SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, October 18, 2013

GELAMA MASAM LADA HITAM ALA CONFINEMENT

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Hari tu, ada beli ikan gelama masam kat Pasar Tani. Hmmm... tetibe je rasa nak makan lauk orang dalam pantang. ;P

Bahan2:-

2 ekor ikan gelama masam (dicuci bersih & ditoskan)
1 batang carrot (dipotong memanjang)
1 biji bawang besar (dipotong baji)
4 biji bawang putih (diketuk)
1 inci halia (dihiris)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan ikan gelama masam, bawang besar, putih & halia ke dalam periuk.
2) Tuangkan air masak sehingga ikan gelama masam tenggelam (pass2 je tau!) & renehkan.
3) Masukkan carrot.
4) Perasakan dengan serbuk lada hitam & serbuk kunyit.
5) Bila mendidih, terbalikkan ikan gelama masam perlahan2.
6) Reneh hingga kuahnya agak kering & carrot empuk. Angkat & hidangkan.

~ Gelama Masam Lada Hitam ala Confinement

Cer try makan dengan nasik panas2... perrgghhh... mak mertua lalu sambil tercuit2 bahu kita pun kita boleh buat dek je tau! Owh... amponkan kita wahai, mak mertua..! Ha3...


:: Like3, ek! ::



6 comments:

Wak Gelas said...

sodappnyer makk.,ahhKs

mie said...

ikan gelama masam?
xde ke yang manis..
ehehehee

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

hahahha...tapi tengok gambar pun menyelerakan ..yummy :P

ArELeEz said...

Wak Gelas,
buleh la.. wat alas perut.. he3..

ArELeEz said...

mie,
ntah! xpenah jumpe lagik yg manis.

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
klu kene dgn nasik panas2, mmg menyelerakn jugak! he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google