SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, October 10, 2013

TOMYAM AYAM BROWN BEECH MUSHROOM

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Tekak ni nak makan yang masam2 untuk dinner. So, moh kita buat tomyamlah! ;)

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong kecil, dicuci bersih & ditoskan)
4 helai daun limau purut
5 biji cili padi (diketuk)
1 peket brown beech mushroom (dibuang bahagian bawah & dicuci bersih)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1/2 ketul kiub tomyam Knorr
1 batang serai (diketuk)
3 sudu jus limau nipis
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
Minyak masak
Air masak
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar, putih & serai hingga naik bau.
2) Masukkan ayam. Masak sehingga ayam kecut.
3) Tuangkan air masak secukupnya.
4) Masukkan kiub tomyam Knorr.
5) Perasakan dengan garam & jus limau nipis.
6) Masukkan lobak merah & daun limau purut. 
7) Masukkan brown beech mushroom & cili padi. Masak seketika. Angkat & hidangkan.

~ Tomyam Ayam Brown Beech Mushroom. Cer try makan dengan nasik panas2 + telur dadar... huh... baru ko tau tinggi rendahnya langit tuh! Eh! Ha3...

Aku beli brown beech mushroom tu kat TF. Eh, asik nak up nama TF je kan..! Sikit2 TF... Sikit2 TF... Macam duta pulak kekdahnya... Heh3...


:: Like3, ek! ::




2 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

plating ngan cili tu buat lagi nampak mengancam :)

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
nk wat camne.. sambil masak, sambil berangan masuk masterchef. ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google