*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)
Dah nak dekat lunch ni, macam molek benor kalau ah kak update gambar makanan merangkap resepi kan. Boleh jugak dibuat pedoman & panduan. Eceh! Ke situ pulak perginya... Ha3...
Bahan2:-
5 ekor sotong (disiang, dicuci bersih & dipotong bulat)
5 tangkai kacang panjang (dipotong serong)
1/4 biji kobis (dipotong)
2 biji bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
5 biji cili padi (diketuk)
1 sudu sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kicap manis
3 helai daun limau purut
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air masak)
Air masak
Garam
Minyak masak
Cara2 Penyediaan:-
1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar, bawang putih & cili padi hingga naik bau.
2) Masukkan sotong.
3) Masukkan sos tiram, sos cili & daun limau purut.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan kacang panjang & kobis.
6) Perasakan dengan sedikit garam.
7) Masukkan tomato.
8) Tuangkan bancuhan tepung jagung. Sebatikan. Angkat & hidangkan.
~ Sotong Paprik Jebat-Mastura |
Sambil masak, sambil feeling2 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'. Owhhhh... Abang Jebat... Ahaks3...
:: Like3, ek! ::
2 comments:
amboi..tajuk tak menahan.... hihi
♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
tajuk yg 'ratu sinetron' sgtt..! ha3..
Post a Comment