SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label BOLA SEPAK. Show all posts
Showing posts with label BOLA SEPAK. Show all posts

Wednesday, September 7, 2016

KAKI BANGKU PUN MAMPU ENJOYCE

#Throwback

Merujuk kepada diri aku sendirik. Tak kata kat orang lain pun... 

Tak kesah la bola apa. Bola sepak ke... bola jaring ke... bola baling... basketball... aku tak pernah main dengan serius. Tak pernah jadik wakil negeri, sekolah mahupun rumah sukan. Kategori bukan sportswoman.

Tapi, tak bermakna aku langsung takde interest kat apa2 sukan. Aku layan je... Tukang tengok, tukang kepohchi & tukang sorak. He3...

Oppa peminat bola sepak. Sekali-sekala Oppa ajak tengok bola live kat stadium, aku ok je. Paling latest adalah Piala FA, Perak vs PKNS. #Throwback ni... #Throwback. He3...

~ Singgah lunch kat Tapah. Ikan tilapia bakar adalah specialty.  

Gerai ni macam jadik tumpuan jugak la... Sejenis deretan gerai makan. Tepi jalan je. Nama gerai, aku tak ingat. Nak bagi direction pun, kompom ke laut dalam pergi dia. Makanya, pandai2lah korang google & Waze. Sila berdikari. Ha3...

~ Akibat kekenyangan... He3...
Kami check in kat Paragon City Hotel. Paling ideal, paling strategic. Sebab malam kang nak menapak ke Stadium Perak. 8 minit je jalan kaki. Tak kose naik kereta. Berchenta nak parking & berchenta pulak nak keluar dari parking once game dah habis. Oppa & Abang la kata... Diorang lebih arif. Aku ok jerrr... Mana2 pun bollehhh...

~ Lobby. Amik mood dulu. Heh3...

~ Stretching sementara tunggu dapat kunci bilik.

~ Landing

~ Seorang Mother & seorang daughter yang gumbira. ;)

~ Puan Sri sedang berehat. Jangan kaco! 
~ Gigih, dowh..!



Mother lepak bilik je. Tak follow ke stadium. Mother layan live kat tv je. Kak Aneem & anak2 pun cenggitu jugak. So, yang menapak adalah aku, Oppa & Abang.

Berlengas pun berlengaslah. Yang penting, enjoyce! Happy, babe sebab dapat feel tu! ;D

~ Bendera bergerak.

~ Perak vs PKNS
~ Geng bola.
~ Keterujaan

Meng-loncat, meng-jerit, meng-boo, meng-bebel & meng-macam2lagilah yang kami buat. Best! Feeling cenggini hanya boleh didapati bila tengok live kat stadium. Tak kira kaum, tak kira bangsa... semua sibuk nak support team negeri / faveret memasing.

Tu belum lagik masuk bab 'drama2' live di tengah padang. Kalau team lawan buat 'drama', perrgghhh... meluat, menyampah, kena kecam kaw2! Ha3...

Tapi, kalau team yang disokong yang buat 'drama', semua pakat diam. Senyap-sunyi. Hamboih, bersatu hati sangat..! Ha3...

Malangnya, rezeki tak berpihak pada team Perak... Kami kecewa... sedeh... bad feelings la... Tapi, it's fun! Errr... paham tak maksud dia tuh? Kiranya... maksudnya... kalau kita anggap sesuatu game itu adalah game, adapt & hadam ia secara profesional plus bakal berakhir dengan ada pengalah & pemenang, then kita akan secara automatik boleh terima the keadaan walaupun kalah. Bab menang toksah cerita la... Memang kompom rasa best! Betul tak?

So, tak perlu la kot nak fanatik sangat... Baling2 mercun, bakar2 stadium... apa kejadahnya semua tu, bapak2 ibuk2 sekalian..??! Tak mengubah keputusan game pun... Silap haribulan, ko ke dalam jawabnya..! Choiii sangattt..!

Hokay, paham kan maksud "it's fun' tadi tu?

Esoknya, breakfast kat hotel je. Nasik goreng, bihun goreng, mee goreng & kuih. Boleh la... buat alas perut. 

~ Rezeki. Alhamdulillah...
~ Rifqi baru potong rambut. Skinhead! Ha3...

~ Ottomen skinhead. ;P

Bosan. Tak tau apa nak buat dah sementara nak tunggu check out. Oppa ajak lepak kat Padang Polo. Hokay... ON!

~ Sampai dah. Wefie dululah.

~ Lepas tu, mereka ini sibuk dengan surat khabar. Kasehan ah kak keseorangan... Tsk3...

~ Ah kak bawak diri sambil menikmati pemandangan. ;P

Pukul 11.30 pagi, kami check out. So, kepada yang datang jauh2 (luar Ipoh) tapi, gigih nak tengok bola kat stadium, nak menapak macam kami mahupun drive / merempit, disyorkan menginap kat Paragon City Hotel.

Paragon City Hotel,
No. 1, Jalan Dato' Haji Megat Khas,
Taman Bandaraya Utama,
31400 Ipoh, Perak.

No. Telefon: 05-5450900

Siapa kata kaki bangku tak boleh menikmati & enjoyce tengok game bola? Ah kak mampu... korang2 yang kaki bangku tapi, was2 nak laburkan duit sekali-sekala tengok live kat stadium pun pasti mampu. Silakan... Eceh! Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, June 29, 2014

KAMU BERSALAH!

Demam World Cup. Ada yang sanggup bersengkang mata tengok team faveret beraksi... ada yang rajin check jadual game via surat khabar / online... & macam2 lagiklah ragam peminat fanatik bola. Termasuklah My 'Jebat'. Nak stay up, nak tengok team 'A' main la... team 'B' la... bla3... Tapi, end up... bola yang tengok dia! Selalu sangat! Ha3...

Aku bukan peminat. Tapi, bukan jugak tergolong dalam haters / tak minat langsung. Aku jenis yang ok-ok... Kalau rasa best, aku layan jugak, especially bila player2 dia handsome. Ha3... 

Macam masa Oranje lawan team mana ntah... tak hengat... My 'Jebat' dok sebut2 pasal van Persie. Aku dengor, aku angguk2 sambil main game Apo Bondo Eh Ni? Maknanya, mulut dengan telinga je dok respon kat My 'Jebat', mata pulak ke Tablet. 

Stop kejap main game sebab leher & jari-jemari dah lenguh. Massage2 lelebih kurang, sambil chit chat dengan My 'Jebat'...

"B, siapa van Persie tu?... Terror sangat ke dia main?... Yang mana 1 pokcik van Persie tu?... Handsome ke?"

Soklan yang last tu memang tak boleh blah! Tapi, soklan wajib jawab tuh. Ha3...

~ Robin van Persie. Disebabkan kamu aku terjebak tengok World Cup. Kamu yang bersalah! Ingat tuh! Ha3...

*Credit to: bet


:: Like3, ek! ::



Friday, May 23, 2014

SIAPA NAK REMOTEEEEEEE......???!

'Siapa nak remoteeeeeeee.........???!'

Pernah dengor kan soklan kat atas tuh? Kompom terbayang2 ada sorang budak pakai kot, sebelah dia ada sorang lelaki (Encik Adam) a.k.a suami / anak, kat depan diorang ada sorang pompuan a.k.a isteri Encik Adam & sorang pompuan tua a.k.a mak Encik Adam. Isteri & mak tu dok berebut remote sebab isteri nak tengok Masterchef Selebriti tapi, mak nak tengok Primadona.

Boleh imagine ke tak ni, weh? ;P

Motippp... adalah malam ni ada game bola, Perak vs Sarawak. & malam ni jugak ada Ceria Popstar. Kesimpulannya, #jebatmas sedang 'berebut' remote! 

Game bola tu of courselah My 'Jebat' kan... Ceria Popstar tu pulak, of courselah ah kak. Ha3... Tetiba terjebak dengan Ceria Popstar. Kak Yong & Kak Ngah punya pasal la nih! Salahkan diorang sebab diorang yang paksa tengok. Lepas tu, aku rasa macam best. Terjebak sampai ke sudah. Comel sangat Kashika tuh! Hadoih! 

Kembali pada isu #jebatmas berebut remote...

Masalah perebutan nampak macam dah selesai sebab game bola tak on air secara live. Siaran tertunda. My 'Jebat' tengah mengaum sambil usap2 kening yang berparut. Ha3... 

Tak payah nak mengaum sangat la B, oiii..! Meh tengok semi final Thomas Cup, meh! Datuk Lee Chong Wei vs Tommy Sugiarto. MALAYSIA BOLEH!!! ;D

Ceria Popstar kita record je. Terima kasih PVR. ;)

Hmmm... dekoder ke-2 dah siap install kat dalam master bedroom. Lama dah. TV je yang 'tak install2' lagik. My 'Jebat' tengah kaji 'penyata kewangan'. Ha3... Hadoih!


:: Like3, ek! ::



Tuesday, April 23, 2013

KEPADA KAKI BOLA...

Dating dengan my 'sayang'...

Kat Restoran Arena tu, haaa..! Ok jugak kot lepak kat Arena ni... Tak havoc sangat & tak sunyi sangat. Sedang2 gitu..!

Plus, aku dah terjatuh chenta dengan bihun sup Arena. Sodap!

~ Sempat jugaklah aku snap astray yang disediakan kat Arena. Berkonsepkan team bola sepak fofular... Liverpool FC.

~ Horlicks 'jumpa' teh o ais limau. ;P

~ Bihun sup idaman ah kak. Secukup rasa..! 

~ My 'sayang' makan sup tulang...

~ dengan nasik goreng ikan masin.

Kepada kaki2 bola, boleh la kalau nak melepak kat Arena nih. Sambil makan makanan yang boleh tahan sodap tuh, boleh la layan game bola. Pilih je nak makan under roof ke... atau open air. Kalau under roof, boleh tengok bola kat tv plasma. Open air pulak ada white screen disediakan.

Harga memang affordable. Mampu milik punya..! Jangan risau! ;)


:: Like3, ek! ::



Sunday, May 20, 2012

BILA KONTRAKTOR LAWAN WANITA...

Jangan tak tau... my 'sayang' sekarang tengah gigih bersukan balik. Misi nak menjadik sportsman kata ko! ;P

Main bola sepak & badminton. Join geng2 kontraktor dialah. Siap ada Perlawanan Persahabatan lagik, noks! Dasat2... ;P

~ Jangan sentap, ek bila tengok tarikh kejadian. Harap maklum. Heh3...

Sebelum game nih, boleh dikatakan tiap2 petang my 'sayang' pergi training main bola kat padang SMK Seri Kandi. Kesian bini dia asik kena tinggal kat rumah. Owh... sob3...

Heh! Propa sangat..! He3... My 'sayang' ajak je aku join tengok dia training. & ada la jugak 3-4 kali aku pergi tengok. Tapi, kalau penat sangat memang tak la... Sebab diorang training mostly on weekdays, lepas opis hour, kekdahnya...

Tapi, bila tiba hari game, memang takde kompromilah! Ah kak kasik full support kat my 'sayang'. Ah kak datang tengok dengan mak. Abang & family pun join jugak. Sokongan moral kata ko! ;P

~ The VVIP-ies...

~ Penyerahan cenderahati daripada Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Hilir Perak (PKMMHP) kepada VIP jemputan.

~ Players pun bertukar2 cenderahati jugak.

~ Eh! Lupa nak bagitau... actually, game ni adalah antara PKMMHP dengan Pasukan Bola Sepak Wanita Kebangsaan Malaysia.

~ Means, geng kontraktor vs geng wanita la nih.

~ Bergambar tak hengat dulu sebelum masuk padang.

~ WANITA, hokay..! ;P

~ Pose senget daripada my 'sayang'. He3...

~ Game belum mula, my 'sayang' dah terjah 'tangki' air minum dulu. Adeh3...

~ See2!!! 

~ Let the game begins...

~ Jaga2!!! 'No. 79' nak masuk padang..! Ha3...

~ 'No. 79' pemain faveret ah kak..! Owh... 'Abang No. 79'... Heh3... 

~ WANITA injured!

~ WANITA menggelecek, 'Abang No. 79' mengejor! ;P

~ 'Abang No. 79' semput sebab bloating, terlebih minum air sebelum masuk padang. Ha3...

~ Pom2 girl yang nampak boyish. Heh3...

~ Pom2 girl #2. Cewwah!

Nervous tau ah kak menengok game nih! Nervous takut kontraktor kalah 1 hal... nervous tengok my 'sayang' yang berlari2 anak kat tengah padang pun 1 hal! Jarang kot tengok my 'sayang' berlari2 macam tu... Takut pengsan bawak perut. Ha3...

Kontraktor menyengat jugak mula2. Siap sumbat gol lagik. Tapi, wanita takmo mengaku kalah. Akhirnya, wanita menang, 3-2. Congrats2...

Walaupun kontraktor kalah tapi, dapat sumbat 2 gol tu pun dah kira orait kan... Chill2... ;)

Well... orang kata, kalau seseorang lelaki tu jenis sportsman, badan dia makin fit. Tapi, kalau elok2 lepas habis game dia bantai makan kuih dengan bihun goreng siap minum air ais bercawan2, macam mana nak dikategorikan tuh? *Merujuk kepada my 'sayang', ek!* 

;P


:: Like3, ek! ::



Wednesday, April 18, 2012

BERTABAHLAH WALAUPUN KALAH

Hari Isnin, my 'sayang' ada friendship game dengan cikgu-cikgi SMK Seri Kandi. Alaaa... game bola sepak yang dia dok training secara gigih tapi, last2 semput tu la... ;P

Hari2 dok tengok my 'sayang' & the geng training. Tu yang buat cikgu-cikgi tu tetiba terberminat nak buat friendship game. Agaknya la kan... 

Ah kak memula nak kasik moral support merangkap cheer leader di tepi padang tapi, cancel sebab macam takde geng kan... Nak bawak Kak Yong ngan Baby Odah... tup2 hujan renyai2 la pulak. Hujan macam on-off. Kejap hujan, kejap berenti. Kesimpulannya, aku dok diam2 kat rumah je, tunggu my 'sayang' balik, bagitau keputusan. Heh!

"Aaby, team kitorang kalah la game tadi. Kena 'belasah' 1-0 dengan cikgu-cikgi. Hu3..."

Reaksi aku: sadis + nak gelak! Kejam tak? ;P 

Sebelum kena sekeh, cepat2 aku cakap...

"Bertabahlah, B. Chaiyok2!"

'Bertabahlah' tu pinjam word exclusive Kak Tomomi a.k.a Kak Jem. Kiut kot word tuh! He3...


:: Like3, ek! ::



Monday, April 16, 2012

DEMAM BOLA

Eh! Jangan tak tau... my 'sayang' sekarang ni tengah gigih training bola tiap2 petang tau! Bila pikir sekali, rasa macam, 'Eh, bagusnya lah laki aku nih sebab mengjoin aktiviti yang menyihatkan badan.' Tapi, bila pikir lebih dari seploh kali, terus rasa macam, 'Comelnya perut dia bila berlari2 anak sambil tendang2 bola tuh. Ha3...'

Bukan training suka2, hokay..! Training sebab 19 April 2012 ni ada game. Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) vs Team Bola Sepak Wanita Malaysia. Amekaw! Tak agak2 nak melawan tuh! ;P

My 'sayang' of cos la team PKMM kan...Heh!

~ 1st evening my 'sayang' training, aku tumpang menebeng. Moral support kata ko! ;P Duduk diam2 dalam kereta je pun sebab takde geng. Jadik mamarazzi. Hu3...

~ My 'sayang' buat lawak. Poyos je kata training tu kat padang SMK Perwira. Bila kami sampai, tengok nan ado pun geng dia yang tengah sepak bola kat padang! 

Aku syak my 'sayang' dah termissunderstanding merangkap dah tersalah padang. Bila my 'sayang' roger2 geng dia, memang betullah syak-wasangka aku tuh! Rupa2nya kat padang SMK Seri Kandi. Dah kena u-turn. Haish!

~ Sampai2 terus kena gelak ngan geng. Plus, diorang dah habis training dah. Training la my 'sayang' sorang2 di situ sambil dengor geng2 gelakkan dia. Isk3... Belum apa2 dah ada masalah disiplin nih, tak boleh jadik! ;P

~ Nasib baik Adha sudi jadik tukang teman my 'sayang' training. Aci sepak2 warming-up gitu2 je la kot. He3...

Tak lama lepas tu, sorang2 join my 'sayang' & Adha. Lama2, semua pun start main balik. Semangat setiakawan kata ko! Bagus!

Aku yang jadik pemerhati dari dalam kereta ni pun naik syiok tengok diorang training. Lawak kot bila tengok team yang tak berapa nak fit & didatangkan dalam pelbagai saiz berlari2 anak kejor bola yang bulat sejibik macam perut2 diorang tuh! Ha3... Larikksss..!!!

Paling tak menahan bila bola masuk longkang & ada pulak yang menjerit...

"Woiii, korang..! Tengok 'anak gajah' amik bola dalam longkang..! Ha3..."

'Anak gajah' katanya..! Senak perut aku gelak tau! Hadoiiyaiiinyapun..! ;D

Koranggg... memang tak agak2 kan mulut tuh... Propaganza sangat..! ;P


:: Like3, ek! ::



Sunday, January 8, 2012

RINDU BANGET, DONG! ;P

Badan lenguh tapi, gigih jugak nak berblogging! Semangat kata ko! Ngeh3...

Baru balik dari kampung, actually. Rumah mertua. Pukul 7 p.m tadi sampai rumah. Owh... home sweet homelah! Rindu banget, dong sama rumah! Hiks...

Siang2 lagik my 'sayang' dah mintak permission nak chop remote & tv sebab nak tengok bola pukul 9 p.m nanti. Ikutkan hati, macam nak osom je sebab ah kak nak tengok Keeping Up With Kardashians. Faveret, bebeh! Tapi, sebagai isteri mithali... cewah... ha3... takpe la... ah kak kasik chance la... Plus, rasa macam nak focus kat bloglah malam ni. ;)

Semoga my 'sayang' happy menengok tv... Jangan tv yang tengok dia, sudah! He3...


:: Like3, ek! ::

Tuesday, November 22, 2011

BUKAN ENTRY PROVOKASI

Standing ovation everybody...


& cue music, please..!


Negaraku...
Tanah tumpahnya darahku...
Rakyat hidup...
Bersatu & maju...
Rahmat bahagia...
Tuhan kurniakan...
Raja kita...
Selamat bertakhta...
Rahmat bahagia... 
Tuhan kurniakan...
Raja kita...
Selamat bertakhta...


Terus tak bergelora langsung Stadium Gelora Bung Karno malam tadi bila lagu Negaraku berkumandang. Dalam hati jer la kot yang bergelora sebab kalah di tempat sendirik. Ha3... Tu la... siapa suruh tak respect national anthem orang lain... Kan dah kena tulah! He3...


Sunyi sepi terus Gelora Bung Karno! Amekaw!!! 


'Errr... bapak2, ibuk2... nggak mau nyanyi sama gue???' 


Ha3...


*Nota kaki: Ini bukan entry provokasi tapi, entry bersifat realiti. ;P




:: Like3, ek! ::





GARUDA PATAH SAYAP, HARIMAU MUDA TUNJUKKAN BELANG!

Bangga giler!!!

Hari nie, rasa macam nak senyum sampai telinga selama 24 jam tanpa henti, bebeh! La3... ;D

Penangan final bola sepak Sukan SEA la nih! Terjerit2 aku kat rumah mak tau! Siap terlompat2 baling2 bantal lagik ko! Over ah kak... Ha3...

Pagi nie, suara macam serak2 basah ala Dayang Norfaizah dah. Tapi, takpe... Pengorbanan kot namanya... Berbaloi2! Sebab akhirnya...

Garuda patah sayap, HARIMAU MUDA TUNJUKKAN BELANG!!!

~ Owh... Apek! You rock, bebeh! ;P
~ Good job Harimau Muda!
~ Terima kasih Ong Kim Swee...

*Credit to: kosmo, sukanmalaya dan nst

Glory2..!!! ;P & terus rasa nak menyanyi2!

'Oleee3... Kita menang... Kita lah juara... La3...' 


:: Like3, ek! ::





i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google