SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, March 12, 2012

MAGGI ASAM LAKSA PEMBUKA SELERA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Musim hujan2 ni, kalau dapat breakfast maggi memang terbaik kot! He3...

Asik2 breakfast ngan nasik lemak, kuih-muih, bihun goreng bagai yang ditapau je kan... Bosan jugak! Sesekali kita tukar selera pulak.

Jom tengok resepi! ;)

Bahan2:-

2 bungkus mee segera perisa asam laksa
1 tangkai cli merah (dihiris serong)
1/4 biji kobis (dipotong)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji telur ayam
2 biji bawang putih (dicincang)
1 batang carrot (dipotong memanjang)
Minyak masak
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Rendam mee segera dalam air panas selama beberapa minit. Toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
3) Tuangkan air masak secukupnya.
4) Masukkan perencah asam laksa.
5) Masukkan carrot. Masak hingga separuh empuk.
6) Masukkan kobis.
7) Pecahkan telur ayam. Biarkan seketika hingga telur ayam mengeras. Padamkan api.
8) Hiaskan dengan cili merah. Hidangkan.

~ Inilah rupa paras kuah maggi asam laksa tersebut. Amacam? Santek, menarik, tertarik, komemangthebomb tak? Hiks...

~ Aku sengaja separatekan kuah dengan mee segera. Sebab nak tunggu aku ngan my 'sayang' bersiap lagik... mau kembang mee segera tuh kalau aku campur siap2. 

Simple & memang mudah nak disediakan. Tapi, awas! Jangan amalkan selalu kot sebab tau2 je la instant food camnie kan... Kalau saja2 nak tukar selera sekali-sekala tu, oklah! ;)


:: Like3, ek! ::



6 comments:

SYANI said...

Lama gile tak makan maggi perisa asam laksa ni. Asyik makan perisa kari jer..

ArELeEz said...

SYANI,
yupp! kari pun t'baik jugak! slurrpp2..!!

fairus said...

SAYA KALAU MAKAN MAGGI KENA ADA RAMUAN SEPERTI SAYUR, CILI, BAWANG, TELUR DAN LAIN2.. KALAU MAKAN MACAMTU SAJA TAK SEDAP..

ArELeEz said...

fairus,
hah! apalagik..?! try la resepi nie sbb sume bhn2 tu ade, dibuh ke dlm. ;)

zue said...

sedapnyer...terliur org peknen nih biler tgk hehehehe

ArELeEz said...

zue,
ooppss! sowy..! he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google