SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, March 20, 2012

CEKODOK CICAH SAMBAL TUMIS IKAN BILIS... NOSTALGIA HABIS!

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Resepi simple untuk breakfast/minum petang. Jom layan... ;)

Bahan2 Untuk Cekodok:-

3 - 5 senduk tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 genggam ikan bilis
1 batang carrot (dipotong dadu)
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 biji telur ayam
1 sudu rempah kari
Air masak
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Cekodok:-

1) Satukan tepung gandum, garam, ikan bilis, carrot, ubi kentang, bawang besar & rempah kari ke dalam mangkuk. Sebatikan.
2) Pecahkan telur ayam. Kacau rata adunan.
3) Tuangkan air masak secukupnya ke dalam adunan.
4) Panaskan minyak. Goreng adunan dengan menggunakan sudu sebagai acuan. Angkat & toskan.

Bahan2 Untuk Sambal Tumis Ikan Bilis:-

2 - 3 genggam ikan bilis
1 biji bwang besar (dihiris)
1 1/2 cawan cili kisar
1 keping asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Kisar Untuk Sambal Tumis Ikan Bilis:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan Sambal Tumis Ikan Bilis:-

1) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Tuangkan sedikit air.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, garam, gula & asam keping.
5) Masukkan bawang besar. Sebatikan.
6) Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Angkat & hidangkan bersama cekodok tadi.

~ Cekodok Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis... Nostalgia Habis! Hidangkan pulak dengan teh o panas. Perrgghhh..!!! Mak mertua lalu pun buat2 dek je..! Ha3...

Kejam tak bila aku auto-published entry nie waktu tengahari, di kala perut 'berkaroks' tak hengat? Ahaks3... 


 :: Like3, ek! ::



4 comments:

FirZie83 said...

mmg sedap cucur cicah sambal tumis ;p...kalo cicah kuah kacang pun sodap bangat kan leez?
yumyum...

fairus said...

nyum.. nyum.. bestnyerrr...

ArELeEz said...

FirZie83,
aah. betul3! fav leez cekodok cam cekodok bawang ke.. bilis ke.. klu yg manis2 cam cekodok pisang, xminat sgt.

ArELeEz said...

fairus,
mkn gambar, ek? he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google