SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label 2 SYAWAL 2011. Show all posts
Showing posts with label 2 SYAWAL 2011. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

BERAYA DENGAN BEST FRIEND FOREVER (BFF) MAK

Kan aku dah kata, selagik tak lewat malam, takde maknanya kitorang nak berenti beraya! ;P

Lepas mandi & bersiap2 semula, kami terjah rumah BFF mak plak. Rumah Cik Siah.

~ Sampai2 terus makan. Ha3... Memang buruk lantak, hokay! ;P Cik Siah hidangkan nasik impit, lemang, kuah lodeh, rendang ayam & daging. Walaupun perut dah santak sebab tak abis2 lagik beraya tapi, bila nampak makanan hebat2, secara automatic jadik lapor balik. Sila salahkan encik perut & encik tekak, ye! Haish! 

~ Bila dah kenyang, mula lah buat rumah orang cam rumah sendirik! Berposing tak hengat! Ha3...

~ Kami paksa Cik Siah berposing sama... ;P

Rumah Cik Siah adalah rumah penutup untuk destinasi beraya 2 Syawal 2011. Sudah2 la tuh..! Moh balik, mentido pulak. Nak recharge energy sebab soknya aku ngan my 'sayang' nak beraya ke Kuala Kangsar dengan family mertua. 

Jalan2 lagik!!! Owh... I like3!!! Ahaks3...


:: Like3, ek! ::

TIBA MASA UNTUK BERAYA..!

Penat dah berpsoing tak hengat! Kita pergi berayalah pulak. Fuh! Acara yang paling dinanti2kan sebab dapat jalan2 + makan2. Owh.. best, noks! La3...

Konvoi 5 buah kereta. Meriahnya jalan raya dengan kehadiran kitorang. Ecewah! Ha3...

~ Rumah pertama yang kami terjah, rumah mertuaku..! Dah alang2 lalu, baiklah singgah beraya. Aku tak dapat nak berposing mengenterframe sebab gigih menjadik pelayan, dok angkut ketupat, lemang bawak keluar kasik family aku makan. Terus tak berseri gambar kakak aku ngan Ana nie sebab takde muka aku. Kan3..??? Ahaks3...

~ Rumah kedua adalah rumah wajib setiap tahun iaitu rumah Wak. Kalau pergi rumah Wak, memang santai abis sebab ko buleh buat rumah tu seperti rumah sendirik. Nak makan mee sup pun tak payah hidang2 beriye. Ko main aci cedok sendirik & makanlah secara tak sedar diri! Takde makna nak segan2nya. Owh... heaven2... ;P
Lepas tu, terus ke rumah nenek sedara kat Chenderong Balai. Kitorang panggil nenek sedara tu as Nenek Kambing sebab dolu dia ada bela kambing sekandang. Wah! Sungguh sadis panggilan tu kan? Tapi, bukan kitorang yang kasik nama tu tau! Anak2 Mak Yang aku yang kasik. Terus lekat sampai skang. He3...

Tak sempat plak nak amik gambar kat rumah Nenek Kambing. Plus, diorang dah siap2 hidang nasik makan tengahari. Antara makan dengan amik gambar, makan lagik hebat kot! He3...

~ Rumah keempat adalah rumah Pak Tam kat Titi Gantung nun. Belah petang konvoi dah tinggal 3 bijik kereta jer sebab another 2 dah flat, tak larat nak follow kitorang yang gagah perkasa nih! Ha3...

~ Kena tarbiah dengan Pak Tam & Mak Tam sebab datang tak calling2 dolu. Diorang dah pesan, kalau  nak datang, calling2 bagitau dolu... so, senang diorang nak prepare juadah best2. Yang sadis tuh, buleh plak nama aku yang naik sebab tak call! Cis betul! Hu3... Actually, aku dah try roger2 tapi, tak dapatlah. Line cam busy jer time raya kan... Hampeh betul! Sentap sebab kena tarbiah & tak dapat makan best2! Hmmm... takpe2... Next time, seminggu sebelum kedatangan kitorang calling2 bagitau, ek?! Hiks...

Pukul 8 p.m baru sampai rumah mak. Berlengas betul! Badan rasa macam flat tapi, masih gigih nak pergi beraya. Biasa la kitorang kan... selagik tak lewat malam, selagik tu nak menebeng kat rumah orang, mau beraya sakan kata ko! La3...


:: Like3, ek! ::

Monday, September 12, 2011

GILA2 DI HARI RAYA

Photoshoot raya kalau takde adegan gediks-menggediks + gila2 memang tak sah la kan... Seperti 1 kewajipan gitu..! Ha3...

Korang layankan jer lah gambar2 gila2 kitorang di pagi 2 Syawal nih, ek? Sure tak jemu mata memandang punyalah! Ahaks3...

~ Apa masalah aku menebeng kat belakang tu pun aku tak paham?!! Yang penting aku enterframe! Ha3...

~ Abang Mie buat lawak. Tu yang sume orang gelak. Muahaha...

~ Pose gediks raya! ;P

~ Pose tak buleh blah daripada Cik Odah. Holloh3... hai!

~ Duit raya sesado makcik nie tau! Haish!

~ Hana Tajima celup. Ha3...

~ 3 manusia yang ada masalah ketakseimbangan pemikiran. Ha3... Larikksss...!!!

~ Bajet bibir Kilafairy. Adeh3...

~ 3 beradik yang handsome & menawan. Sila angguk2 tanda setuju, ye! Ecewah! La3...
~ Misi menyibuk! La3...

~ My 'sayang' nie nak aku pakai songkok plak kot... Hokay2! Akan dipertimbangkan... Ha3...

~ Gediks betul kan? Hiks...

~ Super poyos!

~ Penumbuk siapa paling besor??? Ha3...

~ Peace, ya'll..! ;P

~ Menahan la kakak aku tuh..! Amik! Ha3...

~ Laga2 pipi lah pulok! Ewah2..!

~ Dah laga2 pipi, laga2 montot plak. Hiks...

~ Bibir siapa paling sexy? ;P

~ Baju ah kak nampak ijo kan? Hu3...

~ Opocot! Terperanjat Boboy! ;P

~ Ketakseimbangan pemikiran lagik... Ha3...

~ Superhero & Superheroin Raya..!!! Tak buleh blah! He3...

~ Dah macam muka penerima bantuan raya la plak. Siap ngan kuih raya bagai... Ha3...

~ Kat pintu pun sempat lagik tuh! Haish!

~ Aku pun nak jugak..! ;P

Dah! Tu jer gambar gila2 raya untuk tahun nie. Sehingga berjumpa lagik di tahun depan. Chiow, bebeh! ;P

Owh... 1 more nak bagitau, tahun nie tema raya sebelah mak adalah silver. Kakak aku punya turn pilih tema. Amik ko! Macam2 versi silver yang keluar! Ha3... Paling tak buleh blah baju akulah! Abis kena maki ngan diorang sebab kaler ijo lagik banyak dari silver. Menangis la ko di situ! Uwawaaawaaawaaaa... Sentapahkaknoks! ;P


:: Like3, ek! ::

2 SYAWAL DI RUMAH MAK

Raya pertama tu cuma dapat terjah 3 buah rumah jer. Lepas ke rumah Along, kami teruskan beraya ke rumah Mak Ngah kat Selabak plak. Rumah Mak Ngah nie kira rumah wajib la kalau beraya sebab nenek my 'sayang' tinggal dengan Mak Ngah. Di samping beraya, buleh la ziarah nenek yang dah agak uzur jugak la kan...

Pagi raya kedua, lepas breakfast, aku & my 'sayang' balik kampung ke rumah mak plak. Walaupun cuti aku adalah 9 hari tapi, kami memang takde praktikkan sistem bahagi2 coti balik rumah siapa?! Yang kami praktikkan adalah sistem giliran untuk balik kampung/raya pertama di rumah siapa dolu?! Mak/mertua.

Hari2 seterusnya, kitorang decide depends kepada priority/booking. Means, kalau raya kedua tu takde apa2 program di rumah mertua + adik-beradik aku sume plan nak beraya dengan mak pada hari raya kedua makanya, baliklah kami jugak pada hari raya kedua. Begitu jugaklah sebaliknya kan...

Atau dalam bahasa mudahnya, kalau kat sini takde program & kat sana plak nak jalan2 beraya, kami akan join yang jalan2 beraya tu lah. Kekdahnya...

~ We ols yang pertama sampai kat rumah mak. Rasa bangga tahap gaban la plak kan... sebab asik2 yang terlast jer kan... Ha3...

~ Lepas tu baru kakak & family sampai. Lepas breakfast untuk kali yang kedua, kami terus gediks2 berposing dolu sementara menanti ketibaan abang & family.

~ Ada 2 camera. Sebab tu ada yang pandang ke sini & ada yang pandang ke sinun.

~ Mak seperti biasa, memang payah sket nak senyum bila bergambar. Segan katanya... 

~ Bagi mak, nie dah abis senyum dah nih! He3...

~ My 'sayang' bermuka sedih sebab tak dapat nak cover perut dia yang 'comel' tuh! Ha3... Larikksss..!!!

~ Kami memang poyos bila tiba bab2 berposing di hari raya nih! Sampaikan nak kasik mak duit raya pun kitorang gediks berposing! Ha3...

~ Layankan jer... Hiks... 

~ Tak lama lepas tu, abang & family sampai... Apa lagik?! Kak Yong terus posing 'peace ya'll' lah! ;P

~ Cik Odah memang ratu pose manja! Amik duit raya pun nak pose manja2 jugak! Ha3...

~ Holloh3..!!!

~ A_bern yang poyos bila dapat duit raya daripada Pak Su yang handsome. Errr... handsome..??? Motip apakah..??! Ha3...

~ Kak Yong pun dapat jugak...

~ A_bern memang mata duitan! Semput ah kak tau kalau ada 10 orang anak sedara macam dia! Fuh! Adeh3...

~ Banyak duit raya Kak Yong. Simpan kat Tabung Haji katanya... Bagus2... Kalau simpan kat akaun Acu dia yang kiut nie pun santekmenarikkomemangthebomb jugak! Ha3...

~ 'Kakak besor' dengan 'kakak kecik'. He3...

~ Turn abang & family plak nak berposing.

~ Mak & cucu2nya... Pejam celik, pejam celik, dah 4 orang dah cucu mak. 

~ Tetiba terselit plak muka Mak Yang kan... Layan jer la...

~ Geng2 pompuan plak berposing dengan mak. Tapi, nampak macam Rifqi terselit di situ. Eh2!!!

~ Hah! Yang nie baru betul! Geng lelaki bergambar dengan mak. Lelaki ada 4 orang jer dalam family aku. Geng pompuan lagik banyak merangkap mendominasi keturunan Mohd Adnan & Siti Rosiah. Girls power, bebeh! La3...

~ 3 Girls Power mencarik background lain untuk berposing iaitu di tepi pintu. Kira shot paling terbaik sangat la tu konon2nya kan... Ha3...

~ Nak amik portrait family raya. Tengah testing2 nih. Photographer (Abang Mie) tengah setting2 camera. Sebab tu dia takde dalam gambar.

~ & finally, this is our family portrait for Raya 2011. Yippie2..!!!

Lepas berposing raya, sume gigih mentouch up balik sebab nak pergi beraya..! Yahooo..!!! ;D


:: Like3, ek! ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google