1 Ogos 2011 bersamaan dengan hari Isnin. Esok, babe..! Esok! He3...
~ Ramadhan datang lagi... Ahlan wasahlan ya Ramadhan... ;)

So, sempena kedatangan Ramadhan bulan mulia nie, sama2 la kita sume kurengkan kontroversi, tingkatkan ibadah di bulan yang penuh barakah. Semoga kita sume mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda & keberkatan dari-Nya... Amin... 

Selamat berpuasa..!!! ;)


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::





i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google