SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, October 8, 2013

IKAN KAYU SOS LIMAU PURUT BOTINGKEK

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Kita terus je la kepada resepi, ek! Kojo sonang... ;P

Bahan2:-

1 ekor ikan kayu
1 sudu tepung serbaguna
1 helai daun limau purut (dihiris halus)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
5 biji cili padi (dipotong kecil)
1/2 sudu sos tiram
1 keping asam keping
1/4 ketul kiub ayam Knorr
1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air masak)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Gula
Garam
Minyak masak
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ikan kayu dengan serbuk kunyit, sedikit garam & tepung serbaguna. Panaskan minyak. Goreng ikan kayu hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, putih & cili padi hingga naik bau.
3) Masukkan kiub ayam Knorr.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan sos tiram. 
6) Perasakan dengan asam keping, sedikit garam & gula.
7) Tuangkan bancuhan tepung jagung. 
8) Masukkan daun limau purut. Sebatikan. Angkat & tuang ke atas ikan kayu yang telah digoreng tadi. Hidangkan.

~ Ikan Kayu Sos Limau Purut Botingkek. 

Jangan gediks2 nak tanya, pasal apa jadik 'botingkek'. Yang iyenya, tuan tanah kedaung dah syiok kat lagu W.A.R.I.S tu, haaa..! 

Harap maklum. ;P

~ Aku masak Ikan Kayu Sos Limau Purut Botingkek ngan pucuk paku merah tumis tu je. Yang lain semua Mak tapau.

Mak tido kat rumah aku hari tu. Meriah betul lauk! Kenyang sangat, noks! Lepas makan, berguling2. Hadoiiyaiiinyapon! ;P


:: Like3, ek! ::



4 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

haah...lagu waris tu sodap...kite pun minat ...hahahahha

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
'duek den botingkek2.. la3..' eh, t'menyanyi plak! ha3..

lily lotus said...

saya tengok pun tumpang kenyang :D

ArELeEz said...

lily lotus,
cuci mata, ek? he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google