SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label MY 'SAYANG. Show all posts
Showing posts with label MY 'SAYANG. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

BILA KONTRAKTOR LAWAN WANITA...

Jangan tak tau... my 'sayang' sekarang tengah gigih bersukan balik. Misi nak menjadik sportsman kata ko! ;P

Main bola sepak & badminton. Join geng2 kontraktor dialah. Siap ada Perlawanan Persahabatan lagik, noks! Dasat2... ;P

~ Jangan sentap, ek bila tengok tarikh kejadian. Harap maklum. Heh3...

Sebelum game nih, boleh dikatakan tiap2 petang my 'sayang' pergi training main bola kat padang SMK Seri Kandi. Kesian bini dia asik kena tinggal kat rumah. Owh... sob3...

Heh! Propa sangat..! He3... My 'sayang' ajak je aku join tengok dia training. & ada la jugak 3-4 kali aku pergi tengok. Tapi, kalau penat sangat memang tak la... Sebab diorang training mostly on weekdays, lepas opis hour, kekdahnya...

Tapi, bila tiba hari game, memang takde kompromilah! Ah kak kasik full support kat my 'sayang'. Ah kak datang tengok dengan mak. Abang & family pun join jugak. Sokongan moral kata ko! ;P

~ The VVIP-ies...

~ Penyerahan cenderahati daripada Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Hilir Perak (PKMMHP) kepada VIP jemputan.

~ Players pun bertukar2 cenderahati jugak.

~ Eh! Lupa nak bagitau... actually, game ni adalah antara PKMMHP dengan Pasukan Bola Sepak Wanita Kebangsaan Malaysia.

~ Means, geng kontraktor vs geng wanita la nih.

~ Bergambar tak hengat dulu sebelum masuk padang.

~ WANITA, hokay..! ;P

~ Pose senget daripada my 'sayang'. He3...

~ Game belum mula, my 'sayang' dah terjah 'tangki' air minum dulu. Adeh3...

~ See2!!! 

~ Let the game begins...

~ Jaga2!!! 'No. 79' nak masuk padang..! Ha3...

~ 'No. 79' pemain faveret ah kak..! Owh... 'Abang No. 79'... Heh3... 

~ WANITA injured!

~ WANITA menggelecek, 'Abang No. 79' mengejor! ;P

~ 'Abang No. 79' semput sebab bloating, terlebih minum air sebelum masuk padang. Ha3...

~ Pom2 girl yang nampak boyish. Heh3...

~ Pom2 girl #2. Cewwah!

Nervous tau ah kak menengok game nih! Nervous takut kontraktor kalah 1 hal... nervous tengok my 'sayang' yang berlari2 anak kat tengah padang pun 1 hal! Jarang kot tengok my 'sayang' berlari2 macam tu... Takut pengsan bawak perut. Ha3...

Kontraktor menyengat jugak mula2. Siap sumbat gol lagik. Tapi, wanita takmo mengaku kalah. Akhirnya, wanita menang, 3-2. Congrats2...

Walaupun kontraktor kalah tapi, dapat sumbat 2 gol tu pun dah kira orait kan... Chill2... ;)

Well... orang kata, kalau seseorang lelaki tu jenis sportsman, badan dia makin fit. Tapi, kalau elok2 lepas habis game dia bantai makan kuih dengan bihun goreng siap minum air ais bercawan2, macam mana nak dikategorikan tuh? *Merujuk kepada my 'sayang', ek!* 

;P


:: Like3, ek! ::



Friday, April 20, 2012

AKSI CANDID TERLAMPAU (ACT) #17~ : CARA2 SEXY MENGHIDUPKAN ENJIN JENTANI

Nak hidupkan enjin jentani bukanlah semudah yang disangka. Tambah2 pulak kalau jentani tu dah 8 tahun tersadai takde siapa2 guna atau pun jentani tu usianya dah lebih 1/2 abad!

Kalau takde skill yang tinggi, mau semput kita dibuatnya! Tapi, my 'sayang' ada cara paling sexy & spesel untuk hidupkan enjin jentani yang seperti kriteria di atas.

Sila rujuk gambar di bawah ye, anak2..! ;P

~ Memek muka tu bukan memek muka tengah menurun tau! Alkesahnya... kalau jentani tu tak mau hidup jugak enjinnya, adalah disarankan untuk nyanyi sambil muncung2kan mulut. Sejibik macam my 'sayang' buat nih! Ha3...

Kalau my 'sayang' tau aku jaja gambar ni, mau lapanploh kali keliling rumah dia kejor aku! Korang diam2 sudah, ye? Shhhhh....!!! ;P

Eh! Aku kepohchi2 pasal jentani ni, korang tau ke apekejadahnya mende alah tuh? Errr... kalau tau, sila kasik rating berapa mintang ACT ni, ek? Kalau tak tau pun kasik jugak rating! Paksarela! Heh3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, April 18, 2012

BERTABAHLAH WALAUPUN KALAH

Hari Isnin, my 'sayang' ada friendship game dengan cikgu-cikgi SMK Seri Kandi. Alaaa... game bola sepak yang dia dok training secara gigih tapi, last2 semput tu la... ;P

Hari2 dok tengok my 'sayang' & the geng training. Tu yang buat cikgu-cikgi tu tetiba terberminat nak buat friendship game. Agaknya la kan... 

Ah kak memula nak kasik moral support merangkap cheer leader di tepi padang tapi, cancel sebab macam takde geng kan... Nak bawak Kak Yong ngan Baby Odah... tup2 hujan renyai2 la pulak. Hujan macam on-off. Kejap hujan, kejap berenti. Kesimpulannya, aku dok diam2 kat rumah je, tunggu my 'sayang' balik, bagitau keputusan. Heh!

"Aaby, team kitorang kalah la game tadi. Kena 'belasah' 1-0 dengan cikgu-cikgi. Hu3..."

Reaksi aku: sadis + nak gelak! Kejam tak? ;P 

Sebelum kena sekeh, cepat2 aku cakap...

"Bertabahlah, B. Chaiyok2!"

'Bertabahlah' tu pinjam word exclusive Kak Tomomi a.k.a Kak Jem. Kiut kot word tuh! He3...


:: Like3, ek! ::



Monday, April 16, 2012

DEMAM BOLA

Eh! Jangan tak tau... my 'sayang' sekarang ni tengah gigih training bola tiap2 petang tau! Bila pikir sekali, rasa macam, 'Eh, bagusnya lah laki aku nih sebab mengjoin aktiviti yang menyihatkan badan.' Tapi, bila pikir lebih dari seploh kali, terus rasa macam, 'Comelnya perut dia bila berlari2 anak sambil tendang2 bola tuh. Ha3...'

Bukan training suka2, hokay..! Training sebab 19 April 2012 ni ada game. Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) vs Team Bola Sepak Wanita Malaysia. Amekaw! Tak agak2 nak melawan tuh! ;P

My 'sayang' of cos la team PKMM kan...Heh!

~ 1st evening my 'sayang' training, aku tumpang menebeng. Moral support kata ko! ;P Duduk diam2 dalam kereta je pun sebab takde geng. Jadik mamarazzi. Hu3...

~ My 'sayang' buat lawak. Poyos je kata training tu kat padang SMK Perwira. Bila kami sampai, tengok nan ado pun geng dia yang tengah sepak bola kat padang! 

Aku syak my 'sayang' dah termissunderstanding merangkap dah tersalah padang. Bila my 'sayang' roger2 geng dia, memang betullah syak-wasangka aku tuh! Rupa2nya kat padang SMK Seri Kandi. Dah kena u-turn. Haish!

~ Sampai2 terus kena gelak ngan geng. Plus, diorang dah habis training dah. Training la my 'sayang' sorang2 di situ sambil dengor geng2 gelakkan dia. Isk3... Belum apa2 dah ada masalah disiplin nih, tak boleh jadik! ;P

~ Nasib baik Adha sudi jadik tukang teman my 'sayang' training. Aci sepak2 warming-up gitu2 je la kot. He3...

Tak lama lepas tu, sorang2 join my 'sayang' & Adha. Lama2, semua pun start main balik. Semangat setiakawan kata ko! Bagus!

Aku yang jadik pemerhati dari dalam kereta ni pun naik syiok tengok diorang training. Lawak kot bila tengok team yang tak berapa nak fit & didatangkan dalam pelbagai saiz berlari2 anak kejor bola yang bulat sejibik macam perut2 diorang tuh! Ha3... Larikksss..!!!

Paling tak menahan bila bola masuk longkang & ada pulak yang menjerit...

"Woiii, korang..! Tengok 'anak gajah' amik bola dalam longkang..! Ha3..."

'Anak gajah' katanya..! Senak perut aku gelak tau! Hadoiiyaiiinyapun..! ;D

Koranggg... memang tak agak2 kan mulut tuh... Propaganza sangat..! ;P


:: Like3, ek! ::



Tuesday, January 10, 2012

DIA DEMAM... DIA DEGIL...

My 'sayang'baru baik dari demam. Thank God sebab bukan demam teruk sangat. Means, still boleh bangun & bab makan pun takde masalah! Sampai confuse ah kak tau, 'demam ke tidak suamiku nih?' Ha3...

My 'sayang' start demam hari Isnin (2 Januari 2012). Dimukadimahkan dengan flu. Just telan Panadol Soluble je. Esok paginya macam dah kebah sikit. Tapi, aku suruh jugak rest kat rumah.

Tetiba dapat phone call, my 'sayang' kata nak ke Klang sebab Angah Utin (2 pupu my 'sayang) meninggal. My 'sayang' pergi dengan my MIL, abah & Anjang je. Aku tak dapat pergi sebab ada kerja urgent yang nak kena submit hari tu jugak! Nak pass kat Hafiz pun tak boleh sebab dia cuti sakit. Musim demam kot sekarang ni kan?

Malam, dalam pukul 9 ++ p.m, baru my 'sayang' balik. Suhu badan dia panas betul! Terus ajak pergi klinik.

~ Ni doktor yang merawat malam tu.

~ Suhu badan my 'sayang' cecah 38 ko!

Itu pun memula takmo pergi klinik sebab konon2 nak demam tu baik secara natural la...Takde maknanya! Lepas kena tarbiah dengan aku & mak, baru bersetuju nak ke klinik. 

Demam tapi, degil! Haish!


p/s: Kesah 'pemergian' Angah Utin aku share kat entry lain, ek?!


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google