SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, October 7, 2013

PARATHA ROLL & FRIES WITH BLACK PEPPER SAUCE

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez

Dah pernah masak sebelum2 ni. Tapi, dimix & matchkan pulak.

Bahan2 Paratha Roll:-

2 keping roti paratha frozen
2 biji telur ayam
1 biji bawang besar (dicincang)
Mayonis
Garam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Paratha Roll:-

1) Panaskan minyak. Masak roti paratha hingga garing. Angkat.
2) Pecahkan telur ayam ke dalam mangkuk. Perasakan dengan garam. Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga naik bau.
3) Tuangkan bancuhan telur ayam. Buat telur dadar. Angkat & letak di atas roti paratha tadi.
4) Letakkan sedikit mayonis di atas telur dadar. Gulung roti paratha & letakkan di dalam pinggan.

Bahan2 Black Pepper Sauce:-

2 batang sosej ayam (dipotong dadu)
3 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar (dicincang)
1 biji bawang putih (dicincang)
1 1/2 sudu mentega
1/2 cawan susu cair
2 sudu kicap masin
1/4 ketul kiub ayam Knorr
1 sudu serbuk lada hitam
Air masak

Cara2 Penyediaan Black Pepper Sauce:-

1) Cairkan mentega. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan tepung gandum. Kacau seketika.
3) Tuangkan susu cair.
4) Masukkan sosej ayam.
5) Tuangkan sedikit air masak jika terlalu kering.
6) Perasakan dengan kicap masin, kiub ayam & serbuk lada hitam. Kacau rata. Angkat & tuangkan ke atas paratha roll.

~ Paratha Roll & Fries with Black Pepper Sauce. Fries tu 'watak extra' je. Kalau nak, bubuh. Kalau tak nak, tak payah susah2 nak menggoreng.

Memasak pun kena kreatif & inovatif jugak. Va3..!!! Mentang2 la tengah ber-Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) kan... Heh3...


:: Like3, ek! ::



4 comments:

mie said...

fuyoo...
siap black pepper sauce tu..
sedap2..
ehehhee

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

wa sedapnya.....bila la nak dapat rasa masakan leez ni ...hihi :)

ArELeEz said...

mie,
yg penting tekak we ols buleh menerimanye. ;P

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
alaa.. bese2 je.. hasil amatur kan.. he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google