SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, October 27, 2013

ASAM PEDAS DAGING KORBAN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

'Import' daging yang dah siap Mak rebus. Kojo sonang. He3...

Bahan2:-

1 mangkuk daging cincang (direbus & ditoskan)
2 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
3 helai daun limau purut
7 batang kacang bendi
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 tangkai daun kari 
Garam
Gula
Air masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 inci halia
10 tangkai cili kering

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, putih, daun kari & serai hingga naik bau.
2) Masukkan bahan2 kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3) Masukkan daging cincang. Masak hingga daging kecut.
4) Tuangkan air masak secukupnya. 
5) Masukkan kacang bendi & daun limau purut. Masak hingga daging empuk.
6) Perasakan dengan asam keping, garam & gula. Masak seketika. Angkat & hidangkan.

~ Asam Pedas Daging Korban

Ermmm... dappp... Eceh! ;P


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 24

Breakfast:-

1 senduk bihun goreng Singapore + 1 biji telur mata + air masak
Breakfast kat Medan Selera Sri Sayang, City Mewah.

Minum pagi:-

1 biji buah limau + air masak

Lunch:-

1 mangkuk nasik putih + 1 ekor ikan goreng + 2 sudu kacang tumis + air masak
Tapau jerrr...

Minum petang:-

Tak sempat tapau apa2. Air masak pun bollehhh... la...

~ Dinner: 1 mangkuk kecik asam pedas daging + 1/2 keping roti paratha + air masak

Hmmm... dah kurus sikit kot... Eceh! Ha3...


:: Like3, ek! ::



CENCARU SAMBAL BELACAN TAKKAN TERPISAH

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Stok terakhir ikan cencaru...

Bahan2:-

3 ekor ikan cencaru (disiang & dicuci bersih)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji cili padi (sebagai hiasan)
5 tangkai kacang panjang (dipotong serong)
2 sudu sambal belacan
1 sudu serbuk kunyit
1 keping asam keping
Garam
Minyak masak
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ikan cencaru dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng ikan cencaru hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga naik bau.
3) Masukkan sambal belacan.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan kacang panjang.
6) Perasakan dengan asam keping & sedikit garam.
7) Masukkan ikan cencaru yang telah digoreng tadi. Sebatikan. Angkat, hias dengan cili padi & hidangkan.

~ Cencaru Sambal Belacan Takkan Terpisah

Makan dengan nasik panas2... perrgghhh..!!! Ratah pun bollehhh... ;)


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 23

Breakfast:-

1 bungkus nasik lemak + air masak
My 'sayang' tapau nasik lemak tuh. Kecik comel je. Tapi, zaman sekarang kecik comel pun dah 60 sen jugak kot..! Dulu2 zaman aku kecik2, 60 sen boleh dapat 2 bungkus.

Minum pagi:-

Togok air masak sambil ngadap pc jerrr...

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ayam goreng tepung + 1/2 biji telur masin + 2 sudu kobis tumis + air masak
Eh, meriah jugak lauk diet katanya... nih! Ha3...

Minum petang:-

Togok air masak lagik...

~ Dinner: 1 ekor cencaru sambal belacan + air masak

Ntah berkesan ntah tidak diet macam ni. Aci belasah je, sebenornya... Teori: Tak amik carbo di waktu malam boleh turunkan berat badan. Begitu...

Teringin jugak nak try Atkins Diet. Macam best je kan... Hmmm... tengoklah macam mana nanti. 


:: Like3, ek! ::



Saturday, October 26, 2013

MY SPACE

Bukan myspace yang social network tu tau! Tapi, my space untuk diri sendirik. Maksudnya, sudut / ruang faveret untuk diri sendirik. Hah, paham kan? ;P

~ & inilah my space ah kak... 

Ruang tamu merangkap tempat beristirehat... merangkap bersantai... & tempat untuk berkarya jugak. Berblogging tu macam berkarya jugak la kiranya kan... Wording harus power! Baru la ada ummpphhh!!! Heh3...

'My Space' korang kat mana pulak? ;)


:: Like3, ek! ::



Friday, October 25, 2013

MISI SAMBAL BELACAN

Cerita Jumaat lepas...

Tengahari... time lunch hour... biasa la... musti nak 'main masak2' je kerjanya. Isteri mithali kata ko! Eceh! Pui!

Malam tadinya, sebelum tido dah siap2 pikir dah, nak masak apa untuk tengahari Jumaat tuh. Persiapan awal kekdahnya... ;P 

Nasik putih + ikan cencaru goreng + ikan masin goreng + sayur manis kacang panjang & carrot pun can do kot..! Tapi, macam tak kicklah kalau takde sambal belacan kan... SAMBAL BELACAN, hokay..! Diulang suara... SAMBAL BELACAN! 

Eh, korang jangan nak buat muka confuse, ek pasal sambal belacan tuh! Sebab ah kak lagik la confuse kot..! Memang jarang sangat buat sambal belacan sendirik. Asal nak try buat je, neves! Asal neves je, nak try buat! Kadang2 hampir2 dengan symptom parkinson dah. Hu3... Neves betul!

Tapi, takpe... Anggap je sebagai 1 cabaran! Eceh! Sambal belacan pun nak ber-cabaran2 bagai kan... Over sangat tau! Ha3... 

~ & akhirnya... terhasillah sambal belacan ini..! Nan hado google2 tau! Aci common sense je. Terus merasa sangat hebak! Ha3...

Konsep dia adalah berpikir dengan bijak. Contoh:-

"Nak buat sambal belacan, musti la kena ada belacan kan... Belacan tu pulak musti la kena bakar dulu kan... Tapi, yang ni takde problem sebab aku pakai belacan yang dah siap2 dibakar tu. Beli kat Melaka kot. Lepas tu, dah namanya pun sambal so, musti la kena pedas2 kan... Kalau nak pedas harus la kena ada cili padi. Campur sikit dengan cili merah sebab Mak pernah cakap, kalau nak balancekan tahap kepedasan, campurkan je dengan cili merah. Bubuh bawang sikit... Lepas tu, perah jus limau, kasik rasa masam2 sikit. Garam tak perlu sebab dalam kes ni, belacan yang aku pakai tu dah sedia masin. Hmmm..."

Wah, pakai 'kes' segala, noks! Macam thesis pulak. Ha3...

~ LOTD... samadengan Lunch Of The Day... ;)

Alhamdulillah... 

Misi sambal belacan berjaya..!!! Hiks...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, October 23, 2013

SEPUTIH ANZALNA NASIR...

Geram betul tengok jerawat kat dagu nih! Rasa nak nyahkan dan2 tu jugak! Mencik!!!

Jerawat kalau nak tumbuh kat muka aku ni, memang tang dagu ni la port faveret dia. Tak syak lagik!

Kat pipi ke... kat dahi ke... hidung ke.., jarang sangat dia nak tumbuh. Maybe sebab kat dagu tu oily sikit kot... Memang habitat dia sangat la kan...

Hmmm... tak kesah la kat ceruk mana pun... tapi, kalau dah namanya jerawat, memang tak boleh blah!

~ Maka dengan itu, aku terjebak dengan Cetaphil nih. Laju2 mendapatkannya kat Guardian tu, haaa..!

Bukan aci beli redah gitu je tau! Kita google2 dulu, tengok2 testimoni, dah confident baru beli. Pengguna bijak kan? Heh3...

Harap2 berkesan. Fuh3!!!

Siapa tau muka ah kak boleh jadik putih melepak licin2 macam muka 'Dee'... eh, Anzalna Nasir tuh! Doa2kan, ek! Hiks...


:: Like3, ek! ::



Friday, October 18, 2013

GELAMA MASAM LADA HITAM ALA CONFINEMENT

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Hari tu, ada beli ikan gelama masam kat Pasar Tani. Hmmm... tetibe je rasa nak makan lauk orang dalam pantang. ;P

Bahan2:-

2 ekor ikan gelama masam (dicuci bersih & ditoskan)
1 batang carrot (dipotong memanjang)
1 biji bawang besar (dipotong baji)
4 biji bawang putih (diketuk)
1 inci halia (dihiris)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan ikan gelama masam, bawang besar, putih & halia ke dalam periuk.
2) Tuangkan air masak sehingga ikan gelama masam tenggelam (pass2 je tau!) & renehkan.
3) Masukkan carrot.
4) Perasakan dengan serbuk lada hitam & serbuk kunyit.
5) Bila mendidih, terbalikkan ikan gelama masam perlahan2.
6) Reneh hingga kuahnya agak kering & carrot empuk. Angkat & hidangkan.

~ Gelama Masam Lada Hitam ala Confinement

Cer try makan dengan nasik panas2... perrgghhh... mak mertua lalu sambil tercuit2 bahu kita pun kita boleh buat dek je tau! Owh... amponkan kita wahai, mak mertua..! Ha3...


:: Like3, ek! ::



BANYAKNYA ULAT!

Rumah dah kemas. Kain berkepuk2 dalam basket yang belum berlipat pun dah hilang. Macam magic! Sedap mata memandang... 

Memasak..? 

Owh... tak payah... sebab leftover lunch tengahari tadi ada lagi. Habiskan mana yang ada dulu. Tak baik membazir. Plus, my 'sayang' dah siap makan dah pun... sebelum Maghrib tadi. Aku tumpang sesuap je. Nak diet kata ko! Ecewah! ;P

Bersantai dengan my 'sayang' sambil tengok Tanah Kubur. 

Eiiyarrkkhhh..!!! Banyaknya ulat! Hu3...


:: Like3, ek! ::



Friday, October 11, 2013

MURTABAK MAGGI LOVE U MR ARROGANT!

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Lama dah nak try buat. Baru sekarang ada kekuatan. 

Ecewah! Macam nak pergi berjuang je bunyiknya. Hiks...

Hmmm... abaikan... Tuan tanah kedaung kan memang suka over2... ;P

Bahan2:-

2 tangkai cili merah (dibuang biji & dipotong kecil)
2 bungkus mee segera Maggi perisa kari
1 biji bawang besar (dicincang)
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 mangkuk kecil isi ayam
4 biji telur ayam
Minyak masak
Garam
Sos cili

Cara2 Penyediaan:-

1) Celur mee segera hingga lembut. Angkat & toskan.
2) Masukkan cili merah, bawang besar, isi ayam, ubi kentang, sedikit garam & serbuk perisa kari Maggi kari yang digunakan ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
3) Masukkan mee segera yang telah dicelur tadi & telur ayam ke dalam mangkuk adunan. Sebatikan.
4) Panaskan minyak. Tuang adunan tadi ke dalam kuali non-stick. Ratakan. 
5) Masakkan di kedua-dua bahagian. Angkat & hidangkan dengan sos cili.

~ Pakai pemanggang ajaib ni pun boleh jerrr... Lagik senang! Tak payah nak terbalik2kan murtabak tuh. Just terbalikkan pemanggang ajaib tu je. Confirm tak berkecai.

Kalau takde non-stick pan / pemanggang ajaib / microwave, pakai kuali biasa pun bolehhh... Belasah je. Asalkan boleh dimakan gitu..! 

~ Murtabak Maggi Love U Mr Arrogant! Eceh! Ha3...

Makan sambil tengok kesah cinta 'Zaara Amirah' dengan 'Zafriel Irham'. Perrgghhh..!!! Terbahek kot..! He3...


:: Like3, ek! ::



OVER TAK WE OLS?

Cinta Jannah dah habis. Hmmm... tak tengok sangat pun. Sebab tak minat kat Aeril Zafrel tuh. Bukan sebab kontroversi dia dengan Wawa Zainal sekarang. Tapi, sebab memang tak berapa minat kat acting dia. Tak feel lah! Macam kalau scene nangis / syahdu2 tu, dia tak berapa sampai. Macam fake sangat. Kan3..???

Nelydia Senrose takde masalah. Suka je. ;)

Kalau la hero dia 'Zain'... eh, Zain pulak! (Terpengaruh dengan Setia Hujung Nyawa la nih. He3...) Amar Asyraf la nama dia... kan ke best! Sesuai kot. Plus, feel je mengtengoknya. Ada chemistry kata omputih. ;P

Sekarang, Love You Mr Arrogant pulak. Suka sebanyak lapanplohratuskali! Siap nak melompat bintang lagik! Suka terlampau kata ko! Ha3...

~ Credit to: wowberita

Cerita dia tak poyo, storyline pun tak berpusing2 macam Cinta Jannah. Senang sistem otak nak adapt. Nak2 pulak hero ngan heroin memang ngam ho! Si Zara Zya tu... walaupun macam jarang2 jadik main role tapi, acting dia baguslah! Comel je. Sedeh pandai... kelam-kabut pandai... maki-hamun pun boleh tahan jugak! ;P

Sama la dengan si Azlee Khairi. 'Arrogant' habis!

Ada Anzalna Nasir pulak tuh. Eh, kita peminat Anzalna Nasir tau, you ols. Dia berlakon jadik Dee dalam Adam & Hawa (antagonis) pun kita suka jerrr... He3...

Aku dengan my 'sayang' memang layan cerita nih. Siap PVR-kan lagik..! Ha3... Poyo!

Bila tiba scene mama Irham (Norish Karman) ke... Sherry (Hanez Suraya) ke... kakak Irham (Aisyah Ilyas) ke... musti my 'sayang' stress! Terus dia on Candy Crush Saga. Ha3...

Aku pulak tukang bebel. Kengkonon bebel kat Pengarah kata, 'Apakejadah ko suruh watak tu jadik begitu... begini...? Tak boleh ke kalau scene Zaara Zya ngan Azlee Khairi je dalam 1 jam tuh? Bla3...' 

Ha3... Over tak we ols? Ngalahkan juri Akademi Fantasia 2013. Hadoi! 


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 22

Breakfast:-

1 senduk mee goreng + 1 keping telur mata masak pedas + air masak
Makan kat Medan Selera Seri Sayang, City Mewah. Dengan my 'sayang' la... belahan jiwaku... Siapa lagik kan... ;)

Minum pagi:-
Nan hado..! Hu3...

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ayam goreng tepung + 1/2 biji telur masin + 2 sudu acar timun & nanas
My 'sayang' tapaukan kat Anjung Seri. Ermmm... dappp... ;P

Minum petang:-
Nan hado jugak! Bertemankan air masak je lah.

~ Dinner: 1 keping roti paratha cicah gelama masam lada hitam nih + air masak. Cicah sikit2 je, amik rasa.

Sekian...


:: Like3, ek! ::



Thursday, October 10, 2013

PERUT YANG MEMBULAT

Tajuk suspen wooo..! Hiks...

Weekend lepas la... we ols berjalan2 carik pasal. Bawak Mak & Nenek. Gerak hari Jumaat, malam. 

Eh, belum cerita lagik, ek nak ke mana? Haish! Yappedaaa..?!! ;P Plus, apa ke pulak kaitannya dengan 'Perut Yang Membulat' tuh? 

Sabor2... Bawak bertendang. Baca dulu sampai khatam, baru tau apa cerrr... nya! ;P

Nak ke rumah Uda, actually. Mak ajak. We ols is ok jerrr... Kebetulan my 'sayang' tak berapa busy kan... Why not?! 

Eceh! Cakap omputih pulak dia. He3...

Singgah RNR Ulu Bernam je... supper. Then, teruskan perjalanan...

Sampai rumah Uda kat Sungai Buluh dalam pukul 10++ malam. Uda dah siap masak. Ada nasik putih, ikan masin goreng, sambal ayam & sup ayam. Heavy supper untuk kali ke-2. Owh3...

Tak payahlah nak rasa menyesal. Anggap je setiap suapan yang membawak ke 2 pinggan tu sebagai menjaga hati Uda. Kesian Uda penat2 masak kan... Va3..!!! Ayat reverse psycology dah keluar dah. Ha3...

Esoknya, Nenek ajak ke rumah Andak pulak. Lunch kat rumah Andak. Nasik putih, ikan tuna masak taucu, sambal ayam, ayam goreng berempah & taugeh tumis. Terbahek dari ladang..!

Pukul 3 petang dah gerak balik ke Teluk Intan. Tak boleh nak bersuka-ria sampai hari Ahad sebab my 'sayang' ada kerja. Takpe. Jadik la tu... Next2 time, boleh jalan2 lagik. In shaa Allah... ;)

Bulat betul perut kitorang walaupun tak sampai 2 hari berjalan2. Dah makan je kerjanya! Kalau lebih dari 2 hari, macam mana la agaknya keadaan perut? Doraemon pun takmo kawan kot! He3...


:: Like3, ek! ::



TOMYAM AYAM BROWN BEECH MUSHROOM

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Tekak ni nak makan yang masam2 untuk dinner. So, moh kita buat tomyamlah! ;)

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong kecil, dicuci bersih & ditoskan)
4 helai daun limau purut
5 biji cili padi (diketuk)
1 peket brown beech mushroom (dibuang bahagian bawah & dicuci bersih)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1/2 ketul kiub tomyam Knorr
1 batang serai (diketuk)
3 sudu jus limau nipis
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
Minyak masak
Air masak
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar, putih & serai hingga naik bau.
2) Masukkan ayam. Masak sehingga ayam kecut.
3) Tuangkan air masak secukupnya.
4) Masukkan kiub tomyam Knorr.
5) Perasakan dengan garam & jus limau nipis.
6) Masukkan lobak merah & daun limau purut. 
7) Masukkan brown beech mushroom & cili padi. Masak seketika. Angkat & hidangkan.

~ Tomyam Ayam Brown Beech Mushroom. Cer try makan dengan nasik panas2 + telur dadar... huh... baru ko tau tinggi rendahnya langit tuh! Eh! Ha3...

Aku beli brown beech mushroom tu kat TF. Eh, asik nak up nama TF je kan..! Sikit2 TF... Sikit2 TF... Macam duta pulak kekdahnya... Heh3...


:: Like3, ek! ::




'SAWADEE KAP...'

Pukul 8++ malam, bawak Mak shopping groceries. My 'sayang' drive. Malam2, mata ah kak ni manjas lebih... Silau. Tak berapa dibenarkan untuk mengdrive. Isteri kesayangan katanya, weh..! Ahaks3...

Shopping kat mana lagik kalau bukan kat TF kan... Boleh jimat banyak kata ko! 1 troli penuh dengan barang2 keperluan Mak & aku, bajet dalam 200 hengget je. Cukup stock untuk sebulan... even kadang2 berlebih jugak membawak ke berbulan2. So, memang TF di hati kami lah. ;)

On the way balik nak hantar Mak, singgah dinner dulu. Jenuh pikir nak makan kat mana. Ketandusan idea di situ..! Tetibe... tinggg..!!! Aku ngan my 'sayang', dua2 pun teringat kat 1 restoran baru, area Kampung Bahagia. Actually, bangunan restoran tu dah lama jugak. Tapi, baru tukar owner. Thailand d' Seafood nama dia.

~ Kitorang makan nasik putih berlaukkan kerapu masak pedas, tomyam campur, kailan ikan masin & telur dadar. Dengan 3 jenis air berbeza iaitu sirap bandung laici, lai chi kang suam & nescafe ais, total semua samadengan 40 hengget which is aku rasa sangat reasonable + murah. Korang rasa murah tak?

Servis: 5/5 (Markah penuh sebab cepat & mesra alam)
Taste: 4/5 (Sodap cuma tomyam tu je manis sikit. Tapi, still boleh layan la...)
Kebersihan: 4/5 (Bagus! Takde nyamuk walaupun open air)
Lokasi: 5/5 (Senang nak jumpa / carik sebab kat tepi jalan utama je)
Fasiliti: 3/5 (Aku kasik rating dari segi parking lot. Quite luas la...)

Nak trykah? Kalau nak, jemput datang ke alamat berikut:-

Thailand d' Seafood
Kampung Bahagia
36000 Teluk Intan, Perak

Kalau dari Teluk Intan, restoran ni belah kanan korang. Betul2 kat area selekoh yang ada traffic light tuh. Harap direction ni membantu. He3...

'Sawadee kap...'

Eh, tetibe! Ha3...


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 21

Breakfast:-

1 senduk kueteow goreng + 2 sudu sambal ayam kicap + air masak
Breakfast together2 dengan my 'sayang' kat Ramli Selera Kampung, City Mewah.

Minum pagi:-

1 biji epal merah + air masak
Krup krap krup krap... aku makan epal merah tuh. Rangup!

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan gelama goreng + 1 sudu nangka masak lemak + air Ribena Nata de Coco ais
Terjebak pulak minum ais sebab haus sangat...

Minum petang:-

Takde kudapan sebab macam kenyang je lagik kan...

~ Dinner: Tomyam Ayam Brown Beech Mushroom + air masak. Homemade.

Misi Tiz@Nelydia Look Alike terus berjalan walaupun... *tddmka*

Tsk3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, October 9, 2013

WORDLESS WEDNESDAY #42: BUFFET RAMADAN

~ Kak Yong baru potong rambut.

~ Camwhore sorang2 dalam kereta.

~ Tisu sebagai bukti. He3...

~ Mak yang always comel. ;)

Kenangan buffet Ramadan kat Hotel Seri Malaysia Ipoh... Sweet! ;)


:: Like3, ek! ::



IKAN TAMBAN BERSULAM KACANG PANJANG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Beli ikan tamban kat Pekan Rabu. Cantik2 ikan tambannya. Moh la menggodek2 ikan tamban tersebut sebelum ia berkulapuk di dalam fridge. ;P

Bahan2:-

1 mangkuk kecil ikan tamban (dicuci bersih & ditoskan)
10 biji cili padi
7 tangkai kacang panjang (dipotong)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dicincang)
Kicap manis
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng ikan tamban hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
3) Masukkan kacang panjang & cili padi.
4) Masukkan ikan tamban yang telah digoreng tadi.
5) Perasakan dengan kicap manis. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Ikan Tamban Bersulam Kacang Panjang

Simple! ;)


:: Like3, ek! ::



HARI MINGGU YANG BEKERJA

Tajuk entry tu macam rajin sangat... macam pekerja cemerlang sangat kan... Padahal... *tddmka*

Hadoi! 

Sumpah, tak rajin kalau bab2 nak kena bekerja di hujung minggu nih! Mencik! Tapi, 'Saya yang menurut perintah,' kan... Turun padang jugak la... Tsk3...

~ Pejam mata je tau tengok tarikh kat slide tuh. Lama punya cerita. Tau... Gasakkan je... ;P 

Dalam dok berchenta tak kose nak bekerja di hujung minggu tu, muka kitorang jugak la yang sampai awal. Means, muka2 srikandi negara (pompuan) gitu..! Sifat pompuan kot... mulut kata lain, hati kata lain, perlakuan pun ke lain. Eh, betul ke teori ah kak nih? Ha3... Gasakkan lagik..! ;P

~ Menggediks dengan Puan Athirah. Port pun kat belakang sekali! Rasa tenang sikit nak menggediks. Ahaks3...

Nama event adalah Lawatan Kerja Ke Koperasi Orang Melayu Kerajaan (SKOMK) Perak Berhad. Maknanya, kami bukanlah tuan rumah. Yang tuan rumahnya adalah koperasi seperti yang tersebut di atas tu, haaa..! Kami sekadar pemerhati merangkap pemeriah majlis gitu..!

~ Ada liputan dari media jemputan, RTM.

~ VVIP of the day... YB Drs. Mohd Nizar bin Zakaria (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Perak).

Program habis dalam pukul 5++ petang. Ada makan2 sikit. Spaghetti bolognaise dia sodap... roti jala cicah kari ayam sodap... castard pudding cocktail sodap jugak... veges samosa dia pun sodap! Haish! Pendek kata, semuanya sodap2 belakalah! & semua pun ah kak rasa. 

Memang dasar... sangat kan? Dasar pemakan yang jitu! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, October 8, 2013

IKAN KAYU SOS LIMAU PURUT BOTINGKEK

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Kita terus je la kepada resepi, ek! Kojo sonang... ;P

Bahan2:-

1 ekor ikan kayu
1 sudu tepung serbaguna
1 helai daun limau purut (dihiris halus)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
5 biji cili padi (dipotong kecil)
1/2 sudu sos tiram
1 keping asam keping
1/4 ketul kiub ayam Knorr
1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air masak)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Gula
Garam
Minyak masak
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ikan kayu dengan serbuk kunyit, sedikit garam & tepung serbaguna. Panaskan minyak. Goreng ikan kayu hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, putih & cili padi hingga naik bau.
3) Masukkan kiub ayam Knorr.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan sos tiram. 
6) Perasakan dengan asam keping, sedikit garam & gula.
7) Tuangkan bancuhan tepung jagung. 
8) Masukkan daun limau purut. Sebatikan. Angkat & tuang ke atas ikan kayu yang telah digoreng tadi. Hidangkan.

~ Ikan Kayu Sos Limau Purut Botingkek. 

Jangan gediks2 nak tanya, pasal apa jadik 'botingkek'. Yang iyenya, tuan tanah kedaung dah syiok kat lagu W.A.R.I.S tu, haaa..! 

Harap maklum. ;P

~ Aku masak Ikan Kayu Sos Limau Purut Botingkek ngan pucuk paku merah tumis tu je. Yang lain semua Mak tapau.

Mak tido kat rumah aku hari tu. Meriah betul lauk! Kenyang sangat, noks! Lepas makan, berguling2. Hadoiiyaiiinyapon! ;P


:: Like3, ek! ::



MUSIM BUAH & IKAN

Sekarang ni musim buah kot kan? Sebab masa aku balik kampung (rumah Mak) hari tu, mana yang tanam pokok rambutan ngan pelam, semuanya lebat berbuah. Menggamit betul! Ecewah! Perkataan skema dah keluar dah. Ha3...

Rumah mertua pun sama. Pokok pelam ngan rambutan berbuah dengan hebaknyalah! ;P

~ Musim ikan jugak kot, actually. Tengok je la Mak ni, posing dengan mende alah yang digunakan untuk tangkap ikan. Bahasa kampung aku adalah tempirai. Bahasa korang, tak tau pulak aku kan...

Definisi musim ikan kat kampung aku ni bukanlah macam kat kampung nelayan nun. Tapi maknanya, musim orang boleh carik ikan bendang macam ikan puyu, sepat, haruan bagai tu haaa..! Well... kampung I ols kan kampung jelapang padi kekdahnya...

~ My 'sayang' bukan carik ikan tau! Tapi, dok kutip buah pelam yang dia kait. Tertonggeng2 dia kat situ. He3...

~ Hasil tangkapan Mak & Nenek untuk petang tu. 

Sedeh! Sebab ikan bendang sekarang dah tak macam dulu2. Beza sangat dari segi saiz. Zaman aku kecik2 dulu, ikan dia punya la gedabak2! Nak memancing pun syiok. Tak macam sekarang, kecik2 cinonet je... Tapi, hanyir lebih. Kena basuh dengan limau, asam, tawas bagai... baru ok.

Aku syak, ikan2 ni dah terencat sikit tumbesarannya + hanyir sebab faktor persekitaranlah. Ye la kan... sekarang macam2 racun diorang dok sembur kat bendang. Dah tak natural. Chemical je semua. Hu3...

~ Eh, tukang carik pelam dah balik dengan senyuman! Ha3...

Errr... kampung korang macam mana pulak? Musim buah jugak ke?


:: Like3, ek! ::



Monday, October 7, 2013

PARATHA ROLL & FRIES WITH BLACK PEPPER SAUCE

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez

Dah pernah masak sebelum2 ni. Tapi, dimix & matchkan pulak.

Bahan2 Paratha Roll:-

2 keping roti paratha frozen
2 biji telur ayam
1 biji bawang besar (dicincang)
Mayonis
Garam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Paratha Roll:-

1) Panaskan minyak. Masak roti paratha hingga garing. Angkat.
2) Pecahkan telur ayam ke dalam mangkuk. Perasakan dengan garam. Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga naik bau.
3) Tuangkan bancuhan telur ayam. Buat telur dadar. Angkat & letak di atas roti paratha tadi.
4) Letakkan sedikit mayonis di atas telur dadar. Gulung roti paratha & letakkan di dalam pinggan.

Bahan2 Black Pepper Sauce:-

2 batang sosej ayam (dipotong dadu)
3 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar (dicincang)
1 biji bawang putih (dicincang)
1 1/2 sudu mentega
1/2 cawan susu cair
2 sudu kicap masin
1/4 ketul kiub ayam Knorr
1 sudu serbuk lada hitam
Air masak

Cara2 Penyediaan Black Pepper Sauce:-

1) Cairkan mentega. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan tepung gandum. Kacau seketika.
3) Tuangkan susu cair.
4) Masukkan sosej ayam.
5) Tuangkan sedikit air masak jika terlalu kering.
6) Perasakan dengan kicap masin, kiub ayam & serbuk lada hitam. Kacau rata. Angkat & tuangkan ke atas paratha roll.

~ Paratha Roll & Fries with Black Pepper Sauce. Fries tu 'watak extra' je. Kalau nak, bubuh. Kalau tak nak, tak payah susah2 nak menggoreng.

Memasak pun kena kreatif & inovatif jugak. Va3..!!! Mentang2 la tengah ber-Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) kan... Heh3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, October 2, 2013

WORDLESS WEDNESDAY #41: REDAH KASIK PECAH!!!

Suatu hari... kat TF...

~ Grab troli...

~ & queue.

Gara2 sampai awal. Eh, walaupun awal tapi, dah ramai yang queue tau! Hmmm... apa la 'ilmu' yang TF pakai kan... Bijak betul dia mengkopakkan poket I ols. Isk3... 

Eh, wordlesslah! Wordless! ;P


:: Like3, ek! ::



NASI GORENG CINA UDANG LIPAN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Memanfaatkan udang lipan yang my 'sayang' beli kat Sungai Haji Dorani tu...

Bahan2:-

10 ekor udang lipan (disiang, dicuci bersih & ditoskan)
2 batang sosej ayam (dihiris bulat)
5 tangkai kacang panjang (dipotong kecil)
1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (dicincang)
5 biji cili padi (dipotong)
1 mangkuk nasi putih
1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur ayam
Minyak masak
Serbuk lada putih
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur udang lipan dengan serbuk kunyit & sedikit garam. Panaskan minyak. Goreng udang lipan hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis cili padi, bawang besar & putih hingga naik bau.
3) Pecahkan telur ayam. Bila mengeras, kacau rata.
4) Masukkan kacang panjang.
5) Masukkan sosej ayam.
6) Masukkan nasi putih. Sebatikan.
7) Perasakan dengan garam & serbuk lada putih. Masak seketika dengan api perlahan. Angkat & hidangkan dengan udang lipan yang telah digoreng tadi.

~ Nasi Goreng Cina Udang Lipan

La3... Owh... la3...

La3... Owh... la3...

Owh... la3... lagik... ;P

Memasak sambil menyanyi2 riang... tajuk album dia... Macam2 lagu pulak tuh! Kejap dangdut... kejap kang rap... kejap lagik pulak pop rock... Haish! Macam2lah kekdahnya! Tu yang taip 'La3... Owh... la3...' je tuh. Lump-sum! Hiks...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google