SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label RUMAH AKU. Show all posts
Showing posts with label RUMAH AKU. Show all posts

Sunday, January 15, 2017

TUNAIKAN JANJI

Sejak Kak Yong masuk sekolah darjah 1, Abang akan hantar Kak Yong ke rumah aku setiap hari Jumaat. Lepas solat Jumaat, Abang amik. Kadang2, aku yang hantar. Sekali harung nak masuk opis balik.

Dulu, Kak Yong sorang. Sekarang dah jadik 3 orang. Kak Yong, Kak Ngah & Rifqi. 

Senang je nak bagi diorang behave. On tv, pasang cerita hantu, on air cond, bagi bantal & selimut.

~ Maka cenggini la jadiknya... He3...

Mother yang snap gambar tu. Kebetulan, Mother lepak kat rumah aku. Sampai ke petang la diorang tido. Pukul 7.00 malam, hantar diorang balik. Beli aiskrim dulu, tunaikan janji. 

~ Rifqi & Rania. Tak jumpa, rindu. Asal jumpa, jadik geng gaduh. Isk3...


~ Bahagia nau2 dapat aiskrim.



Lepas berborak, tunggu anak2 sedara makan aiskrim, kami pun balik. Nak hantar Mother pulak.

Nanti free2, kita lepak2 chill2 lagik. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, July 25, 2012

TAHNIAH KAK YONG!

Mukadimah entry hari ni, takmo yang heavy2. Nak yang santai2 je. So, korang layan la, ek wajah2 kiut anak2 sedara aku yang gigih berfotogediks kat bawah nih.

Diorang memang over! Ha3...

~ Muka boyish Baby Odah. Eh! Nama Baby Odah dah tak relevan sebab semua dok panggil dia as Kak Ngah. Plus, dia pun bahasakan diri dia as Kak Ngah.

~ Peminat Choki2 tegar kot!

Dulu Kak Ngah 1 Taski ngan Kak Yong. Dia sorang je yang umur 4 tahun. Start bulan lepas kot, Kak Ngah dapat offer masuk Permata (Negeri). Syiok betul makcik cinonet nih bukan kepalang!

Ye la... aktiviti semua yang best2... bagi dia la kan... Aktiviti mencarik, menangkap, melukis & mewarna semut la... tengok rabbit la... hamster lagik...

Ada sekali tu, dia bagitau aku yang teacher bawak dia ngan kawan2 tengok hamster...

"Acu... tadi kan... Kak Ngah tengok 'emter'."

Aku dok 'hah2...' sebab tak paham 'emter' tu samadengan apa. Last2, bila dia dah penat explain, terus dia jerit...

"Isk... Acu ni..! Emter tu tikuslah!"

Ha3... Emter tu hamster rupanya. Dah ko pelat Kak Ngah, oiii! Telinga Acu susah nak pick-up! ;P

~ Ini Kak Yong. Siapa tak kenal kot kan... sebab selalu je aku jaja muka bam2 beliau kat sini. Pejam-celik, pejam-celik, dah 5 tahun dah umur Kak Yong.

~ Aku suka tengok mata Kak Yong sebab kalau dia senyum kan, mata dia pun ikut senyum jugak. Lepas tu, macam berkaca je mata dia.

~ Boleh Kak Ngah berposing dengan ketayap papa dia macam ni? Bajet kiut sangat la tuh! Isk3...

~ Dah la tak pakai baju. Sexy hot2, hokay! Ha3...

Mak call aku sambil nangis terharu + gumbira sebab abang cerita yang Kak Yong dapat puasa tunai semalam. Abang kata, balik dari Taski, Kak Yong tak merengek2 macam hari2 sebelum tu. 

Actually, sebelum2 tu pun abang dah train Kak Yong berpuasa. Tapi, takde la paksa sampai waktu berbuka. Tengok pada ketahanan dia la kan... So far, dia dah boleh tahan sampai pukul 3 petang macam tu la... Tup2, semalam dapat puasa penuh! 

Abang kata lagik, pukul 6 petang Kak Yong tido sebab letih sangat kot. Bangun2 je dah nak dekat waktu berbuka. Sebelum tu, abang ada tanya Kak Yong nak makan apa untuk berbuka. Kak Yong request nasik ayam. Laju je Kak Yong makan time berbuka! 

Tu yang mak touching habis tuh! He3...

Tahniah, Kak Yong! Acu bangga dengan Kak Yong. ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, April 12, 2011

HANTU DURIAN BETULLAH!

Last week, aku tak ingat hari apa... abang & family datang umah aku. Belah malam la... Bawak mak sekali. Mak kan tido kat umah diorang. Malam tu, mak tido kat umah aku lak.

Petang tu, aku call dolu mak aku, tanya if diorang dah makan ke belum. If belum, aku masak la kan... Wah..! Rajin betul! He3...

Mak kata, diorang sume dah makan. Tapi, aku tetaplah masak jugak. Kot2 ada yang tetiba datang angin lapor kang, buleh la mentekedarah apa yang ado... Aku masak kari telur ngan ikan masin goreng bercili. Kira aci la tu, ek?! ;P

Elok2 diorang sampai, aku jamu dengan air teh & snack Mamee. Kak Aneem plak tapau durian. Teringin sangat katanya lepas tengok orang makan durian dalam tv semalamnya. Isk3...


~ Durian in the house..! Tak agak2 dia punya parang! Ha3...


~ Tukang bukak durian adalah my 'sayang'. Tukang makan plak adalah my 'sayang' jugak & of cos Kak Aneem. Yang lain2 jadik tukang cium bau & tengok jer lah... Hu3...

Hantu durian betullah diorang berdua nih! Agaknya la kan, kalau diorang nie berniaga durian, memang laku! Sold out sesado! Tapi, untung takde. Sebab diorang makan sampai abis. Sendirik jual, sendirik makan. Ha3...

Kat tempat korang still on lagik ke orang jual durian? Kat sini on lagik. Rambutan pun ado! Strawberry jer takde. Heh3...

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google