SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, August 14, 2015

LUCKY DRAW RAYA

Raya ke-2 adalah turn beraya kat rumah Mak pulak. Kakak & Abang pun dah roger2, tanya pukul berapa nak sampai kat rumah Mak. Kesimpulannya, aku dengan Oppa yang sampai dulu. Diorang lambat sikit sebab tengah tunggu turn nak mandi kat rumah mertua memasing. Paham2 je lah... raya kan... Queue nak masuk bilik air kompom panjang sedepa.

Takpe, bagus jugak begitu. Bolehlah aku & Oppa habiskan lauk-pauk raya air tangan Mak yang sememangnya daebak! Tinggalkan tulang2 dengan pinggan2 kotor je untuk mereka. Haaa... nampak tak kekejaman di hari raya di situ..?! Ha3...

Hari raya belah family aku pun tak pernah sunyi dengan photoshoot. Lepas photoshoot, terus berdesup... ziarah sedara-mara / kawan2. Takkan ada di rumah. Kalau nak jumpa, cariklah kami di rumah sedara-mara / kawan2 tersebut. Ha3...

~ Songkok lintang tu memang... #Halusssss ;P

~ Hokay, sopan sikit, pehhh--liss..! ;)

~ Saranghae... Roh 'Kang Gary & Song Ji Hyo' meresap masuk dah. Ha3...

~ Melompat raya... konsep dia. Rifqi = 'Mangsa keadaan' Acu dia. He3...

~ Photographer tak bertauliah ni pun nak enterframe jugak. 

~ Peace, ya'll..! ;P
~ Semua dah siap, dah cool & dah make up cantik2. So, bolehlah amik gambar family. Yang paling cantik vogue da vass of courselah gigirl yang tepaling kiri di barisan belakang tu. Awwsss2..!!! Ha3...
~ Ini konsep dia adalah... gila2 di hari raya. Ha3...

~ Asal suruh free style je, semua jadik ting tong. Asal ting tong je, semua free style. Hiks...

Tahun ni ada 1 perbezaan. Ada Lucky Draw Raya, hoiii2..!!! Dianjurkan oleh satu2nya abang kandung yang aku ada. 'Si tauke XOX.' Tetttttt......... ;P

Jimat melampau2 katanya! Tapi, aku tak reti nak explain lebih2. Kalau teringin nak tau, terjah je la Facebook beliau ni. ;)

Abang dah sediakan lucky draw berupa 5 keping angpau raya yang masing2 mempunyai nilai wang yang berbeza di dalamnya. Paling tinggi adalah 15 hengget kot... & paling rendah adalah 2 hengget. Peserta terdiri daripada adik-beradik, ipar-duai & anak sedara beliau. Mak & ahli keluarga penganjur tak dibenarkan participate sebab memasing dah dapat angpau spesel.

Memula, Abang suruh cabut je mana2 angpau yang jadik idaman hati. Tapi, macam tak function je kekdah tu sebab memasing gigih macam nak terkam beliau. Ha3...

Finally, Abang aci baling je semua angpau2 tu. Nasib la ko dapat kutip yang mana 1. Aku syak akulah pemenang Lucky Draw Raya tersebut. Sebab aku kan #JiHyo, si Ace yang selalu bertuah! Heh3...

Tapi, hampeh! Sebab aku punya nilai angpau hanyalah 2 hengget. Paling rendah, hokay..! Stress ah kak tau! Dah rasa macam Lee Kwang Soo pulak. Uwaaawaawaaa...

~ Berbangga dengan angpau raya memasing. Pemenang adalah Kakak kot... Oppa dapat 5hengget, aku dapat 2 hengget, jumlah keseluruhan = 7 hengget. Bolehlah buat bayar bil air. Hu3...

Sepatutnya, family mertua aku datang beraya pagi tu. Tapi, ding-dong, ding-dong, takde rezeki nak beraya. Even Mak & aku dah siapkan juadah raya spesel, siap susun2 semua kat meja ruang tamu. Plannya, lepas mereka datang, barulah kami move on... beraya. 

Dipendekkan cerita, family mertua ke Selabak dulu & diorang suruh kami go on beraya dulu, kemudian baru roger2. Al kessahnya... family aku kalau beraya memang tahap tak ingat nak balik. Ha3... 

Dari Teluk Intan sampailah ke Batu Gajah nun... Malam baru sampai rumah Mak. So, takpe la... takde rezeki. Raya haji / raya2 yang akan datang je la kot... In shaa Allah... ;)

~ Jalan2 raya...

Rumah pertama adalah rumah kawan Kakak. Sedap pulak bihun sup yang kawan Kakak buat. ;P

~ Rumah ke-2 pun adalah rumah kawan Kakak kat Chenderong Balai. Kami memang suka buat rumah orang macam rumah sendirik. Harap maklum. Ha3...


~ Berjaya bawak Ottomen Mebius enterframe. Bukan main girang lagik si Ottomen Mebius tuh. Ha3...

~ Oppa sentap sebab tak dapat duit raya. Terpaksa la #JiHyo pujuk. He3...

~ Siblings forever... Tetiba, Ottomen Mebius enterframe. Dengki lettew..! Ha3...

~ Rumah ke-3 adalah rumah Pak Tam. 

~ Makanan kat rumah Pak Tam pun cantik menarik tertarik komemangthebomb jugak! Nasik putih + ikan goreng + ikan sepat masin goreng + masak lemak kobis + kari ayam + sambal belacan. Perrgghhh..!!! Ko mampu nak tolak makanan yang seumpama itu? Aku... kompom tak mampu! Belasah! Ha3...

Rumah terakhir adalah rumah Uteh. Pun ada makanan yang... masha Allah... Superb! Nasik putih + ikan goreng + telur dadar + sayur campur + ikan masin goreng + sambal belacan. O.M.G..! Dari perut agak sederhana kenyang, terus lapor balik. Automatik! Ha3...

Apa yang berlaku di hari raya ke-2 tu semuanya best2 & happy2 belaka. Tapi, yang paling win adalah... Lucky Draw Raya. Daebak! 

Terima kasih kepada organizer. Semoga Abang sukses dengan bisnes XOX-nya. Semoga Allah murahkan rezeki. Semoga impian tercapai. Aminnn...

Lain tahun, sila buat Lucky Draw Raya lagik. Sharing rezeki kekdahnya... Kasik up sikit nilai angpau tuh. Supaya makin berkobar2 semangat kami nak merebut angpau. He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google