SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, March 10, 2014

KUETEOW GORENG ALA KYLIE KWONG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bahan2:-

1 bungkus kueteow (dicuci bersih & ditoskan)
2 biji telur ayam
5 tangkai kacang panjang (dipotong serong)
1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (diketuk & dicincang)
5 biji cili padi (diketuk)
1 pokok daun sup (dicincang)
2 batang fishcake (dihiris)
1 sudu sos tiram
2 sudu besar kicap masin
1 sudu kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Perasakan dengan serbuk lada putih. Pukul rata. Panaskan minyak. Goreng bancuhan telur & buat scrambled eggs. Angkat.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
3) Masukkan fishcake & kacang panjang.
4) Perasakan dengan sos tiram, kicap manis & masin.
5) Masukkan cili padi.
6) Masukkan kueteow. Sebatikan.
7) Masukkan serbuk lada hitam. Masak seketika. Angkat & hidangkan bersama scrambled eggs tadi & sedikit daun sup sebagai garnish.

~ Kueteow Goreng ala Kylie Kwong

Sebenarnya, inspired by Kylie Kwong. Macam best je dia masak sap2 soi cincai2 kat AFC tuh. 1 of my faveret chef. Tapi, pandai2 la sesuaikan apa yang dia masak dengan apa yang kita boleh & tak boleh makan. Jangan aci redah je. Buruk padahnya! ;P


:: Like3, ek! ::



4 comments:

.: iEyLa :. said...

waahhh...ala kylie kwong..
nampak sedap tu.. :)

ArELeEz said...

.: iEyLa :.,
best kylie kwong ni. masakn dia simple2 je. jenis stir-fry.

Kesuma Angsana said...

yang ini mmg feveret satu family.... terutamanyer adik !

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
senang la camtu. sbb sume ade citarase yg same. masak sekali harung je.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google