SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label 3 SYAWAL 2011. Show all posts
Showing posts with label 3 SYAWAL 2011. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

BERAYA KE KUALA KANGSAR

Sebelum raya hari tu, ayah Roy sakit. Sampai masuk spital jugaklah katanya kan... Tapi, masa raya tu dah dischargelah. Tu yang kitorang nak ziarah tuh. Merangkap beraya kata ko..!

On the way tu, kitorang singgah kejap ke rumah KF, tunang Udda, nak beraya dengan family KF. Dah alang2 lalu kan... Sempat la makan nasik tomato + ayam masak merah + rendang... Alhamdulillah... Rejeki jangan ditolak, bebeh! ;P

Kalau beraya nie kan, memang makan jer la kerjanya... Kalau kat rumah KF dijamu dengan menu2 seperti di atas tuh, kat rumah Roy plak kitorang dijamu dengan menu makan tengahari. Ada nasik putih, masak lemak rebung + udang, ikan masak pedas, rendang ayam kampung, sambal tempoyak & ulam2-an.

Pukul 2.30 p.m kitorang mintak diri sebab nak ke Taiping plak. Ada agenda baik punya kat sana! ;P

~ Dipendekkan citer, dah pun sampai highway nak ke Taiping. Jem wooo... Berpinau bijik mata menengok kenderaan yang bertali arus tuh! Fuh!

~ Walaupun jem, ah kak tetap maintain kiut! Kan3..??? Ahaks3...

~ Gumbira betul makcik nih! Baru lepas beraya di rumah tunang kata ko..! Ha3...

~ Tengoklah my MIL tuh. He3...

~ Mr. Driver pujaan hatiku..! Ecewah! ;P

Actually, kami nak ke Taiping sebab nak berkenalan merangkap beraya dengan bakal menantu abah & my MIL. Girlfren Dadi & boyfren Jijah. Means, perjumpaan kali pertama la nih. Ala2 suspen gitu..! Owh... over ah kak! Ha3...

Dah lewat petang baru kitorang gerak balik. A-im buat lawak antarabangsa di hari raya. Konon2 nak ikut jalan shortcut berpandukan GPS. Sekali masuk-keluar estet ko! Giler weird lah jalan tuh! 

Tembus kat Beruas nun! Dari Beruas tu plak jalan punya la sunyi-sepi! Kiri-kanan cuma ada ladang kelapa sawit. Hadoi!

Tiba2 my MIL bersuara:-

'Eh! Malam nie malam Jumaat kan?'

Uwaawaawaaaa.... Terus rasa ngeri2! Dasat kan ayat tanya my MIL tuh? Hu3...

Apa2 pun, alhamdulillah la... sebab selamat jugak kami sampai ke rumah akhirnya... Fuh!


:: Like3, ek! ::


ROMPER RAYA KIUT UNTUK RIFQI

Lepas breakfast bersama family terchenta, aku ngan my 'sayang' pun bersiap2lah sebab nak balik rumah mertua plak. Nampak sangat rumah mak ngan mertua = sekangkang kera kan? Kejap2 balik rumah mak... Kejap2 lagik kang balik rumah mertua pulak... Untung & save budget di situ..! He3...

Balik rumah mertua sebab nak beraya secara konvoi bersama2 ke rumah Roy kat Kuala Kangsar. Plus, nak ziarah ayah Roy yang baru discharge dari spital.

~ Hero pujaan Malaya..!!! ;P

~ Handsome tak? Handsome tak? ;P

~ Sebelum chiow, kita berposing dolu ngan Rifqi..! ;D

~ Acu dia pulak yang over! Ha3...

~ Kak Yong ngan Odah pun nak enterframe jugak. Kalau tak kang sentap! Hiks... Tengok la Odah tuh! Tak habis2 dengan pose manja2. He3...

~ 'If Mommy Says No Ask Grandma'. Kiut kan? Romper raya untuk Rifqi yang aku belikan. 

Insyaallah... akan ada romper seterusnya lepas nie. Sebab aku memang sker tengok baby pakai romper especially yang chubby2 tuh. Semangat jer tengok! ;)



Menu Bersahur: Nasik putih + sup ayam + ikan goreng + ikan masin goreng. Lauk2 sume adalah lebih dari berbuka puasa 26 Ramadhan yang aku jadik tuan rumah tuh.

Menu berbuka puasa adalah seperti berikut:-

~ 27 Ramadhan tu, we ols ke Ipoh, nak shopping kata ko..! Mak pun ikut sekali.

~ Lepas shopping apa2 yang patut + yang still takde untuk raya, we ols ke Restoran Sabar Menanti plak untuk berbuka puasa. 

~ Kena datang awal sket dari dolu sebab nak cedok lauk-pauk siap2. Kalau lambat memang tinggal tray jerlah jawabnya..!

~ Nampak kurus tak? Ha3... Over!

~ Antara menu yang kitorang chop tu adalah paru goreng bercili, ayam goreng tepung, sup tauhu telur...

~ Roti jala + kuah kari...

~ Kuih-muih yang aku tak kenal namanya, sambal belacan...

~ & Ikan talapia + pari bakar + air asam yang marvellous! Eh! Ada lagik 1, tom yam campur tapi, takde dalam gambar. Tak sempat nak snap dah. 

Belah malam, shopping lagik kat Greentown Mall (GM). Mencarik tudung raya aku & mak. My 'sayang' dah terlepek kat bangku tepi mall tuh. Aku ngan mak jer yang meredah lautan manusia yang menyopping di saat akhir. Sesak napas noks! Adeh3...

~ Lepas tu, singgah kat Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), pekena char kueteow. Plan asal, nak minum2 jer sebab perut santak lagik. Tapi, biasa la kan... kalau dah aroma char kueteow lalu2 kat hidung, of cos jadik lapor balik! Ha3... 

Tapi, salah pilih port la... Sebab char kueteow kat stall yang kitorang makan nie tak best! Kuah dia manis. Udang plak stock lama. Potong betul! Huh!


:: Like3, ek! ::

Tuesday, September 13, 2011

GEDIKS2 MANJA 2 BERANAK ITU

Pagi 3 Syawal pun menjelma... ;P

Biasa la aku kan... Kalau kakak & Kak Aneem ado kat rumah mak, takde maknanya aku nak bangun awal! Yang aku tau, bila aku bangun, siap2 mandi bagai... breakfast sudah terhidang dengan aroma yang cukup untuk membuat perut berasa lapor tahap gaban! ;P

"Adik... jom makan!"

Owh... heaven betul! & hati pun bermunge riang... Ecewah! Nie kalau kakak ngan Kak Aneem baca nie, mau kena dush3 aku nih! Ha3...

~ Breakfast of the day... Sodap, bebeh! ;D

~ Tengah menghidang pun kakak aku gediks nak berposing jugak. Haish!

~ Yang 2 beranak nie pun sama. Tak habis2 dengan pose gediks2 manjanya tuh! Isk3...

~ Rifqi paling cool... Masih mentido walaupun keadaan alam sekitar dah huru-hara! Syabas Rifqi! Wa caya sama lu lah! Ha3...

Time2 raya macam nie la baru buleh berkumpul 1 family & makan ramai2 sama2. Meriah jer rasa kan? ;)



Menu Bersahur: Nasik putih + telur hancus cili padi

Menu Berbuka Puasa plak adalah seperti di bawah:-

~ Turn berbuka puasa kat rumah aku. Asik menebeng berbuka puasa kat rumah orang jer kan... Kali nie, amik ko... jadik tuan rumah plak! Adeh3... Sepantas kilat ah kak bersilat kat dapur! Alhamdulillah... dapat jugak menyiapkan juadah berbuka seperti nasik putih, sup ayam, sambal kicap, ikan goreng, ikan masin goreng & kobis tumis. Tak sempat nak ke PARAM tapau kuih. So, aci order Pizza Hut jer, delivery... Sonang! ;P

~ Bila bapak budak main munge api... ;P

~ Memula Pak Yang temankan Kak Yong ngan Odah jer. Tapi, Kak Yong ngan Odah tak berani main munge api. Tu yang Pak Yang take over tuh! My 'sayang' konon2 tukang teman la kan... Ha3...

~ Papa Kak Yong pun over tau! Haish!

~ Masa nie, Rifqi baru lepas dibotakkan. Sexy, derrr..!!! Ha3...

~ Walaupun serabai, Odah tetap gigih nak berposing! Anak sapa la nie??! ;P

:: Like3, ek! ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google