SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, March 19, 2012

PECAL AYAM KALI PERTAMA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Resepi kali ni, 1st time aku try buat & 1st time makan jugak. Alhamdulillah... menjadik & pass lalu kat tekak. Heh3...

Pada suatu hari tu la kan... masa mengelat kejap dari buat kerja2 opis yang tak pernah nak habis tuh... aku menggoogle2 resepi. Tetiba terjumpa resepi yang macam best & terasa nak mengtry kat blog tiffinbiru yang fames amos tuh.

Balik kerja, terus ajak my 'sayang' shopping bahan2 mentah kat Bintang. Belah malam, bersilat kat dapur. Macam2 'jurus' keluar, noks! Ha3...

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong kecil & dicuci bersih)
3 biji cili padi
2 helai daun cekur (dimayang)
2 biji limau kasturi (diperah jusnya)
1 kotak santan
Air masak
Gula

Bahan2 Tumbuk:-

1 inci halia
1 biji bawang putih

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
7 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Ayam diperap dengan bahan2 tumbuk & garam selama 20 minit.
2) Panggang ayam hingga masak. Angkat & ketepikan.
3) Satukan santan & bahan2 kisar ke dalam kuali. Masak dengan api perlahan. 
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan sebahagian daun cekur, garam, gula & jus limau kasturi. Kacau rata & masak seketika. Tuangkan ke atas ayam yang telah dipanggang tadi. Hiaskan dengan lebihan daun cekur & cili padi. Hidangkan.

~ Pecal Ayam Kali Pertama. Cewwahh..! ;P

Terima kasih tiffinbiru sebab menjaja resepi ni kat blog beliau. Tapi, yang aku masak tu aku alter2 la sikit dari segi portion bahan2 mengikut kesesuaian. ;)

Resepi ni best kalau sesekali nak bertukar selera. Kalau selalu sangat muak jugak kot. Apa2 pun, selamat mencuba, ye anak2..! ;P 


 :: Like3, ek! ::



2 comments:

fairus said...

PECAL TU CAMNE ERK? PERNAH DENGAR TAPI TAK PERNAH MAKAN..

ArELeEz said...

fairus,
klu pecal sayur, yg ade macam2 sayur like pucuk ubi, sengkuang, timun, etc2. yg dicelur then disira dgn sambal kacang. pecal ayam yg cam dlm entry nie la.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google