SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, January 2, 2014

ROTI TELUR GOYANG WITH BAKED BEANS

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Jenuh menggoogle nak buat mende alah nih! Bukanlah poyo tapi, sebab nak pahamkan betul2 teknik memasaknya tuh. Eh, poyo pun ada jugak kot! Ha3...

Portion untuk 2 pinggan / set.

Bahan2:-

2 keping roti potong Delicia Choco Raisin Grdenia 
2 biji telur ayam
1 tin baked beans
Sos cili
Mayonis
Marjerin
Daun ketumbar
Serbuk lada hitam

Cara2 Penyediaan:-

1) Sapukan marjerin pada bahagian atas roti potong.
2) Buat lubang di tengah roti potong menggunakan acuan. 
3) Cairkan marjerin di dalam pemanggang ajaib atau yang sespesis dengannya.
4) Bakar roti potong dengan api yang kecil.
5) Pecahkan telur ayam ke dalam lubang yang telah dibuat tadi. 
6) Taburkan dengan serbuk lada hitam. Tutup pemanggang ajaib.
7) Bila telur ayam mengeras, angkat & taburkan dengan sedikit daun ketumbar. 
8) Panaskan baked beans. Angkat dan hidangkan bersama roti telur goyang, mayonis & sos cili.

~ Roti Telur Goyang with Baked Beans

Kepingan roti yang dikeluarkan dari lubang tu jangan dibuang pulak. Bakar & hidangkan sekali. Tak baik membazir wooo... ;)


:: Like3, ek! ::



4 comments:

mie said...

makan sambil dengar lagu goyang inul baru feeling skit..
ehehehee

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

ArELeEz said...

mie,
actually, xde kaitan tu. tp, ok jerr..

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
lap air liur tu. hiks..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google