SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, January 20, 2014

BARAKALLAH... MEMEM & YANA

Turn Memem pulak nak shake hand dengan Tok Kadi. Bertempat di Banting, Selangor.

Majlis akad nikah adalah belah petang, lepas solat Asar, buat kat masjid berhampiran. Sempat la nak refresh2 sekejap kat homestay yang disediakan. Cerita pasal homestay, next entry, ek! ;)

~ Memem kata, dia ok je time nih. Takde gedebak gedebuk sangat getaran di jiwa tuh. Maybe sebab dapat Tok Kadi yang agak cool, sporting & ada sense of humour kot.

Alhamdulillah... sekali lafaz je. Kitorang pulak yang neves lebih2! Memasing rasa senak peruk selagik saksi tak cakap sah. He3...

Barakallah... Memem & Yana... ;)

~ Putih jadik tema.

~ Pemberian mas kahwin untuk isteri terchenta.

~ Geng2 sesak napas yang dah tak sesak napas. He3...

~ Lepas nikah, ada jamuan sikit kat rumah pengantin pompuan. 

Actually, masa memula sampai pun dah ada jamuan. Means, sebelum tuan rumah tunjukkan lokasi homestay. Masa tu dalam pukul 3 petang macam tu. Pukul 5 ++ petang, jamuan lagik. Pendek kata, asik makan je la kerja kitorang hari tu. Kalau tak makan kang, katanya tak sudi pulak. Tak baik menghampakan pelawaan tuan rumah. Eceh! ;P

Perut ni toksah cerita la... Seperti ikan buntal terus! Adeh3...

Pukul 6.30 petang, terpaksa mintak diri sebab nak ke rumah Akim pulak kat Bukit Changgang. Akim kata 10 minit je. Tapi, rasa macam dah lama duduk dalam kereta tetap tak sampai2 lagik. Lebih kot dari 10 minit..! Fakta ke auta... hanya Akim yang tahu... Ha3... Hadoi!

Takde apa hal pun... Saja je menjengah ke rumah Akim & Normi. Rumah pengantin yang agak baru jugak la gitu..! Riuh-rendah jadiknya rumah Akim. Terkejut jiran2 agaknya. Ye la... selalu berdua senyap-sunyi je. Tetiba datang 1 gerombolan, terus gegak-gempita! Buat macam wilayah jajahan sendirik. Ha3...

Sempat pulak Akim buat promosi karpet. Alkesahnya... saudagar karpet tu tersilap letak harga. Karpet yang sepatutnya dijual pada harga 180 hengget, dia buat price tag 80 hengget. Lepas nego, dua2 pihak bersetuju pada harga 100 hengget. Kat Akim je saudagar karpet tu jual 100 hengget. Macam pakatan gitu..! 

Bila dah dengar macam tu, Cik Am bukak la order. Order yang disertai dengan duit. Order lisan tapi, takde duit takkan dilayan. Maknanya serious buyer je la. Ha3...

Aku order 1 untuk Mak. Lembut & tebal. Mak pun suka. ;)

Membuat kepohchi, menggossip & menghabiskan 1 jag air oren & chow. Perlu pantas bergerak sebab malam ada misi makan2 lagik. ;P


:: Like, ek! ::



2 comments:

Unknown said...

makan kenduri ,jalan2 siap beli karpet..memsng aktiviti kegemaran orang perempuan la..hehhe

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

diana,
xsyak lagik! heh3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google