SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, March 12, 2014

SHEPHERD PIE ARJUNA BETA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Mengcuba... mengtry... & mengetest. Dengan harapan... dengan doa... dengan iltizam... semoga berjaya. 

Va3..!!! Macam nak pergi berjuang kekdahnya! Hiks...

Bahan2 Untuk Mashed Potato:-

5 biji ubi kentang (dibuang kulit, dicuci bersih & dipotong dadu)
1/4 cawan susu segar
3 sudu besar marjerin
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam
Air

Cara2 Penyediaan Mashed Potato:-

1) Masukkan air ke dalam periuk. Rebus ubi kentang hingga empuk. Angkat & toskan.
2) Lenyekkan ubi kentang.
3) Masukkan marjerin, serbuk lada hitam & garam. Lenyek lagi.
4) Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit. Sebatikan & siap!

Bahan2 Untuk Filling:-

1 biji bawang besar (dicincang)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 batang carrot (dipotong dadu)
1/2 peket daging cincang
2 sudu besar sos cili
Serbuk lada hitam
Garam
Marjerin
Air masak

Cara2 Penyediaan Filling:-

1) Cairkan marjerin. Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan daging cincang. 
3) Masukkan carrot.
4) Masukkan sos cili & serbuk lada hitam.
5) Tuangkan sedikit air masak. Sebatikan. Siap.
6) Lapiskan sebahagian mashed potato ke dalam loyang / aluminium foil. 
7) Lapiskan pulak dengan fillingnya.
8) Lapiskan dengan lebihan mashed potato & bakar.

~ Shepherd Pie Arjuna Beta

Nak rupa paras yang cantik boleh la sapukan kuning telur + sikit pewarna kat atas sekali sebelum di baked. I is malas! Tak jumpa jalan nak carik telur ayam. Ha3... 

Alasan yang relevan kan? ;P


:: Like3, ek! ::



4 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

pergh tajuk yang tak menahan tu :P

Kesuma Angsana said...

yng ni simple & sedap kan !

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
halusssssssss.......!!! ha3..

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
yupp! kenyang pun kenyang..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google