SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, January 15, 2014

BIHUN GORENG SINGAPORE IKUT RENTAKKU

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Memasak dengan penuh kasih sayang... tema kita hari ni ye, ibuk2 sekalian... Hiks...

Bahan2:-

1 bungkus bihun (dicuci bersih, direndam & ditoskan)
1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (dicincang)
3 biji cili padi (diketuk)
3 biji telur ayam
2 batang fishcake (dihiris)
Serbuk lada putih
1/2 biji kobis (dipotong)
2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
Garam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Pecahkan telur ayam.
2) Perasakan dengan serbuk lada putih. Kacau hingga menjadi scrambled egg. Angkat.
3) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
4) Masukkan kobis.
5) Perasakan dengan sos tiram & kicap manis.
6) Masukkan fishcake.
7) Masukkan bihun. Sebatikan.
8) Masukkan serbuk lada putih secukup rasa & garam jika kurang masin. Kacau rata. Angkat & hidangkan bersama scrambled egg tadi.

~ Bihun Goreng Singapore Ikut Rentakku

Hmmm... best kan lagu Ikut Rentakku by Jaclyn Victor tuh. Catchy je. I likeee... laju2 lah! ;)


:: Like3, ek! ::



4 comments:

Ayu azmir said...

perlu cuba... sedap tu... terima kasih kerana kongsi resepi...

ArELeEz said...

Ayu azmir,
masak dgn penuh kasih syg katanye.. confirm sodap! eceh! he3..

u're welcome..

Nieyxzha Hassan said...

lapar plak bila tgk mihun ni..huhu

ArELeEz said...

Nieyxzha Hassan,
tgk gambar mknn mmg buleh wat kite lapor, w/pon dh mkn kn? hiks..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google