SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, March 14, 2012

MANGSA BANJIR

Seperti yang korang sedia maklum la kan... sekarang ni adalah musim hujan... kat tempat aku la... Tempat korang tak tau la pulak kot2 cuaca semedang je cerah. Wallahualam...

Kat tempat aku, boleh dikatakan setiap hari hujan especially belah2 petang membawak ke malam. Bila dah hari2 hujan makanya, risiko banjir tu memang ada la kan... Kat dalam paper Kosmo pun ada melaporkan yang Ulu Langat banjir kan... Banjir besar jugaklah kiranya.

Macam kat taman perumahan yang aku duduk ni, tak terjejas. Masa hujan non-stop sampai ke malam tuh, air bertakung kat depan pagar je sikit. Tak lama lepas tu dah surut. Berbeza dengan taman perumahan yang abang aku duduk. Banjir habis ko!

~ Sebagai bukti, kami sanggup meredah banjir tuh semata2 nak show-off gambar kat sini merangkap melawat kawasan la konon2nya... He3...

~ Ini pondok tunggu bas sekolah. Bukan pondok tunggu air bah ye, you ols..! ;P

~ Dengan menengok keadaan telephone booth ni, korang congak2 la sendirik berapa banyak paras air naik?!

~ Kawasan kejiranan rumah abang yang terjejas.

~ Keadaan rumah salah seorang jiran abang yang dimasuki air. 

~ Ini pulak rumah abang aku. Terjejas jugak. So, secara automatiknya, abang & family adalah mangsa banjir. Abang cuma dapat selamatkan perabot2 yang boleh diangkat & diletak kat tempat tinggi je. Macam sofa ngan kabinet tu memang terendamlah. Sadis!

Kawasan yang terjejas dek banjir adalah area Pekan Baru. SMK Raja Muda Musa yang kat area tu pun terjejas teruk jugak. Kejadian ni berlaku beberapa hari sebelum cuti sekolah. Bebudak sekolah terpaksa & dibenarkan pergi sekolah pakai slipper. Kelas2 yang ada kat ground floor dipindahkan ke tingkat atas.

Banjir ni on-off. Means, kalau tak hujan air surut la. Tapi, kalau hujan berpanjangan, air naik balik. Abang aku tu pulak jenis tak boleh tengok rumah dia tunggang-langgang. Dia runsing! So, bila air macam surut sikit, dia kemas & bersih2kan rumah. Tup2, hujan turun... air naik balik. Sentap dia! He3...

Sepanjang kebanjiran tu, abang & family berpindah ke pusat pemindahan sementara iaitu kat rumah mak & rumah aku. Heh3...

~ Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Sekian, melaporkan untuk Buletin Blogungukechentaan. Ecewah! Macam Karam Singh Walia versi gigirl, derrr..!!! Ahaks3... Errr... tapi, simpulan bahasa tu macam haub je... Tak significant kot dengan kejadian. Ha3...  

Musim2 hujan & banjir macam ni, awasilah anak2 korang, ye! Korang pun sama... kena hati2 jugak. Sebab malang tu kan tak berbau...


:: Like3, ek! ::



4 comments:

intan morsalin said...

truknya banjir...maslah perparitan ke?
sian kat mangsa banjir kan..mesti nyk kerugian...papepun takziah utk diaorg..smoga ade hikmah disebalik bencana..aminnn

fairus said...

MESTI PENAT MEMBERSIHAKN RUMAH ERK LEPAS BANJIR..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

intan morsalin,
macam abang leez tu baru je jadik permanent resident kat situ. so, mmg xpenah xperience banjir la.. tp, jiran2 dia kata tu 1st time kot. maybe sbb p'paritan/ade 1 projek wat kunci air xjauh dr situ yg m'burukkan keadaan. wallahualam..

insyaallah.. musti ade hikmah.

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

fairus,
pindah umah pun penat, nie kan plak m'bersihkan umah disbbkn banjir. mmg b'lengas la kot. hu3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google