SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label AIDILFITRI 2015. Show all posts
Showing posts with label AIDILFITRI 2015. Show all posts

Sunday, August 23, 2015

PERANCANG BANDAR

Raya3..!!! Tak habis2 lagik. Gigih, noks! Ha3...

Rumah kawan Mak a.k.a Kak Noni. Dari raya ke-2 nak beraya kat rumah Kak Noni. Tapi, Kak Noni takde kat rumah. Kenduri katanya...

So, Kak Noni set up hari lain untuk kami beraya & dia pun dapatlah masak2 something kan... 

~ My 'bodyguard & dayang2'. He3...

~ Kak Noni suruh lepak2 dulu sementara dia & maid set up meja. & kami pun ber-wefie..! Wee hoo..!

Kak Noni jamu nasik lemak, nasik impit & rendang ayam. Makan sambil chit chat... memang tak sedarlah dah berapa kali cedok untuk refill. Ha3...

Tapi, aku tukang dengor & gelak tersipu2 malu je la... Nak menyampuk, tak reti. Eceh! 

~ Aktiviti lepas makan. Babysit bebudak ni sambil jadik 'perancang bandar'. ;P

Best la pulak toys yang anak Kak Noni keluarkan tu. Even anak2 Kak Noni yang 2 orang tu pun terkagum2 tengok kami develop 'bandar kami'. 

Kak Yong kata, "Balai polis kena la letak kat sebelah pejabat. Nanti orang jahat tak berani la kacau papa & mama."

Kak Ngah kata, "Restoran kena letak kat sebelah taman yang ada banyak munge2 ni. Lepas main2 kat taman, boleh makan kat restoran."

Rifqi kata, "Acu, ini Ottomen & Ryukendo (sambil tunjuk 2 patung polis). Adik letak kat sini, ye? Boleh tangkap orang jahat."

Ha3... macam2lah korang ni kan... Dah kenyang lepas tu, kepoh!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, August 18, 2015

KEMBUNG PERUT AKIBAT LAKSA

Pencarian 'mangsa' masih diteruskan pada 3 Syawal. Misi terjah kekdahnya... 

Nasib la... siapa yang terima kedatangan kami sebagai tetamu. Redha ke... terpaksa ke... kami belasah je! Juadah raya pulak gerenti habis dikerjakan! Memang akan jadik 'mangsa' sangat la kan... Haaa... ngeri tak? Ngeri tak? Hiks...

~ Rania dah tak sabor nak ajak Nenek dia, buat misi terjah. He3...

Pertama sekali, terjah rumah kawan Kakak. Kawan zaman childhood a.k.a setadika. Dah lama kot tak bersua muka. Finally, jumpa di Facebook katanya... Misi terjah merangkap jejak kasih la kiranya ni kan... He3...

~ Mereka gigih bersembang, kami pulak gigih berwefie. Heh3...

Juadah raya yang disediakan adalah laksa. Ok, fine... Tak payah nak wefie sangat wahai anak sedaraku... Marilah kita mencekik laksa dulu. Lepas tu, boleh sambung berwefie balik. Ha3... #BurukNau2Perangai

Misi terjah diteruskan...

Kali ni, ke rumah Wak pulak a.k.a rumah wajib setiap tahun. Sebelum terjah, dah roger2 dulu. Tapi, tak berjawab. So, gamble je la... Ada rezeki, dapat la beraya dengan Wak. Kalau takde, redha je la...

Dipendekkan cerita, Wak takde kat rumah. Maka kami pun meneruskan misi terjah ke rumah kawan Kakak lagik... Rumah Kak Yati. Dijamu dengan laksa, mee kari & tapai ubi. Laksa dia... perrgghhh... pekat, likat, melekat, jitu & yang seumpamanyalah! Kembung perut we ols akibat laksa... Ha3...

Rumah terakhir adalah rumah Abang. Kojo sonang nih! Lepak2, tido2, makan2... itulah aktiviti di rumah Abang. Best2. Aku suka je. ;)


p/s: Ye, aku tau Syawal baru je berlalu. Tapi, sukahati tuan tanah kedaunglah! Peace! Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, August 14, 2015

LUCKY DRAW RAYA

Raya ke-2 adalah turn beraya kat rumah Mak pulak. Kakak & Abang pun dah roger2, tanya pukul berapa nak sampai kat rumah Mak. Kesimpulannya, aku dengan Oppa yang sampai dulu. Diorang lambat sikit sebab tengah tunggu turn nak mandi kat rumah mertua memasing. Paham2 je lah... raya kan... Queue nak masuk bilik air kompom panjang sedepa.

Takpe, bagus jugak begitu. Bolehlah aku & Oppa habiskan lauk-pauk raya air tangan Mak yang sememangnya daebak! Tinggalkan tulang2 dengan pinggan2 kotor je untuk mereka. Haaa... nampak tak kekejaman di hari raya di situ..?! Ha3...

Hari raya belah family aku pun tak pernah sunyi dengan photoshoot. Lepas photoshoot, terus berdesup... ziarah sedara-mara / kawan2. Takkan ada di rumah. Kalau nak jumpa, cariklah kami di rumah sedara-mara / kawan2 tersebut. Ha3...

~ Songkok lintang tu memang... #Halusssss ;P

~ Hokay, sopan sikit, pehhh--liss..! ;)

~ Saranghae... Roh 'Kang Gary & Song Ji Hyo' meresap masuk dah. Ha3...

~ Melompat raya... konsep dia. Rifqi = 'Mangsa keadaan' Acu dia. He3...

~ Photographer tak bertauliah ni pun nak enterframe jugak. 

~ Peace, ya'll..! ;P
~ Semua dah siap, dah cool & dah make up cantik2. So, bolehlah amik gambar family. Yang paling cantik vogue da vass of courselah gigirl yang tepaling kiri di barisan belakang tu. Awwsss2..!!! Ha3...
~ Ini konsep dia adalah... gila2 di hari raya. Ha3...

~ Asal suruh free style je, semua jadik ting tong. Asal ting tong je, semua free style. Hiks...

Tahun ni ada 1 perbezaan. Ada Lucky Draw Raya, hoiii2..!!! Dianjurkan oleh satu2nya abang kandung yang aku ada. 'Si tauke XOX.' Tetttttt......... ;P

Jimat melampau2 katanya! Tapi, aku tak reti nak explain lebih2. Kalau teringin nak tau, terjah je la Facebook beliau ni. ;)

Abang dah sediakan lucky draw berupa 5 keping angpau raya yang masing2 mempunyai nilai wang yang berbeza di dalamnya. Paling tinggi adalah 15 hengget kot... & paling rendah adalah 2 hengget. Peserta terdiri daripada adik-beradik, ipar-duai & anak sedara beliau. Mak & ahli keluarga penganjur tak dibenarkan participate sebab memasing dah dapat angpau spesel.

Memula, Abang suruh cabut je mana2 angpau yang jadik idaman hati. Tapi, macam tak function je kekdah tu sebab memasing gigih macam nak terkam beliau. Ha3...

Finally, Abang aci baling je semua angpau2 tu. Nasib la ko dapat kutip yang mana 1. Aku syak akulah pemenang Lucky Draw Raya tersebut. Sebab aku kan #JiHyo, si Ace yang selalu bertuah! Heh3...

Tapi, hampeh! Sebab aku punya nilai angpau hanyalah 2 hengget. Paling rendah, hokay..! Stress ah kak tau! Dah rasa macam Lee Kwang Soo pulak. Uwaaawaawaaa...

~ Berbangga dengan angpau raya memasing. Pemenang adalah Kakak kot... Oppa dapat 5hengget, aku dapat 2 hengget, jumlah keseluruhan = 7 hengget. Bolehlah buat bayar bil air. Hu3...

Sepatutnya, family mertua aku datang beraya pagi tu. Tapi, ding-dong, ding-dong, takde rezeki nak beraya. Even Mak & aku dah siapkan juadah raya spesel, siap susun2 semua kat meja ruang tamu. Plannya, lepas mereka datang, barulah kami move on... beraya. 

Dipendekkan cerita, family mertua ke Selabak dulu & diorang suruh kami go on beraya dulu, kemudian baru roger2. Al kessahnya... family aku kalau beraya memang tahap tak ingat nak balik. Ha3... 

Dari Teluk Intan sampailah ke Batu Gajah nun... Malam baru sampai rumah Mak. So, takpe la... takde rezeki. Raya haji / raya2 yang akan datang je la kot... In shaa Allah... ;)

~ Jalan2 raya...

Rumah pertama adalah rumah kawan Kakak. Sedap pulak bihun sup yang kawan Kakak buat. ;P

~ Rumah ke-2 pun adalah rumah kawan Kakak kat Chenderong Balai. Kami memang suka buat rumah orang macam rumah sendirik. Harap maklum. Ha3...


~ Berjaya bawak Ottomen Mebius enterframe. Bukan main girang lagik si Ottomen Mebius tuh. Ha3...

~ Oppa sentap sebab tak dapat duit raya. Terpaksa la #JiHyo pujuk. He3...

~ Siblings forever... Tetiba, Ottomen Mebius enterframe. Dengki lettew..! Ha3...

~ Rumah ke-3 adalah rumah Pak Tam. 

~ Makanan kat rumah Pak Tam pun cantik menarik tertarik komemangthebomb jugak! Nasik putih + ikan goreng + ikan sepat masin goreng + masak lemak kobis + kari ayam + sambal belacan. Perrgghhh..!!! Ko mampu nak tolak makanan yang seumpama itu? Aku... kompom tak mampu! Belasah! Ha3...

Rumah terakhir adalah rumah Uteh. Pun ada makanan yang... masha Allah... Superb! Nasik putih + ikan goreng + telur dadar + sayur campur + ikan masin goreng + sambal belacan. O.M.G..! Dari perut agak sederhana kenyang, terus lapor balik. Automatik! Ha3...

Apa yang berlaku di hari raya ke-2 tu semuanya best2 & happy2 belaka. Tapi, yang paling win adalah... Lucky Draw Raya. Daebak! 

Terima kasih kepada organizer. Semoga Abang sukses dengan bisnes XOX-nya. Semoga Allah murahkan rezeki. Semoga impian tercapai. Aminnn...

Lain tahun, sila buat Lucky Draw Raya lagik. Sharing rezeki kekdahnya... Kasik up sikit nilai angpau tuh. Supaya makin berkobar2 semangat kami nak merebut angpau. He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, August 9, 2015

GAZEBO RAYA

Tahun ni, giliran beraya di rumah mertua. Takpe... Takde isu pasal tu sebab setakat ni, sistem giliran berjalan lancar. Adil & saksama. Eceh! ;P

Tema adalah brown. Takpe... yang ni pun tak timbul isu sebab baju raya kaler brown sedondon dah disiapkan awal2. Tunggu masa nak sarung & berphotoshoot je di pagi raya tu. Tak sabor kekdahnya... He3..

Agenda utama time raya adalah bermahap2-an & photoshoot. Well... photoshoot lah yang paling win! Sebab tahun ni ada gazebo raya. Lokasi photoshoot paling hebat setakat ini. Hoyyeahhh..!!!

~ 'Dirasmikan' oleh 'Dato' & Datin Sri'... Ha3...

~ Tak kira! Photographer wajib layan kerenah 'Dato' & Datin Sri' ni. 

~ Amik gambar kami sampai lebam, hokay! Ahaks...

~ Nasib la... siapa jadik photographer tu. Ha3...

~ Ini dia 'mangsa keadaan a.k.a Mr. Photographer' yang berkaitan. ;P

~ Hokay, mungkin boleh jadik family portrait. ;)

~ Walaupun sebenarnya masih tak cukup kuorum. Hu3...

~ Segmen 'Family Adik-beradik Bersama Ibu Bapa' pulak. Starting with Abang Poi & family.

~ Oppa & #JiHyo nya. Ecewah! Ahaks...

~ Huda terpaksa 'lone ranger' sebab Kerol bertugas di hari raya. Syahdu je...

~ A-im & family.

~ Jejah & Mon, add-on Athirah. He3...

~ Haaa... Bulat memang 'lone ranger' jugaklah sebab masih single.

~ Segmen 'Tanjat Gigirls' pulak. 

~ Khas untuk kaum Hawa. 

~ Photographer je kaum Adam. He3...

~ Meliuk-lentok bagai tak hengat, kata ko..! Hiks...

~ Haaa... yang ini Segmen '#AkuYangBergambarKauYangPanas Ha3...

~ Maknanya, suka hati la sesiapa pun yang nak buat photoshoot. Kalau ko rasa ko masih cool dengan terik mentari yang membahang / masih mampu tersenyum girang walaupon peluh memercik2 laju, silakanlah. 

~ Jejah & Mon pun tak nak kalah wooo..! Ha3...

Segmen #AkuYangBergambarKauYangPanas tu memerlukan kekebalan cuping & gegendang telinga yang tinggi. Sebab ko pasti akan dengor sok sek sok sek photographer yang suruh ko stop berphotoshoot. Photographer dah panasss... kot..! Ha3...

Tak sia2 Projek Gazebo Raya ni. Syabas to Oppa, Abah & semua pihak yang menjayakan pelaksanaan Projek Gazebo Raya. Kalian memang daebak! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google