SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label PUBLIC HOLIDAY. Show all posts
Showing posts with label PUBLIC HOLIDAY. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

COTI..!!! WOO HOOO..!!!

Heaven betul bila dapat coti free macam hari nie kan? Rasa macam nak melompat2 & berguling secara tak hengat jerk! Woo hooo..!!! La3...

Kemalasan nak bangun pagi tadi. Lepas semayang, aku ingat nak sambung tido. Alaaa... rutin bese di hari coti begini kekdahnya... Hiks... Tapi, tak jadik sebab kejap2 nampak baju kurung yang belum cuci (handwash, hokay..!)... kejap2 lagik nampak plak habuk2 kat atas lantai... So, setelkan baju2 tu dolu then, sapu2 lantai & mandi.

Sementara my 'sayang' menapau nasik lemak & kuih-muih sebagai breakfast of the day, sempat la aku bancuh air teh. Lepas breakfast, my 'sayang' gi keje. Keje macam dia mana ada kesahkan Wesak ke... public holiday ke kan... Jadik, tinggallah daku seorang kat umah nie, melayan perasaan... Eh, tak! Melayan tv & blog... Hu3...

~ Gambar yang takde kena-mengena dengan entry tapi, gediks nak tepek jugak. Ada aku kesah..??? Ha3...
Kejap lagik nak masak. Belum tau lagik nak masak apa?! Dalam fridge ada ayam & ikan. Hmmm... nak masak apa, ek? Ada idea tak?

Tuesday, April 19, 2011

SELAMAT BERCOTI, YOU OLS..!

Yuu huuu..!

Selamat bercoti, you ols..! Eh! Tapi, bukan sume dapat coti free hari nie. Rakyat Perak jer yang coti sebab hari nie kan besday Sultan Perak...

So, aku sedang bersenang-lenang kat umah skang nih! La3...

Yang tak dapat coti free tu, sila la jeles secara melampau, ek! Ha3...

Larikksss..!!!

Friday, August 27, 2010

SALAM NUZUL QURAN...

'Horay2... It's a holi2... day! La3...'

Ecewah! Karaoke la plak kan... Saje jer, nak testing suara... Mane la tau kan... di bulan pose nie lontaran vokal tu jadik lebih merdu dari bese kan... Hiks...

Hokaylah! Lupakanlah pasal suara merdu aku tuh. Nanti kang korang tak buleh tido malam plak kang! Ha3... Actually, just nak wish selamat bercoti sebab kan ke hari nie public holiday... Bersempena dengan Nuzul Quran... & Salam Nuzul Quran kepada sume muslimin & muslimat...

"Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. ‘ Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38) Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)"

*Sumber: islam


~ Walau siapa pun kite... walau di mana kite berada... jadikanlah Al-quran sebagai panduan hidup. Nescaya, kite sentiasa di landasan yang benar... Aminnn...

*Credit to: mokhzam


Truly, Madly, Deeply: AreLeez Adnan

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google