SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, March 26, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #56: KE HOTEL TAIPING PERDANA

~ Peace, yo..!!! ;P

~ Ber-car-pool ke Taiping.

~ Antara kenangan dengan Ros.

~ Serius melampau! Ha3...

Suatu waktu dulu...

Urusan kerja di Hotel Taiping Perdana, Taiping, Perak. 


:: Like3, ek! ::



Tuesday, March 25, 2014

REMEMBERING MH370...

~ Berakhirnya di Lautan Hindi...
*Credit to: astroawani

Deepest condolences to the families & friends of all crew members & passengers onboard flight MH370...

Ya Allah... 
Yang Maha Mendengar... Lagi Maha Mengasihani...
Permudahkanlah urusan pencarian kotak hitam...
Yang mana mungkin mampu merungkai segala misteri...
Aminnn...


:: Like3, ek! ::



Friday, March 21, 2014

#HALUSSSSSSSSSSSSS ;P


Original Video Clip

*Credit to: youtube

Ku pilih hatimu
Tak ada ku ragu
Mencintamu... adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh... sayang
Kau detak jantung hatiku...

Setiap nafasku
Hembuskan namamu
Sumpah mati... hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh... sayang (Ooo...)
Kau segalanya untukku... (Ooo...)

Janganlah jangan
Kau sakiti cinta ini (Kau sakiti)
Sampai nanti (Sampai nanti)
Di saat ragaku sudah tidak bernyawa lagi (Ragaku... tidak bernyawa lagi)
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir... (Ooo...)

Tolonglah jangan
Kau sakiti hati ini (Kau sakiti)
Sampai nanti (Sampai nanti)
Di saat nafasku sudah tidak berhembus lagi (Nafasku sudah tidak berhembus lagi)
Kerna sungguh cinta ini
Cinta sampai mati...

Janganlah jangan
Kau sakiti cinta ini
Sampai nanti (Sampai nanti... yeahhh...)
Aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini
Untuk yang terakhir...

Cinta sampai mati...

KU PILIH HATIMU BY USSY FEAT. ANDHIKA PRATAMA


Versi #bukankeranaakutakcinta

*Credit to: youtube


Jiwang...

Gara2... pagi my 'Jebat'... eh, my 'sayang'... eh, my 'Jebat' lah... hiks... hantar pergi office...
Lepas tu, my 'Jebat' tapaukan lunch, walaupun tak dapat lunch sama2 tapi, tetap buat aku jiwang jugak...
Lepas tu lagik, my 'Jebat' fetched, balik sama2... which is sangat heaven...
Lepas tu pulak, jalan2 carik pasal pusing2 Teluk Intan tanpa arah tujuan semata2 nak dating kata ko... Ko ada..??! Ha3...

Terusssssssss........... share 2 video..!!! Siap dengan lirik! Amekaw!!! #halusssssssssssss

Ahaks3...

Hmmm... Jumaat yang indah bila mengenang sejarah semalam yang juga indah... Ececehhh..! ;P

:: Like3, ek! ::



Wednesday, March 19, 2014

MENANTI ESOK...

Terasa lama tak menulis *read: menaip* ...

Cerita tu ada tapi, hmmm... ntah la... Malas kot. Al maklum... asik melayan #jebatmas je kekdahnya... Tengok real on air kat Astro Mustika HD... layan online... yang di-PVR-kan toksah ceritalah... memang marathon! PLAY-FAST FORWARD (IKLAN)-REWIND. Naik mengong remote tuh. Sampai lupa tanggungjawab sebagai blogger. Eceh! Pui..!!! ;P

Tapi, tanggungjawab sebagai isteri memang tak lupalah. Tip-top katanya..! Ko mampu..??! Ha3...

Pagi tadi, adalah keluar 1 entry. Wordless Wednesday... Pun bollehhh... lah!

Ni entry ke-2. Pasal jalan2 carik makan. Kat Wana Cafe tu, haaa..! Dating belah petang. Dua2 teringin nak makan western. Well... we ols kan sherashi bershama gitu..! Citarasa tekak pun haruslah sherashi bershama! Hiks...

~ Aku makan Sizzling Steak. Hmmm... nak jujur ke tak? Jujur ke tak? Jujur... Tak jujur... Jujurlah! #sambilkira2jari He3... Rasa black pepper sauce & coleslaw tu ok je. Not bad la... Tapi, black pepper sauce tu macam beku sikit. Steaknya pun agak kureng menyengat. Ala2 daging bakar. Hokay, dah habis jujur dah nih! Hu3...

~ My 'sayang' makan Chicken Chop. Much better than Sizzling Steak. Sob3...

Takpe2. Sebab bila kita (gigirl) dah kahwin, harta kita = harta kita la kan... & harta hubby pun = harta kita jugak kan... 

Anggap je la Chicken Chop tu harta my 'sayang'. Makanya, berdasarkan teori di atas bolehlah ah kak cedok Chicken Chop tuh jadik 'harta sendirik'! Plus, my 'sayang' kata dia redha jerrr... Heh3...

~ Berlakon makan control macho. Padahal... ya ampon kot..! Ha3...

Sejak my 'sayang' busy ni, waktu berdating adalah sangat rare! Tapi, takpe... sebab aku redha demi masa depan bersama... #statementcoverlinewalaupunnn...

Pergi kerja pun kena drive sendirik. Wa boh suka drive lei... Tsk3... Eh, kata redha..! Adeh3...

Pukul 6.30 petang adalah waktu paling awal nak jumpa balik my 'sayang' kat 'kotej' kitorang. Eh, 'kotej' pulak! Rumahlah! Terpengaruh & tershashul. #jebatmas Hiks...

Rindu nak pergi kerja sama2... bertepuk tampar bergurau-senda tarik2 telinga cubit2 sayang kat dalam kereta. 
Rindu nak lunch sama2... pening sama2 sebab dah tak tau nak tapau makanan kat mana... 
Rindu nak balik kerja sama2... beli kudap2 minum petang sebelum sampai rumah... dia minat pisang goreng, aku pulak sosej goreng... sambil makan, sambil karoks lagu macam2... apakejadah yang berkumandang kat radio, semua nak dikarokskan. Ha3... Lawak pulak bila membayangkan momen2 sweet tuh. ;P

Hmmm... tadi dah hint2 pasal kerinduan2 kat atas tuh. Body language kena tip-top! Barulah halusssssssss........!!! Ahaks3...

My 'sayang' kata...

"Alooloolooo... hokay2! Esok Abang hantar & amik. Tapi, lunch tak boleh nak janji. Kalau sempat, kita lunch sama2. Kalau tak, Abang tapaukan, ek!"

Hoyyeahhh... bebeh! Nak senyum sampai telinga... ;D

Tak sabor menanti hadirnya ESOK... *wink2*


:: Like3, ek! ::



WORDLESS WEDNESDAY #55: HARI KOPERASI NEGARA 2012

~ Muka atak sinyum lorrr..! Heh3...

~ Pengunjung...

~ Belum apa2 dah haus!

~ 3 gigirls comel... Eceh! Hiks...

~ Stadium Bukit Jalil

~ Gigih carik port kat tengah stadium. 

~ Comelnya perut! Ha3...

~ Zaman anak dara... He3...

~ Peace, yo..!!! ;D

~ Hari Koperasi Negara 2012

~ Team koir sebagai pembuka tirai + lead pengunjung untuk sama2 nyanyi lagu Negaraku, SKM & macam2 lagiklah.

~ Geng kakak kuasa 3 ni memang hebaklah! Sempoi habis! Siap menari2 ikut suka hati diorang sambil kibar2kan Jalur Gemilang. Cayalah, kakak kuasa 3..! He3...

~ Encik & Puan emcee.

~ Speech by 'ayah Dafi'. ;P

~ Speech by PM.

Hmmm... macam tak wordless je... #bacagayaabgjebat 

Ha3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, March 12, 2014

SHEPHERD PIE ARJUNA BETA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Mengcuba... mengtry... & mengetest. Dengan harapan... dengan doa... dengan iltizam... semoga berjaya. 

Va3..!!! Macam nak pergi berjuang kekdahnya! Hiks...

Bahan2 Untuk Mashed Potato:-

5 biji ubi kentang (dibuang kulit, dicuci bersih & dipotong dadu)
1/4 cawan susu segar
3 sudu besar marjerin
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam
Air

Cara2 Penyediaan Mashed Potato:-

1) Masukkan air ke dalam periuk. Rebus ubi kentang hingga empuk. Angkat & toskan.
2) Lenyekkan ubi kentang.
3) Masukkan marjerin, serbuk lada hitam & garam. Lenyek lagi.
4) Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit. Sebatikan & siap!

Bahan2 Untuk Filling:-

1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 batang carrot (dipotong dadu)
1/2 peket daging cincang
2 sudu besar sos cili
Serbuk lada hitam
Garam
Marjerin
Air masak

Cara2 Penyediaan Filling:-

1) Cairkan marjerin. Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan daging cincang. 
3) Masukkan carrot.
4) Masukkan sos cili & serbuk lada hitam.
5) Tuangkan sedikit air masak. Sebatikan. Siap.
6) Lapiskan sebahagian mashed potato ke dalam loyang / aluminium foil. 
7) Lapiskan pulak dengan fillingnya.
8) Lapiskan dengan lebihan mashed potato & bakar.

~ Shepherd Pie Arjuna Beta

Nak rupa paras yang cantik boleh la sapukan kuning telur + sikit pewarna kat atas sekali sebelum di baked. I is malas! Tak jumpa jalan nak carik telur ayam. Ha3... 

Alasan yang relevan kan? ;P


:: Like3, ek! ::



WORDLESS WEDNESDAY #54: HYDRO HOTEL DALAM KENANGAN

~ Lobby.

~ Geng berjimba.


~ Bergossip! Awwsss..!!!

Ingat Hydro Hotel, ingat Love You Mr. Arrogant! Heh3...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, March 11, 2014

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 40

Breakfast:-

1 bungkus nasik lemak + air suam
Nasik lemak yang my 'sayang' tapaukan.

Minum pagi:-

1 potong tembikai kuning + air suam
Musim kemarau macam ni memang terbahek kalau layan tembikai. Kena sangat! ;)

Lunch:-

1 bungkus nasik lemak + air suam
Leftover breakfast. Better habiskan. Tak baik membazir.

Minum petang:-

Air suam
Kalau boleh nak capai target, 4 liter/day. Chaiyok2!!!

~ Dinner: Shepherd pie + air suam

Hmmm... turun ke tidak agaknya nih? Hmmm...


:: Like3, ek! ::



Monday, March 10, 2014

WALK LADY

Selipar Twitter hilang! 

Hilang kat opis. Tinggal sebelah je. Dipercayai kerja Cik T (tikus) yang semakin berleluasa kat opis nih. Biasa la... opis wilayah. Banyak kekurangan. Aduan & laporan dah berbakul2. Tapi... hmmm... kekangan bajet mungkin. Hu3...

Mengadu kat my 'sayang'. Ekspresi gediks2 sedeh toksah cerita la. Memang halusssss......!!! Ha3...

Taktik gediks2 sedeh tu berjaya. Hiks... 

~ Terus dapat selipar nih. Comel sebab kaler dia lain2. Takde la cliche. Eceh!

K-mon..!! Walk Lady... Walk! Heh3...

#catwalkdenganpenuhbergaya

Awwsss2..!!!


:: Like3, ek! ::



KUETEOW GORENG ALA KYLIE KWONG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bahan2:-

1 bungkus kueteow (dicuci bersih & ditoskan)
2 biji telur ayam
5 tangkai kacang panjang (dipotong serong)
1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (diketuk & dicincang)
5 biji cili padi (diketuk)
1 pokok daun sup (dicincang)
2 batang fishcake (dihiris)
1 sudu sos tiram
2 sudu besar kicap masin
1 sudu kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Perasakan dengan serbuk lada putih. Pukul rata. Panaskan minyak. Goreng bancuhan telur & buat scrambled eggs. Angkat.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
3) Masukkan fishcake & kacang panjang.
4) Perasakan dengan sos tiram, kicap manis & masin.
5) Masukkan cili padi.
6) Masukkan kueteow. Sebatikan.
7) Masukkan serbuk lada hitam. Masak seketika. Angkat & hidangkan bersama scrambled eggs tadi & sedikit daun sup sebagai garnish.

~ Kueteow Goreng ala Kylie Kwong

Sebenarnya, inspired by Kylie Kwong. Macam best je dia masak sap2 soi cincai2 kat AFC tuh. 1 of my faveret chef. Tapi, pandai2 la sesuaikan apa yang dia masak dengan apa yang kita boleh & tak boleh makan. Jangan aci redah je. Buruk padahnya! ;P


:: Like3, ek! ::



#PLEASECOMEBACK

1 Malaysia dikejutkan! Even mungkin 1 dunia digemparkan!

Misteri kehilangan MH370...

Risau... sedeh... gundah... tertanya2... semua rasa jadik 1. Ke mana kamu menghilang?

Ya Allah... Ya Rabb... Maha Esa Yang Maha Mengetahui...
Permudahkanlah urusan pencarian...
Tunjukkanlah ruang, petanda & jalan...
Agar MH370 bisa diketemukan...
Satukan hati kami untuk sama2 mendoakan...
Tabahkan hati si waris untuk bertahan...

Aminnn...

~ MH370... #PLEASECOMEBACK

*Credit to: ddyt

Pulanglah ke pangkuan...


:: Like3, ek! ::



Saturday, March 8, 2014

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 39

Breakfast:-

1 bungkus nasik lemak + air suam
Breakfast dengan my 'sayang', kat Restoran Selera Kampung.

Minum pagi:-

1 botol kecik air mineral je.

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ayam masak kicap black pepper + 2 sudu sup sayur + air suam
Kenyang, noks! Heh3...

Minum petang:-

Nan hado!


~ Dinner: 1 pinggan kueteow goreng + air suam

Alhamdulillah... Rezeki jangan ditolak, babe! ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, March 5, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #53: AL KESAH KAMBING...

~ Kesah seekor kambing tambatan...

Dah. Tu je kesahnya. Kata wordless! Ha3...


:: Like3, ek! ::



2 BERADIK YANG SUPERWOMAN!

Suatu malam yang boring...

Pandang dinding... pandang tv... pandang carpet... kipas yang ligat berpusing... even bakul baju yang penuh dengan baju tak berlipat #silaabaikan ... pun dipandang jugak. Penangan tak boleh tido. My 'sayang' dah lama hanyut di alam mimpi. Tak aci sangat..!

Terpikir2 apa nak buat, nak kasik mata ni kuyu2 & akhirnya mungkin tertido.

Nampak handphone my 'sayang'. Baikkk... punya ada kat sebelah bantal SpongeBob. Canteklah tu! Boleh godek2 dengan harapan semakin menggodek, semakin mengantuklah mata nih. 

~ Masalahnya, bila dah tergodek gambar ni, tak jadik terus nak tido! Hilang mengantuk. Rasa nak gelak kuat2 sambil berguling2 kat atas katil tuh.

'Actress': My MIL & Cik Am
Lokasi: Kat belakang rumah Mak Ngah, kat Selabak nun!
'Scene': Sorang tunjuk kehebatan panjat pokok rambutan, sorang lagik bagi arahan bajet tuan tanah kedaung. Ha3...

Ada 3 gambar semuanya. Tak sampai hati nak share yang lagik 2 tuh sebab macam2 aksi ada especially Cik Am. Ha3... Hadoi!

Tido dalam senyum la nampaknya... ;D


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google