SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, January 13, 2014

AYAM KICAP BEREMPAH MASIHKAH KAU INGAT

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Mari memasak..! Eceh! ;P

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong, dicuci bersih & ditoskan)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai cili merah (dihiris serong)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kicap manis
1 keping asam keping
1/2 peket kecil serbuk rempah kari ayam
Minyak masak
Air masak
Kicap masin

Bahan2 Kisar:-

1/2 inci halia
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ayam dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
3) Masukkan serbuk rempah kari ayam. 
4) Tuangkan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
5) Perasakan dengan kicap manis, masin & asam keping.
6) Masukkan ayam yang telah dogoreng tadi
7) Masukkan bawang besar & cili merah. Masak seketika. Angkat & hidangkan.

~ Ayam Kicap Berempah Masihkah Kau Ingat

Simple & sonang! Sekejapan je... dah boleh bagi suami makan dengan penuh kasih & sayang. Hiks...


:: Like3, ek! ::



2 comments:

Ayu azmir said...

nampak sedap tu

ArELeEz said...

Ayu azmir,
alhamdulillah.. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google