SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, October 11, 2013

MURTABAK MAGGI LOVE U MR ARROGANT!

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Lama dah nak try buat. Baru sekarang ada kekuatan. 

Ecewah! Macam nak pergi berjuang je bunyiknya. Hiks...

Hmmm... abaikan... Tuan tanah kedaung kan memang suka over2... ;P

Bahan2:-

2 tangkai cili merah (dibuang biji & dipotong kecil)
2 bungkus mee segera Maggi perisa kari
1 biji bawang besar (dicincang)
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 mangkuk kecil isi ayam
4 biji telur ayam
Minyak masak
Garam
Sos cili

Cara2 Penyediaan:-

1) Celur mee segera hingga lembut. Angkat & toskan.
2) Masukkan cili merah, bawang besar, isi ayam, ubi kentang, sedikit garam & serbuk perisa kari Maggi kari yang digunakan ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
3) Masukkan mee segera yang telah dicelur tadi & telur ayam ke dalam mangkuk adunan. Sebatikan.
4) Panaskan minyak. Tuang adunan tadi ke dalam kuali non-stick. Ratakan. 
5) Masakkan di kedua-dua bahagian. Angkat & hidangkan dengan sos cili.

~ Pakai pemanggang ajaib ni pun boleh jerrr... Lagik senang! Tak payah nak terbalik2kan murtabak tuh. Just terbalikkan pemanggang ajaib tu je. Confirm tak berkecai.

Kalau takde non-stick pan / pemanggang ajaib / microwave, pakai kuali biasa pun bolehhh... Belasah je. Asalkan boleh dimakan gitu..! 

~ Murtabak Maggi Love U Mr Arrogant! Eceh! Ha3...

Makan sambil tengok kesah cinta 'Zaara Amirah' dengan 'Zafriel Irham'. Perrgghhh..!!! Terbahek kot..! He3...


:: Like3, ek! ::



8 comments:

mie said...

perrgghh..
sodap ni...
nk order boleh?
hihihi

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

apesal ramai yang wat entry murtabak meggi ni? alaaaaa .....nak kna wat jugak camni...sbb teringin...hihi

Mrs Mikko said...

bestnyaaaa lah layan bnda ni smbil tgk drama mr arrogant tuuuu...
ah, nikmat!

wahida said...

aku pernah buat tapi org2 dlm rumah aku tu tak mkn sgt....dorang lagi suka kalau mkn megi yg berkuah mcm biasa tu...huhu...

ArELeEz said...

mie,
buleh! order je la. tp, sampainye xtau la tahun bile?! ha3..

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
musim murtabak maggi kot. xpun, musim poket kering xmampu nak beli nasik b'lauk maka mkn murtabak made from maggi je la.. ha3..

ArELeEz said...

Mrs Mikko,
semustinye nikmat yg xt'hingga! he3..

ArELeEz said...

wahida,
tepuk dada, tanye selera kekdahnye.. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google