SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, April 21, 2011

7 WONDERS

Game team building yang seterusnya adalah game mencarik mende2 yang pelik tapi, benar. Sebab apa aku kata pelik tapi, benar? Sebabnya, Dr Khir suh we ols sume carik mende2 berikut:-

1) 3 ekor semut yang still hidup.
2) Air warna merah.
3) Daun yang berlipat secara semulajadi.
4) Bijian yang sebesor guli.
5) 5 kuntum munge yang berguguran.
6) Segulung tisu.
7) Frasa/makna T.E.A.M.


~ Apalagik?! G 7 Hadj pun start la berlari2 anak, mencarik 7 wonders tuh.


~ Berdiskusi kejap sambil rest sebab penat wooo... berlari2..! Semput! Fuh!


~ Group len sume gigih terjah kitchen sebab nak mintak pencelup ros, nak buat air merah. G 7 Hadj plak konon2 nak menggunakan daya kreativiti la untuk jadikkan air tu merah naturally.

Teori Encik Mail: Amik beberapa kuntum munge raya merah, masukkan dalam secawan air & ramas2kan munge raya tuh sampai air tadi bertukar jadik kaler merah. Hmmm... kreatif! Tapi, ada natijahnya mende yang we ols buat nih. Hu3...


~ Wokeh! Sume dah ada. Buleh masuk hall & pose! Ahaks3...

Dr Khir pun startlah 'menghakimi' kami sume... Dalam banyak2 group tu, G 7 Hadj jer yang air merahnya tak berapa nak semenggah warna merahnya. & itu jadik 1 isu yang Dr Khir bangkitkan iaitu bulehkah air tu dianggap air berwarna merah?!

Makanya, terkeluar la macam2 pendapat. Ada yang menyokong kami & ada jugak yang menyangkal fakta bahawa air tu kaler merah. Memasing dengan hujah bernas memasing. Adeh3...


~ 1 Malaysia 1 World, wakilnya Cik Sarala Devi a.k.a Sara yang menyokong G 7 Hadj. Diorang siap sanggup kasik sket pencelup ros diorang kat kami semata2 nak jadikkan air tu betul2 merah. Owh... thank you, dear! Ah kak touching! Tsk3...


~ Ena, wakil Anak Jati Super 5 yang tak berapa setuju dengan tahap kemerahan air G 7 Hadj. Siap compare2 kaler baju ah lagik, noks..! Owh... Ena... sampainya hatimu... Hu3...


~ Sadis jer muka G 7 Hadj... Uwaawaawaaa...


~ Setelah dihujani dengan hujah2 yang bermacam2 tuh, dengan tetiba Kak Sha (1 of G 7 Hadj's group members) bangun, mintak mic kat Dr Khir untuk menyuarakan pendapat dia plak. Woo hooo..!!! Bravo2 betul! ;P

Actually, masa we ols memerahkan air tu dengan munge raya merah, intention kitorang just nak show-off kitorang punye kreativiti. Nak jadik inovatif la kiranya kan... Memula, memang nak jer join group len mintak pencelup ros kat kitchen. Tapi, dah katanya nak menonjolkan kreativiti kan... Tak sangka plak kena bang2 boom! Hadoi la..!

Kesimpulannya, takde pemenang & takde pengalah. Sebab ada pro & cont nya di situ. Apa2 pun, game tu best! Sebab buleh lari2 sambil bersker-ria. Aku bosan kalau sepanjang hari dok dalam hall jerk. Pitam ah kak wooo... ;P


*Bersambung...

LAUK ORANG DALAM PANTANG

Bbrrppp..! Alhamdulillah...

Baru lepas dinner. Menu simple tapi, marvellous tak hengat! Mak import asam pedas ikan termenung (masak kat umah mak, angkut ke umah aku). Pastu, mak masak lauk orang dalam pantang. Ikan masin masak lada hitam.

Perrgghhh..! Hualla, bebeh! Hualla!!! ;P

Skang tengah layan Mantera Anjasmoro sambil blogging sambil makan buah jambu air cicah kicap. & sekali lagik nak cakap, hualla2, bebeh! Ha3...

Mak aku dah tak senang duduk dah nih bila tengok scene Suria yang dah mati tapi, balik umah. Ngeeeeeeee.....!!!


Tuesday, April 19, 2011

CHENTA TAK KENAL SIAPA...


~ Zizan (Raja Lawak) ngan Juliana Evans yang digossip berchenta katanya kan...


~ Amacam? Sesuwai tak? Sker2 jer kenen2kan orang kan?! Heh3...

Sorang pengacara, pelakon & pelawak. Yang sorang lagik pengacara, pelakon & model. Tapi, tu sume tak penting... Janji ada chemistry. Plus, chenta tak kenal siapa kan? ;P

*Credit: kosmo

SKM'S NEXT TOP MODEL


~ Model2 yang terpilih...


~ Bertuahnya mereka... Owh... ;P


~ Dah tak sabor dah nak catwalk. Relax2...


~ Eh! Tapi, bukan catwalk macam nie tau! Dia lain macam sket style catwalk tuh. He3...

Well... nak tengok SKM's Next Top Model? Tungguuuuuuuuu...........!!! ;P Nak kena upload video dolu. Bese la... giler lembab... Sabar ya, bapak2 ibuk2 semuanya... Hiks...


*Bersambung...

OWH... BEAUTIFULNARA...

Dah 2 hari aku try bukak blog beautifulnara. Tapi, tak buleh. Kuar page putih kosong jerk.

Ah kak bukan apa, you ols..! Nak jugak tau gossip2 artis merangkap perkembangan artis2 kat Malaysia nie. Start semalam la tak buleh nak view. Ingatkan, under maintainance ke... tak pun ada masalah yang bersifat sementara ke kan... Tetiba, bila try bukak hari nie pun still tak kuar apa2. Haish! Runsing ah kak tau!

Errr... korang tau tak apsal jadik camnie? Korang ada try bukak jugak tak? Cer citer... Cer citer...

Kalau Abang Nara terbaca entry nie, diharap dapatlah merungkaikan permasalahan dengan segera. Hmmm...

PARKINSON???

Aku bersiaran langsung dari umah. Malam tadi, tido kat umah mak. Pagi tadi balik umah sendirik sebab takde sape kat umah mak. Mak ada masak2 & makan2 kat surau. Nenek masih di KL. Pak Yang & anak2 pun ke KL, tengok nenek sebab nenek demam katanya... Koselah aku nak melepaking kat sana sorang2 kan...

Sekejapan lagik, dalam pukul 12 ++ ke pukul 1 p.m kang, aku nak amik mak.

Fuh! Macam busy sangat jer bunyiknya kan? He3...

So, sementara menunggu nak amik mak aku, buleh la aku berblogging. Nak menyambung kesah kursus yang sebabun lagik tuh. Heh3...

Aku tak ingat dah nie sesi yang keberapa?! Tapi, yang pasti, masa nie Dr Khir ada hal, lambat sket sampai. So, terpaksa la kakak2 fasci take over... Kakak fasci bagi kitorang marker pen ngan kertas kajang, suh kitorang pilih 1 game yang kitorang dah main & buat kesimpulan pasal game tuh.


~ Masa diberi 5 minit jer. Pastu, sume group kena anta 1 wakil untuk present... & bermulalah sesi pempresentation-an...


~ Cewah2..! Tengok orang lain present, memang la buleh tersenyum riang la3... Cer tiba giliran sendirik... perrgghhh..! Mula la lutut menggigil2! Ha3...


~ Dimulakan dengan Anak Jati Super 5. Macam Beras Jati Super 5 lak kan? Hiks...


~ Pastu, turn akak nie plak, wakil group Taming Sari 4.


~ Owh... bila Y.B berucap... beginilah jadiknya... He3...


~ Wah! Nie yang tak buleh blah nih! Turn ah kak dah sampai, noks..! Adeh3...


~ Nampak macam confident tapi, tahap parkinsonnya... hanya Tuhan yang tau. Ha3...


~ G 7 Hadj! K-mon, bebeh! K-mon..! ;P


~ Lepas hazab ah kak... Fuh! Lega betul! Hah! Turn Hasrol plak. Budak Sabahan nih. Wakil group 1 Malaysia 1 World.


~ Turn Bob plak. Wakil group Kuasa Kuda 2.


~ Noor Cahaya dari group Jangan Pandang2 3. Sodap kan nama dia? Noor + Cahaya = Terang-benderang. ;) Sabahan nih! Masa kat Pangkor, Noor nie 1 group ngan aku. Lemah-lembut orangnya.


~ Akak nie wakil group Super Duper 10. Tak ingat la plak nama dia kan... ;P


~ Puan Liza a.k.a Penghuluwati yang mewakili group Super Power 8.

Kesimpulannya, sume group dapat present dengan jayanya... Bagus2...

& aku pun dah tak parkinson lagik... Macam magic jer terus jadik normal! Muahaha...


*To be continued...

SELAMAT BERCOTI, YOU OLS..!

Yuu huuu..!

Selamat bercoti, you ols..! Eh! Tapi, bukan sume dapat coti free hari nie. Rakyat Perak jer yang coti sebab hari nie kan besday Sultan Perak...

So, aku sedang bersenang-lenang kat umah skang nih! La3...

Yang tak dapat coti free tu, sila la jeles secara melampau, ek! Ha3...

Larikksss..!!!

Thursday, April 14, 2011

PENUNGGU ISTANA

SEPERTI cendawan tumbuh selepas hujan, setiap minggu para peminat filem Melayu dihidangkan dengan produksi tempatan di pawagam.

Kini, giliran Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan Primeworks Studios yang sememangnya telah diakui kehebatan dalam menghasilkan filem-filem pecah panggung dengan membawakan satu kejutan menerusi filem terbaru berjudul, Penunggu Istana.

Naskhah ini bukanlah sebarangan filem. Amaran awal patut dilaungkan kepada masyarakat Malaysia khususnya peminat filem Melayu bergenre seram.

Jika selama ini mereka menonton filem-filem seram yang pada andaian mereka cuma sebuah cerita, maka mereka perlu berfikir lima kali sebelum mengambil keputusan untuk menonton filem ini.

Buat pertama kalinya, penonton filem di Malaysia akan disajikan dengan filem berbentuk dokumentari realiti seram bergenrekan paranormal!

Ini bermakna cerita yang terkandung di dalam filem ini bukanlah sebuah cerita kosong, tetapi ia adalah sebuah pendedahan secara realiti terhadap aktiviti paranormal di sebuah tempat yang dipercayai sangat berpuaka iaitu sebuah rumah yang telah ditinggalkan lebih 100 tahun di Perak dan dikenali sebagai Istana Billah.

Mengulas mengenai Penunggu Istana, kata Pengurus Besar Filem & Drama Primeworks Studios selaku penerbit eksekutif filem ini, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata: “Filem ini adalah sebuah dokumentari yang mana ia mengandungi rangkuman rakaman video yang berjaya dirakamkan oleh lima pelajar yang membuat kajian aktiviti paranormal di tempat yang dipercayai berpuaka.”

“Siasatan mereka telah dibantu oleh kumpulan Seekers, yang sememangnya sinonim dengan kegiatan aktiviti paranormal di Malaysia.”

Tambahnya: “Niat kami adalah untuk mendedahkan penemuan mereka ini kepada umum melalui filem. Ini adalah satu bentuk pembaharuan yang cuba kami serapkan dalam era filem bergenre seram.

Kami yakin ini dapat mempertingkatkan lagi kualiti filem bergenre seram di Malaysia.

“Jadi, tiada maknanya mengatakan kami cuba meniru filem luar, sebaliknya apa yang dihasilkan ini adalah rentetan kisah benar yang ingin kami kongsikan pada masyarakat di luar sana.”

Menurutnya lagi: “Rumah tinggalan yang digelar Istana Billah ini juga mempunyai banyak kisah seram yang diceritakan menerusi perbualan mulut penduduk setempat.

“Tambahan pula, produksi drama Warkah Terakhir yang pernah menjalani penggambaran di sana mengalami pengalaman yang mengerikan.

“Ini menunjukkan tempat tersebut benar-benar mempunyai kisah misterinya dan penonton dapat menyaksikan kesahihannya melalui filem dokumentari ini.”

Plot Penunggu Istana merupakan cantuman daripada pita rakaman terakhir lima pelajar iaitu Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd. Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf yang membuat kajian aktiviti paranormal di sebuah rumah tinggalan lama, Istana Billah.

Secara naratifnya, Penunggu Istana dipersembahkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video yang diperolehi mereka sendiri.

Cantuman footage tersebut itu seterusnya difilemkan sepanjang 15 hari mereka di Istana Billah sebagai usaha mencari jawapan terhadap kejadian mengerikan yang menimpa kumpulan pelajar berkenaan.

Penemuan inilah merupakan satu kejutan untuk tatapan semua peminat filem tempatan.

Ia bukan seperti filem-filem seram terdahulu yang menampakkan kesemua bentuk fizikal makhlus halus dan membuatkan anda berasa seram cuma di dalam panggung sahaja.

Paparan visual yang dipamerkan melalui filem Penunggu Istana adalah daripada rakaman video yang diambil oleh kelima-lima pelajar tadi.

Mungkin ada sesetengah visual bakal mengejutkan penonton sehingga tiba-tiba meremang bulu roma dan membuatkan degupan jantung lebih laju dari biasa, walaupun ia tidak menunjukkan sepenuhnya bentuk fizikal entiti halus yang menghuni di rumah tinggalan tersebut.

Buat pertama kalinya filem realiti seram bergenre paranormal bakal menemui rakyat Malaysia pada 21 April ini.

Buat pertama kali ini jugalah, anda bakal merasa apa itu sebenarnya yang dikatakan sebagai satu 'kejutan'!


~ Istana Billah... lokasi shooting filem Penunggu Istana yang banyak menyimpan kesah misteri nusantara...

*Sumber: kosmo

Filem nie mungkin akan jadik filem yang giler seram di abad ini. Aku pun akan pikir lapanploh kali antara nak terjah panggung wayang/tak untuk tonton filem nie. Alangkan tengok Mantera Anjasmoro pun aku gigih suh my 'sayang' teman nak gi kencing. Ngeeeeee....!!!

Dasat betul orang zaman skang! Kalau dolu, kita cukup ngeri nak dengor apatah lagik menatap wajah spesis2 hantu nih. Tapi, skang hantu/jin/kuntilanak sume pun diorang jadikkan 'pelakon filem'. Pelik kan?

SOKLAN CEPU EMAS!

Malam tadi tak jadik makan burger pun. Sebab my 'sayang' tak jadik singgah kat Sam Burger Corner, Adha nak cepat balik katanya... Ye lah kan... orang ada baby, harus nak cepat2 balik sesado!

We ols ke umah mak after Maghrib. On the way tu, roger2 mak dolu, tanya if mak ada masak/nak tapau burger/apa2?! Mak kata, no need sebab mak ada masak. My 'sayang' pun kata ok, tak payahlah tapau burger. Sebab kang burger pun dia belasah, nasik pun jalan. Isk3... ;P

Sampai umah mak, baru bukak pintu keta, dah tercium bau harum semerbak ikan masin. Perrgghhh..! Tak tertahan2 nak carik pinggan, nak kaut nasik. He3...

Kalau korang kan, antara nasik dengan burger, mana yg korang pilih the most? Hah! Soklan cepu emas nih! ;P

Wednesday, April 13, 2011

SUBHANALLAH...

Cer korang scroll ke bawah... & bawah lagik... & lagik...

Cer scroll...

Cer scroll...


~ Sekali pandang nampak cam burung terbang. 2 kali pandang, nampak cam apa? Cer teka... Cer teka...


~ Yang nie nampak cam kipas tangan.


~ Nie plak macam cendawan putih kan? Paling cantik aku rasa.

Sume gambar2 kat atas adalah gambar2 formation awan yang aku dapat through email. Cantik kan?

Subhanallah...

PENGISIAN ROHANI

Di samping berteam building, kami jugak ada sesi pengisian rohani iaitu semayang Maghrib & Isya' secara berjemaah. Haji jadik imam. Dapat la buat 2 malam semayang jemaah nih. Alhamdulillah...


~ Venue bukan kat surau/masjid tapi, kat dewan lagik 1. Staf resort tu kasik buang sume kerusi-meja, mop2, alas lantai dewan pakai cadar putih & buat partition untuk kaum Adam & Hawa.


~ Muka suci tak? Ahaks3...


*Bersambung...

BERSIARAN LANGSUNG

Malam nie, aku tido kat umah mak lagik. Start semalam actually tido sana. Teman mak katanya kan...

Sepatutnya, lepas balik keje, we ols terus berdesup balik ke umah mak. Tapi, my 'sayang' drop aku kat umah dolu sebab dia ada keje sket ngan Adha. Tu yang aku buleh bersiaran langsung tuh! Heh3...

My 'sayang' kata nak tapau burger kat Sam Burger Corner. Aku ok jer... Plus, fav ah kak tu, noks..! ;P Tapaukan untuk mak sekali. Malam nie, makan burger jer lah kot untuk dinner. Jadiklah! Tapi, my 'sayang' tu bukannya buleh dipercayai 100 % sangat! Kang nampak nasik kat umah mak, terus laju carik pinggan. Muahaha... Tak buleh blah betul! ;P

AMENG (SPRING) DIPENJARA 8 TAHUN & 10 SEBATAN. AWWSSS..!!!


~ Ameng (Spring)

MELAKA - Vokalis kumpulan Spring, Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki dadah dan memasukkan bahan itu ke dalam badannya pada awal Februari lalu.

Hakim Abu Bakar Katar memutuskan Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dipenjara lapan tahun serta hukuman sebatan maksimum 10 kali bagi pertuduhan pertama dan penjara dua tahun bagi pertuduhan kedua kerana kesalahan memiliki dadah.

Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga iaitu memasukkan dadah ke dalam badan, Ameng dipenjara setahun serta dua tahun perlu berada di bawah pengawasan polis.

Ketiga-tiga hukuman yang diputuskan itu diarahkan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan pada 1 Februari 2011.

Dalam pada itu, isteri Ameng iaitu Sabariah Zakariah, 41, yang sebelum ini turut berhadapan dua pertuduhan serupa iaitu memiliki dadah dibebaskan oleh mahkamah selepas ketua unit pendakwaan bersetuju menggugurkan pertuduhan terhadap wanita itu.

*Sumber: kosmo


Moral of the story: Tak kira la ko artis ke... tukang kebun sekolah ke... penjawat awam ke... mat/minah karan ke... kesimpulannya, toksah la amik dadah. Sekali terjebak, susah nak patah balik. Jangan pikirkan diri sendirik jerk. Pikir sekali pasal maruah mak bapak, isteri, anak2 & family. Ada banyak lagik cara nak release tensen instead of amik dadah.

DADAH MUSUH SEMUA!!!

Renung2kan & selamat beramal..! ;)


p/s: Mak aku minat betul ngan lagu Sampai Hati yang Ameng (Spring) nyanyi. Kalau lagu tu berkumandang kat radio especially time mak jahit baju ngadap mesin jahit, sure mak nyanyi2 follow lagu tuh. How sweet... ;)

Tuesday, April 12, 2011

HANTU DURIAN BETULLAH!

Last week, aku tak ingat hari apa... abang & family datang umah aku. Belah malam la... Bawak mak sekali. Mak kan tido kat umah diorang. Malam tu, mak tido kat umah aku lak.

Petang tu, aku call dolu mak aku, tanya if diorang dah makan ke belum. If belum, aku masak la kan... Wah..! Rajin betul! He3...

Mak kata, diorang sume dah makan. Tapi, aku tetaplah masak jugak. Kot2 ada yang tetiba datang angin lapor kang, buleh la mentekedarah apa yang ado... Aku masak kari telur ngan ikan masin goreng bercili. Kira aci la tu, ek?! ;P

Elok2 diorang sampai, aku jamu dengan air teh & snack Mamee. Kak Aneem plak tapau durian. Teringin sangat katanya lepas tengok orang makan durian dalam tv semalamnya. Isk3...


~ Durian in the house..! Tak agak2 dia punya parang! Ha3...


~ Tukang bukak durian adalah my 'sayang'. Tukang makan plak adalah my 'sayang' jugak & of cos Kak Aneem. Yang lain2 jadik tukang cium bau & tengok jer lah... Hu3...

Hantu durian betullah diorang berdua nih! Agaknya la kan, kalau diorang nie berniaga durian, memang laku! Sold out sesado! Tapi, untung takde. Sebab diorang makan sampai abis. Sendirik jual, sendirik makan. Ha3...

Kat tempat korang still on lagik ke orang jual durian? Kat sini on lagik. Rambutan pun ado! Strawberry jer takde. Heh3...

DAKWAAN TELUR TIRUAN TIDAK BENAR


~ Perbezaan 2 jenis telur yang berlainan gred.

PUTRAJAYA – Kebimbangan orang ramai terhadap kewujudan telur ayam tiruan sejak seminggu lalu berakhir apabila ujian terhadap sampel telur ayam didakwa tiruan yang dirampas di sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang mendapati ia adalah telur tulen.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, ujian itu dilakukan melibatkan kandungan telur berkenaan serta kulitnya.

Beliau bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat keganjilan pada telur-telur terbabit termasuk aspek fizikalnya yang bersaiz besar dan ia tidak sesuai dijual kepada pengguna.

“Mengikut kajian, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa oleh CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) ialah telur itu luar biasa dari segi saiz sama ada besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.

“Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap ketulenan telur di pasaran dan ia di dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan,” katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu di sini semalam.

*Sumber: kosmo


Mana 1 nak pecaya nih? Haish! Confuse ah kak, noks..!


PENEBANG POKOK YANG SUNGGUH MENJAGA KESELAMATAN

Mak mintak my 'sayang' tolong tebangkan pokok cermai kat laman umah nenek aku tuh. Dah lama dah nak tebang tapi, asik bertangguh sebab nenek cam sayang plak katanya... Plus, masa tu buah dia lebat! Sampai tak termakan2. Kalau ada orang kampung/jiran2 mintak, ok la jugak. Tapi, bukannya hari2 diorang nak makan cermai pun kan... Last2, jatuh berguguran jerk.

Skang nie, buah dia dah tak berapa lebat. Plus, dah tak nampak buah dah pun. Daun pun dah cam malu2 kucing jer nak tumbuh. So, nenek isytiharkan nak tebang pokok tuh.


~ 1st time aku jumpa penebang pokok yang sungguh mementingkan keselamatan. Siap pakai helmet lagik, ko! Dasat betul! Poyos, owh... my 'sayang' nih..! Ha3...


~ Tebang pakai parang panjang jer sebab chainsaw my 'sayang' rosak. Banyak skru yang tercabut. Parang pun paranglah! Janji rock! ;P


~ Haip2! Hiyarrgghhh!!! Tak buleh blah la tengok helmet my 'sayang' tuh. Muahaha...


~ & akhirnya... menyembah bumi jugak si pokok cermai itu... Tamatlah sudah riwayat sebatang pokok cermai...

Well... korang penah jumpa tak penebang pokok yang sepoyos ini? Hiks...

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google