SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label RAYA 2011. Show all posts
Showing posts with label RAYA 2011. Show all posts

Friday, October 7, 2011

TALI KECAPI???

28 September 2011...

Opis aku buat open house. Ko ado..??? Ecewah! Riak pulak di situ, ye! Ha3...

Mahap3..! ;P

Aci pot luck jer... Mudah & jimat kos kot. He3...

~ Antara makanan yang dipot luckkan... sate by Encik Bos, kek by Ros, nasik impit by Hafiz...

~ Aku mempot luckkan kueteow goreng. Tu... nampak tak yang dalam bekas besor siap ngan penyepit tuh? Heh3... Over! Mak yang masaknya pun... ;P Encik Sukeri bawak laksa, Encik Amir bawak cuppies fresh from oven & Encik Fadzil bawak puding cocktail. Yang lain2, bawak perut! Ha3...

~ Gediks ah kak memakai baju raya tau! Ahaks3...

~ Pemakan paling dasat dimenangi oleh Encik Amir..! Tengok jer la mangkuk dia yang bertingkat2 tuh. Makan dengan penuh khusyuk plak tuh! Kejap2 kang dia amik laksa... Kejap2 lagik kang dia amik kueteow plak... Lepas tu, puding cocktail. Cayalah, bro..! Anda memang hebat! Ha3...

Alhamdulillah... 

Gendang-gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka la hati.

Ngeh3...

Errr... tali kecapi tu apa, ek? Macam manakah rupa paras dia?


:: Like3, ek! ::

Sunday, October 2, 2011

ABANG BUAT OPEN HOUSE LAGIK...

Abang aku dasat! Sebab buat open house sampai 2 kali, derrr..!!!

Tapi, takpe... Kalau bab2 makan free nie, memang bisa diatur! Tak kesah la berapa kali pun... cakap jer, bila... confirm terjah punyalah! He3...

~ Windu kat bebudak berdua nih! 

~ My 'sayang' jadik baby sitter Rifqi hari tuh. Kendong sana... kendong sini... lepak kat buaian la...  Hmmm... bagus2..! Rifqi musti suka! ;P

~ Minah2 posing... He3...

~ Antara jemputan yang hadir, Cik Sarimah, BFF mak aku.  

~ Cik Sarimah sungguh la sporting! Buleh plak dia suh aku snapkan gambar dia tengah menikmati makanan! Siap jegil2 mata lagik ko! Ha3...

Menu hari tu adalah nasik ayam, pulut kuning, rendang ayam, mee hailam & tembikai. Memang takde maknanya aku nak berdiet! Mulut nie tak habis2 meng-ngap3!!! Haish!

Camno nak kurus cam Tiz Zaqyah? Cer cakap... Cer cakap... Hu3...


:: Like3, ek! ::

Saturday, October 1, 2011

OPEN HOUSE & OPEN HOUSE..!

Ini cerita Syawal yang ke berapa... memang tak ingat dah. Tapi, ini kesah open house. Biasa la kan... time2 raya, memang berduyun2 jemputan open house yang datang. Antara nak ngan tak nak jer pergi.

Open house yang kitorang terjah nie adalah open house kat rumah Nazri. Nazri = kawan my 'sayang' merangkap orang politik. So, harus la open housenya dibuat secara besor2-an. Every year memang si Nazri nie buat open house. Tapi, ntah apsal la yang lepas2 tu aku malas nak ikut. Tahun nie tetiba aku rajin palk nak mengjoin. Perubahan hormon kot... Ha3...

~ Siap ada kugiran kata ko! Yang 2 orang tu la penyanyi2nya. Siapa ntah?! Tidak la ku kenal...

Open housenya dah meriah dah, siap ngan kugiran bagai kan... Tapi, juadahnya ada masalah la... Banyak yang dah basi.

Macam lemang, poyos jer aku amik banyak. Last2 tak buleh makan sebab dah berlendir. Ayam masak merahnya pun dah ada aroma yang kureng menyenangkan. Bihun Singapore jugak rasa pelik. Nasib baik ada roti canai yang buat on the spot. Itu la penyelamat tekak & perut yang lapor. Fuh!

Mungkin salah caterer kot. Hmmm... ntah la...

~ Lepas ke open house Nazri, kami berdesup plak ke rumah bff mak, Cik Siah. Kat sini la kami balas dendam! Makan selagik mau! Ha3...

~ Happy betul Cik Siah melayan tetamu. Macam2 jugak yang dihidangkan. Ada nasik tomato, mee rebus, laksa & bihun tomyam. Santak perut, babe..! He3...

~ Geng mak jugak nih. Tapi, lupa la plak apa nama makcik nih?! Makcik nie kelakor habis! Tak kering gusi la kalau dia ada... Bagi aku, setiap ayat yang dia cakap, sume pun kelakor! Buat kita rasa nak gelak jer! He3...

~ Tak lama lepas kitorang sampai, abang aku & family lak sampai. Aku terus bergurau-senda dengan Rifqi. Windu! Rasa nak geget! He3...

~ Pose manja2 daripada Cik Odah. ;P

Kenyang giler perut hari tuh! Rasa macam nak mintak bantal plak kat Cik Siah. Ha3... Over tak? ;P


:: Like3, ek! ::

SAMURAI IJO DI RUMAH ABANG MIE!

Cerita raya tak habis lagik. Baru hegeh2 nak buat sambungan. Sila bukak mata luas2, ye! Ha3...

Lepas ke open house di rumah abang, kami ke rumah besan mak, rumah mak mertua kakak aku. Dah alang2 lalu makanya, singgah jer la terus.

~ Tuan rumahnya a.k.a mak mertua kakak aku adalah yang kecik molek pakai tudung putih tuh. Terima kasih makcik sebab sudi jamu bihun goreng ngan pecal. Lapor plak aku tengok bihun goreng tuh. So, aku makan adalah banyak! Buat macam rumah sendirik. ;D


~ Kanak2 Ribena buang tebiat, main pedang samurai pakai batang teratai kat rumah orang. Mak aku terus speechless! Ha3...

~ Kanak2 Ribena kembali normal...

~ Tapi, normal hanya untuk sekejap jer. Lepas tu, datang balik sengalnya! Tak buleh blah! Dah macam Samurai Ijo dah aku tengok! 

Nasib baik makcik tu paham tahap kesengalan kanak2 Ribena tuh. Kalau tak, mau kena halau dan2 tu jugak! Ha3...

Actually, batang teratai tu dah lama mak carik. Kebetulan, kat rumah mak mertua kakak ada. So, amik la dalam 2 batang. Mak nak buat ubat resdung. Batang teratai tu kena keringkan dolu. Bila dah kering then, potong la sepanjang pensel. Lepas tu, bakar & sedut asapnya. Begitu...

Dah jenuh telan pil hospital, nak try cara tradisional plak.

Bukan setakat batang teratai jer yang kitorang rembat. Belimbing buluh pun dapat jugak. Area rumah mak mertua kakak aku nie dah macam mini kebun lak aku tengok. Ada macam2 pokok. Pulasan la... pelam... belimbing buluh lagik... 

Pulasan tu, nasib baik belum masak lagik. Kalau tak, mau aku buat muka tak malu mintak plastik nak tapau! Ha3...


:: Like3, ek! ::


Friday, September 30, 2011

STICKY MODE ENTRY: MINAL AIDIL WAL FAIZIN...

*This is a sticky mode entry. Please scroll down for new updates. Thank you.

~ Salam Aidilfitri... Maaf Zahir & Batin... daripada Areleez & family...

& kepada seantero kawan2 blogger sekalian, aku nak ucapkan...


PEACE, YA'LL..!!! ;)


:: Like3, ek! ::

Thursday, September 22, 2011

ABANG BUAT OPEN HOUSE

Raya keempat... sesi beraya sebelah pagi dah selesai. Sesi beraya sebelah petang plak. ;P

Balik dari rumah Kak Yati tu, aku dah start flat, demam semakin melanda. Try bawak baring. Konon2 kalau rest buleh la mengkebahkan demam tuh. Tapi, rest jer tanpa makan ubat memang takde maknanya la kan... Hu3...

Petang tu, abang aku buat open house. Memula, aku cam rasa tak dapat nak pergi sebab tak larat. Tapi, hati nie meronta2 sebenornya..! Nak pergi jugak! Ye la... bukan selalu dapat lepak2 ngan kaum kerabat especially adik-beradik aku nih.

Badan kata, 'Woit! Toksah gediks nak pergilah! Kang dibuatnya ko pengsan, tak ke hazab tuh?'

Tapi, hati plak kata, 'Woit2! Sila la pergi... Rugi wooo... demam time camnie..! Cer try segar-bugarkan badan tuh!'

Dilema ah kak, noks! Dilema!!! Tsk3...

~ & akhirnya, ah kak mengikut kata hati... Plus, bila jumpa bebudak 2 orang tuh, terus pelan2 rasa tak larat tu terbang, hilang... Terus buleh makan banyak2 seperti orang tak demam! Fuh! Dasat kan aura bebudak tuh? He3...

~ Tengok jerlah Odah tuh. Menghiburkan hati betul! Ha3... Kak Yong baru bangun tido kot. Sebab tu muka ada ketat sket. Bila dah lama2, baru ok. Makan pun banyak jugak! Hiks...

Menu of the day adalah nasik impit, rendang ayam, bihun tomyam & ada lagiklah. Aku makan bihun tomyam bermangkuk2. Errr... kalau tengok pola pemakanan aku tu, rasa2nya macam orang demam tak? Ha3...


:: Like3, ek! ::

NUGGET DI HARI RAYA

Cerita raya tak habis lagik tau! Well... raya kan sebulan... He3...

Ini kesah raya keempat. Kalau semalamnya (raya ketiga) we ols beraya kat Kuala Kangsar dengan family mertua, raya keempat nie plak we ols kembali ke rumah mak. Eh2! Macam selang-seli plak balik kampung kan... Mentang2 la sekampung... La3... Jangan menjeles, ek?! ;P

Memandangkan kakak aku pun still ada kat rumah mak, so kakak ajak follow dia beraya. We ols ok jer..! Walaupun masa tu tekak nie dah rasa perit2 + bersin pun sudah berkali2 tapi, semangat nak beraya tu tetap membara, hokay..!

~ Rumah pertama yang kami terjah adalah rumah Kak Ju. Kak Ju nie kawan sekolah kakak aku merangkap anak angkat mak aku. Eh! Aku rasa aku dah pernah story pasal Kak Ju nih sebab tahun lepas pun kami ada datang beraya ke rumah Kak Ju jugak.

~ Yang belah kiri pakai baju biru tu husband Kak Ju. Abang Sham namanya. Yang belah kanan sekali pakai baju ijo tu korang kenal tak? Ahaks3...

~ Slim jer Kak Ju nie tau! Walhal anak dah 3 ko! Jeles ah kak, noks! Hu3...

Makan2... sembang2... posing2... lepas tu, mintak diri dolulah sebab ada lagik rumah yang nak diterjah.

~ Rumah seterusnya yang jadik mangsa kitorang adalah rumah Kak Yati. Pun kawan sekolah kakak aku jugak. Rumah Kak Yati nie kat area Langkap nun. Tergagau2 jugak la mencariknya. 1st time datang beraya ke situ kan...

Kak Yati jamu nugget. Sodap plak makan nugget kat rumah orang. Heaven jer rasa... Ye la... time2 raya nie, dah selalu sangat kena jamu dengan ketupat, rendang, lemang, serunding bagai... Muak la pulak! Sekali-sekala orang jamu nugget, terus nak cakap kat orang tuh...

'Kelasss ko Maria..!'

Ha3... Tak abis2 dengan Maria ko tu kan..! Hiks...

Dapat terjah 2 buah rumah jer dolu. Lepas ke rumah Kak Yati, kitorang terus balik rumah mak. Hari tu hari Jumaat... Nak bagi laluan WAJIB pada kaum Adam untuk semayang Jumaat. 

Raya... raya jugak. Tapi, yang wajib dilupa jangan! Betul tak? ;)


:: Like3, ek! ::

Wednesday, September 14, 2011

BERAYA KE KUALA KANGSAR

Sebelum raya hari tu, ayah Roy sakit. Sampai masuk spital jugaklah katanya kan... Tapi, masa raya tu dah dischargelah. Tu yang kitorang nak ziarah tuh. Merangkap beraya kata ko..!

On the way tu, kitorang singgah kejap ke rumah KF, tunang Udda, nak beraya dengan family KF. Dah alang2 lalu kan... Sempat la makan nasik tomato + ayam masak merah + rendang... Alhamdulillah... Rejeki jangan ditolak, bebeh! ;P

Kalau beraya nie kan, memang makan jer la kerjanya... Kalau kat rumah KF dijamu dengan menu2 seperti di atas tuh, kat rumah Roy plak kitorang dijamu dengan menu makan tengahari. Ada nasik putih, masak lemak rebung + udang, ikan masak pedas, rendang ayam kampung, sambal tempoyak & ulam2-an.

Pukul 2.30 p.m kitorang mintak diri sebab nak ke Taiping plak. Ada agenda baik punya kat sana! ;P

~ Dipendekkan citer, dah pun sampai highway nak ke Taiping. Jem wooo... Berpinau bijik mata menengok kenderaan yang bertali arus tuh! Fuh!

~ Walaupun jem, ah kak tetap maintain kiut! Kan3..??? Ahaks3...

~ Gumbira betul makcik nih! Baru lepas beraya di rumah tunang kata ko..! Ha3...

~ Tengoklah my MIL tuh. He3...

~ Mr. Driver pujaan hatiku..! Ecewah! ;P

Actually, kami nak ke Taiping sebab nak berkenalan merangkap beraya dengan bakal menantu abah & my MIL. Girlfren Dadi & boyfren Jijah. Means, perjumpaan kali pertama la nih. Ala2 suspen gitu..! Owh... over ah kak! Ha3...

Dah lewat petang baru kitorang gerak balik. A-im buat lawak antarabangsa di hari raya. Konon2 nak ikut jalan shortcut berpandukan GPS. Sekali masuk-keluar estet ko! Giler weird lah jalan tuh! 

Tembus kat Beruas nun! Dari Beruas tu plak jalan punya la sunyi-sepi! Kiri-kanan cuma ada ladang kelapa sawit. Hadoi!

Tiba2 my MIL bersuara:-

'Eh! Malam nie malam Jumaat kan?'

Uwaawaawaaaa.... Terus rasa ngeri2! Dasat kan ayat tanya my MIL tuh? Hu3...

Apa2 pun, alhamdulillah la... sebab selamat jugak kami sampai ke rumah akhirnya... Fuh!


:: Like3, ek! ::


ROMPER RAYA KIUT UNTUK RIFQI

Lepas breakfast bersama family terchenta, aku ngan my 'sayang' pun bersiap2lah sebab nak balik rumah mertua plak. Nampak sangat rumah mak ngan mertua = sekangkang kera kan? Kejap2 balik rumah mak... Kejap2 lagik kang balik rumah mertua pulak... Untung & save budget di situ..! He3...

Balik rumah mertua sebab nak beraya secara konvoi bersama2 ke rumah Roy kat Kuala Kangsar. Plus, nak ziarah ayah Roy yang baru discharge dari spital.

~ Hero pujaan Malaya..!!! ;P

~ Handsome tak? Handsome tak? ;P

~ Sebelum chiow, kita berposing dolu ngan Rifqi..! ;D

~ Acu dia pulak yang over! Ha3...

~ Kak Yong ngan Odah pun nak enterframe jugak. Kalau tak kang sentap! Hiks... Tengok la Odah tuh! Tak habis2 dengan pose manja2. He3...

~ 'If Mommy Says No Ask Grandma'. Kiut kan? Romper raya untuk Rifqi yang aku belikan. 

Insyaallah... akan ada romper seterusnya lepas nie. Sebab aku memang sker tengok baby pakai romper especially yang chubby2 tuh. Semangat jer tengok! ;)



Menu Bersahur: Nasik putih + sup ayam + ikan goreng + ikan masin goreng. Lauk2 sume adalah lebih dari berbuka puasa 26 Ramadhan yang aku jadik tuan rumah tuh.

Menu berbuka puasa adalah seperti berikut:-

~ 27 Ramadhan tu, we ols ke Ipoh, nak shopping kata ko..! Mak pun ikut sekali.

~ Lepas shopping apa2 yang patut + yang still takde untuk raya, we ols ke Restoran Sabar Menanti plak untuk berbuka puasa. 

~ Kena datang awal sket dari dolu sebab nak cedok lauk-pauk siap2. Kalau lambat memang tinggal tray jerlah jawabnya..!

~ Nampak kurus tak? Ha3... Over!

~ Antara menu yang kitorang chop tu adalah paru goreng bercili, ayam goreng tepung, sup tauhu telur...

~ Roti jala + kuah kari...

~ Kuih-muih yang aku tak kenal namanya, sambal belacan...

~ & Ikan talapia + pari bakar + air asam yang marvellous! Eh! Ada lagik 1, tom yam campur tapi, takde dalam gambar. Tak sempat nak snap dah. 

Belah malam, shopping lagik kat Greentown Mall (GM). Mencarik tudung raya aku & mak. My 'sayang' dah terlepek kat bangku tepi mall tuh. Aku ngan mak jer yang meredah lautan manusia yang menyopping di saat akhir. Sesak napas noks! Adeh3...

~ Lepas tu, singgah kat Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), pekena char kueteow. Plan asal, nak minum2 jer sebab perut santak lagik. Tapi, biasa la kan... kalau dah aroma char kueteow lalu2 kat hidung, of cos jadik lapor balik! Ha3... 

Tapi, salah pilih port la... Sebab char kueteow kat stall yang kitorang makan nie tak best! Kuah dia manis. Udang plak stock lama. Potong betul! Huh!


:: Like3, ek! ::

Tuesday, September 13, 2011

GEDIKS2 MANJA 2 BERANAK ITU

Pagi 3 Syawal pun menjelma... ;P

Biasa la aku kan... Kalau kakak & Kak Aneem ado kat rumah mak, takde maknanya aku nak bangun awal! Yang aku tau, bila aku bangun, siap2 mandi bagai... breakfast sudah terhidang dengan aroma yang cukup untuk membuat perut berasa lapor tahap gaban! ;P

"Adik... jom makan!"

Owh... heaven betul! & hati pun bermunge riang... Ecewah! Nie kalau kakak ngan Kak Aneem baca nie, mau kena dush3 aku nih! Ha3...

~ Breakfast of the day... Sodap, bebeh! ;D

~ Tengah menghidang pun kakak aku gediks nak berposing jugak. Haish!

~ Yang 2 beranak nie pun sama. Tak habis2 dengan pose gediks2 manjanya tuh! Isk3...

~ Rifqi paling cool... Masih mentido walaupun keadaan alam sekitar dah huru-hara! Syabas Rifqi! Wa caya sama lu lah! Ha3...

Time2 raya macam nie la baru buleh berkumpul 1 family & makan ramai2 sama2. Meriah jer rasa kan? ;)



Menu Bersahur: Nasik putih + telur hancus cili padi

Menu Berbuka Puasa plak adalah seperti di bawah:-

~ Turn berbuka puasa kat rumah aku. Asik menebeng berbuka puasa kat rumah orang jer kan... Kali nie, amik ko... jadik tuan rumah plak! Adeh3... Sepantas kilat ah kak bersilat kat dapur! Alhamdulillah... dapat jugak menyiapkan juadah berbuka seperti nasik putih, sup ayam, sambal kicap, ikan goreng, ikan masin goreng & kobis tumis. Tak sempat nak ke PARAM tapau kuih. So, aci order Pizza Hut jer, delivery... Sonang! ;P

~ Bila bapak budak main munge api... ;P

~ Memula Pak Yang temankan Kak Yong ngan Odah jer. Tapi, Kak Yong ngan Odah tak berani main munge api. Tu yang Pak Yang take over tuh! My 'sayang' konon2 tukang teman la kan... Ha3...

~ Papa Kak Yong pun over tau! Haish!

~ Masa nie, Rifqi baru lepas dibotakkan. Sexy, derrr..!!! Ha3...

~ Walaupun serabai, Odah tetap gigih nak berposing! Anak sapa la nie??! ;P

:: Like3, ek! ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google