SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label 4 SYAWAL 2011. Show all posts
Showing posts with label 4 SYAWAL 2011. Show all posts

Sunday, October 2, 2011

ABANG BUAT OPEN HOUSE LAGIK...

Abang aku dasat! Sebab buat open house sampai 2 kali, derrr..!!!

Tapi, takpe... Kalau bab2 makan free nie, memang bisa diatur! Tak kesah la berapa kali pun... cakap jer, bila... confirm terjah punyalah! He3...

~ Windu kat bebudak berdua nih! 

~ My 'sayang' jadik baby sitter Rifqi hari tuh. Kendong sana... kendong sini... lepak kat buaian la...  Hmmm... bagus2..! Rifqi musti suka! ;P

~ Minah2 posing... He3...

~ Antara jemputan yang hadir, Cik Sarimah, BFF mak aku.  

~ Cik Sarimah sungguh la sporting! Buleh plak dia suh aku snapkan gambar dia tengah menikmati makanan! Siap jegil2 mata lagik ko! Ha3...

Menu hari tu adalah nasik ayam, pulut kuning, rendang ayam, mee hailam & tembikai. Memang takde maknanya aku nak berdiet! Mulut nie tak habis2 meng-ngap3!!! Haish!

Camno nak kurus cam Tiz Zaqyah? Cer cakap... Cer cakap... Hu3...


:: Like3, ek! ::

Saturday, October 1, 2011

SAMURAI IJO DI RUMAH ABANG MIE!

Cerita raya tak habis lagik. Baru hegeh2 nak buat sambungan. Sila bukak mata luas2, ye! Ha3...

Lepas ke open house di rumah abang, kami ke rumah besan mak, rumah mak mertua kakak aku. Dah alang2 lalu makanya, singgah jer la terus.

~ Tuan rumahnya a.k.a mak mertua kakak aku adalah yang kecik molek pakai tudung putih tuh. Terima kasih makcik sebab sudi jamu bihun goreng ngan pecal. Lapor plak aku tengok bihun goreng tuh. So, aku makan adalah banyak! Buat macam rumah sendirik. ;D


~ Kanak2 Ribena buang tebiat, main pedang samurai pakai batang teratai kat rumah orang. Mak aku terus speechless! Ha3...

~ Kanak2 Ribena kembali normal...

~ Tapi, normal hanya untuk sekejap jer. Lepas tu, datang balik sengalnya! Tak buleh blah! Dah macam Samurai Ijo dah aku tengok! 

Nasib baik makcik tu paham tahap kesengalan kanak2 Ribena tuh. Kalau tak, mau kena halau dan2 tu jugak! Ha3...

Actually, batang teratai tu dah lama mak carik. Kebetulan, kat rumah mak mertua kakak ada. So, amik la dalam 2 batang. Mak nak buat ubat resdung. Batang teratai tu kena keringkan dolu. Bila dah kering then, potong la sepanjang pensel. Lepas tu, bakar & sedut asapnya. Begitu...

Dah jenuh telan pil hospital, nak try cara tradisional plak.

Bukan setakat batang teratai jer yang kitorang rembat. Belimbing buluh pun dapat jugak. Area rumah mak mertua kakak aku nie dah macam mini kebun lak aku tengok. Ada macam2 pokok. Pulasan la... pelam... belimbing buluh lagik... 

Pulasan tu, nasib baik belum masak lagik. Kalau tak, mau aku buat muka tak malu mintak plastik nak tapau! Ha3...


:: Like3, ek! ::


Thursday, September 22, 2011

ABANG BUAT OPEN HOUSE

Raya keempat... sesi beraya sebelah pagi dah selesai. Sesi beraya sebelah petang plak. ;P

Balik dari rumah Kak Yati tu, aku dah start flat, demam semakin melanda. Try bawak baring. Konon2 kalau rest buleh la mengkebahkan demam tuh. Tapi, rest jer tanpa makan ubat memang takde maknanya la kan... Hu3...

Petang tu, abang aku buat open house. Memula, aku cam rasa tak dapat nak pergi sebab tak larat. Tapi, hati nie meronta2 sebenornya..! Nak pergi jugak! Ye la... bukan selalu dapat lepak2 ngan kaum kerabat especially adik-beradik aku nih.

Badan kata, 'Woit! Toksah gediks nak pergilah! Kang dibuatnya ko pengsan, tak ke hazab tuh?'

Tapi, hati plak kata, 'Woit2! Sila la pergi... Rugi wooo... demam time camnie..! Cer try segar-bugarkan badan tuh!'

Dilema ah kak, noks! Dilema!!! Tsk3...

~ & akhirnya, ah kak mengikut kata hati... Plus, bila jumpa bebudak 2 orang tuh, terus pelan2 rasa tak larat tu terbang, hilang... Terus buleh makan banyak2 seperti orang tak demam! Fuh! Dasat kan aura bebudak tuh? He3...

~ Tengok jerlah Odah tuh. Menghiburkan hati betul! Ha3... Kak Yong baru bangun tido kot. Sebab tu muka ada ketat sket. Bila dah lama2, baru ok. Makan pun banyak jugak! Hiks...

Menu of the day adalah nasik impit, rendang ayam, bihun tomyam & ada lagiklah. Aku makan bihun tomyam bermangkuk2. Errr... kalau tengok pola pemakanan aku tu, rasa2nya macam orang demam tak? Ha3...


:: Like3, ek! ::

NUGGET DI HARI RAYA

Cerita raya tak habis lagik tau! Well... raya kan sebulan... He3...

Ini kesah raya keempat. Kalau semalamnya (raya ketiga) we ols beraya kat Kuala Kangsar dengan family mertua, raya keempat nie plak we ols kembali ke rumah mak. Eh2! Macam selang-seli plak balik kampung kan... Mentang2 la sekampung... La3... Jangan menjeles, ek?! ;P

Memandangkan kakak aku pun still ada kat rumah mak, so kakak ajak follow dia beraya. We ols ok jer..! Walaupun masa tu tekak nie dah rasa perit2 + bersin pun sudah berkali2 tapi, semangat nak beraya tu tetap membara, hokay..!

~ Rumah pertama yang kami terjah adalah rumah Kak Ju. Kak Ju nie kawan sekolah kakak aku merangkap anak angkat mak aku. Eh! Aku rasa aku dah pernah story pasal Kak Ju nih sebab tahun lepas pun kami ada datang beraya ke rumah Kak Ju jugak.

~ Yang belah kiri pakai baju biru tu husband Kak Ju. Abang Sham namanya. Yang belah kanan sekali pakai baju ijo tu korang kenal tak? Ahaks3...

~ Slim jer Kak Ju nie tau! Walhal anak dah 3 ko! Jeles ah kak, noks! Hu3...

Makan2... sembang2... posing2... lepas tu, mintak diri dolulah sebab ada lagik rumah yang nak diterjah.

~ Rumah seterusnya yang jadik mangsa kitorang adalah rumah Kak Yati. Pun kawan sekolah kakak aku jugak. Rumah Kak Yati nie kat area Langkap nun. Tergagau2 jugak la mencariknya. 1st time datang beraya ke situ kan...

Kak Yati jamu nugget. Sodap plak makan nugget kat rumah orang. Heaven jer rasa... Ye la... time2 raya nie, dah selalu sangat kena jamu dengan ketupat, rendang, lemang, serunding bagai... Muak la pulak! Sekali-sekala orang jamu nugget, terus nak cakap kat orang tuh...

'Kelasss ko Maria..!'

Ha3... Tak abis2 dengan Maria ko tu kan..! Hiks...

Dapat terjah 2 buah rumah jer dolu. Lepas ke rumah Kak Yati, kitorang terus balik rumah mak. Hari tu hari Jumaat... Nak bagi laluan WAJIB pada kaum Adam untuk semayang Jumaat. 

Raya... raya jugak. Tapi, yang wajib dilupa jangan! Betul tak? ;)


:: Like3, ek! ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google