SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label ASAM PEDAS AYAM. Show all posts
Showing posts with label ASAM PEDAS AYAM. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

ASAM PEDAS AYAM WARNA-WARNI AIDILFITRI

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Hari tu dah citer pasal masak & makan asam pedas ayam. Tapi, tak kasik resepi lagik. Meh nak share, meh! ;)

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (disiang, dicuci bersih & dipotong)
1 batang serai (dibelah 2)
3-5 helai daun limau purut
1/2 cawan cili kisar
1 keping asam keping
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang carrot (dipotong memanjang)
Garam
Gula
Air
Serbuk perasa
Minyak masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis serai, cili kisar & bahan2 tumbuk hingga pecah minyak.
2) Masukkan ayam & serbuk kunyit. Kacau & biarkan ayam separuh masak.
3) Tuangkan air & masukkan asam keping.
4) Masukkan carrot.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula.
6) Masukkan daun limau purut. Biarkan seketika. Angkat & hidangkan.

~ Asam Pedas Ayam Warna-warni Aidilfitri. Buat juadah berbuka/bersahur pun terbaik nih! ;)

:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::

Tuesday, August 2, 2011

MENU BERSAHUR 1 RAMADHAN 2011

Seperti tahun2 lepas, tahun nie jugak ah kak akan update menu2 yang ah kak makan semasa bersahur & berbuka puasa. Bukan niat nak menunjuk2 (makan mende simple2 jer pun kan... takkan nak menunjuk2 plak!) tapi, sekadar nak berkongsi.

Plus, mana la tau kot2 buleh kasik korang idea jugak nak masak/makan apa time sahur & berbuka kan... Kita mulakan dengan menu bersahur untuk 1 Ramadhan 2011 dolu lah!

~ Ada nasik putih yang dimakan bersama asam pedas ayam nih...

~ & jugak ikan masin goreng sebagai pembuka selera. Tau2 jer la kan... subuh2, mana la nak berselera menengok makanan di depan mata. So, harus ada sesuatu untuk pembuka selera!


Sume menu di atas adalah dimasak sendirik oleh tuan tanah kedaung (ayat penyata. Heh3...). Masak belah petang/malam hari sebelumnya & direheat waktu sahur. Begitu la kekdahnya...


Sekian... melaporkan... ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::


i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google